Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Rawatan Kepada Kayu.

Semua kayu kecuali teras dari kayu jenis tahan lama dan kayu untuk acuan, peranca dan lain-lain kerja sementara hendaklah diserapkan dengan campuran tembaga/krom/arsenit yang mematuhi kehndak Piawaian Malaysia M.S 733 melalui proses vakum/tekanan yang mematuhi kehendak M.S 360 dikilang rawatan kepada kayu yang diluluskan oleh Lembaga Perusahaan Kayu Malaysia.


Kegunaan Had Minimum Upaya Simpanan Bersih Garam Kering
i. Kegunaan bahagian dalam bangunan dan cecah tanah. 5.6 kg/m3
ii. Kegunaan luar bangunan dan tidak cecah tanah. 8.0 kg/m3
iii. Kegunaan luar bangunan dan cecah tanah ( selain daripada cerucuk asas) 12.0 kg/m3
iv. Cerucuk asas. 16.0 kg/m3

Kayu hendaklah seberapa yang boleh dipotong ke dimensi yang terakhir sebelum dirawat dan kayu untuk kerja-kerja tanggam hendaklah berketam dan disiapkan sepenuhnya untuk dipasang sebelum dirawat. Di mana potongan lintang tidak dapat dielakkan atau di mana rawatan selanjutnya diperlukan, semua permukaan yang terdedah kerana ini hendaklah disapukan sebanyak-banyaknya dengan bahan pengawet yang diluluskan.

Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil dari pengilang rawatan pengawetan kepada P.P yang mengesahkan bahan kayu yang dikehendaki diserapkan secara proses tekanan vakum telah dilaksanakan dan telah mencapai had upaya simpan bersih garam kering yang diperlukan. Walau bagaimanapun P.P berhak menjalankan ujian secara bebas untuk menentukan upaya simpan bersih garam kering dan keputusan yang diperolehi adalah muktamad.

Semua kayu sapuan hendaklah diserapkan dengan bahan pengaweet hingga sedalam 25 mm bagi kayu keras cerucuk asas dan 12 mm bagi kayu keras seperti jadual di atas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin