Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Gred Kayu Dan Saiz Had Terima.

Kecuali jika selainnya ditentukan, kayu bergegaji untuk kerja pertukangan kayu hendaklah seperti berikut:

I. Gred Struktur Piawai Untuk Kerja Struktur
II. Gred Bermutu Untuk Spesifikasi Pasaran Umum
(SPU) dan Kayu Jalur
III. Gred Kegunaan Am Untuk Skantling.

Pengredan hendaklah mengikuti Peraturan pengredan Malaysia oleh pengred kayu telah berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia setiap Konsignasi kayu hendaklah disertai dengan Ringkasan Pengredan yang disahkan oleh pengred kayu yang berdaftar. Saiz untuk kayu gergaji hendaklah kecuali jika selainnya dinyatakan dalam lingkungan perbezaan had terima yang dibenarkan sepertimana yang dinyatakan di bawah ini.

a) Untuk lebar dan tebal yang tidak melebihi 75 mm, hendaklah dalam lingkungan 6 mm dari saiz yang ditentukan.

b) Untuk lebar dan tebal yang melebihi 75 mm hendaklah dalam lingkungan 13 mm dari saiz yang ditentukan.

Kontraktor hendaklah mengadakan blok-blok, baji-baji atau beroti-beroti yang perlu dengan perbelanjaannya sendiri untuk mengimbangi permukaan yang tidak rata yang disebabkan oelh mana-mana perbezaan saiz kayu yang dibenarkan.

Kecuali jika selainnya dinyatakan, kayu untuk kerja tanggam hendaklah dari jenis Gred bermutu (Spesifikasi pasaran Umum/SPU dan kayu jalur) dan dari jenis Gred kegunaan Am (skantling). Saiz siap untuk kerja tanggam kecuali jia selainnya dinyatakan hendaklah dalam lingkungan perbezaan had terima yang dibenarkan sepertimana yang dinyatakan di bawah ini:

a) Untuk lebar, dalam lingkungan 3 mm dari saiz siap yang ditentukan.

b) Untuk tebal, dalam lingkungan 2 mm dari saiz yang ditentukan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin