Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

KERJA PERTUKANGAN KAYU, TANGGAM DAN PEMASANGAN LENGKAPAN PINTU-TINGKAP.

Kehendak Am.

Kecuali jika selainnya dinyatakan atau ditunjukkan dalam pelan-pelan, jenis-jenis kayu yang digunakan untuk kerja hendaklah sepertimana yang dinyatakan kemudian daripada ini di dalam jadual jenis kayu dan kegunaannya. Kumpulan kekuatan kayu hendaklah mematuhi Piawaian Malaysia M.S 544 sepertimana yang ditunjukkan kemudian daripada ini dalam jadual Kumpulan Kekuatan Kayu.

Semua kerja pertukangan dan tanggam hendaklah meliputi semua kerja-kerja menakik, melekap, melubang dan menubing, membaji, menyambung, membajang, membenam untuk kepala bolt dan nat dan merapi pada tepi pembukaan.

Semua kayu untuk kerja pertukangan kayu hendaklah digunakan tanpa berketam kecuali ditentukan dengan khususnya supaya berketam. Semua kayu untuk kerja tanggam hendaklah berketam dan dilicinkan dengan mengunakan kertas pasir sepertimana yang diperlukan dan semua saiz-saiz yang dinyatakan adalah merupakan saiz siap. Saiz kayu untuk pertukangan kayu hendaklah dalam lingkungan had terima dan saiz kayu untuik kerja tanggam hendaklah dalam lingkungan had terima.

Mutu kerja secara amnya, hendaklah mematuhi bahagian 5, Piawaian Malaysia M.S 544.

Semasa pemasangan, kandungan lembapan kayu untuk pelbagai kegunaan hendaklah tidak melebihi kandungan lembapan yang ditunjukkan dalam Jadual Kandungan Lembapan seperti yang ditunjukkan kemusian daripada ini.

1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin