Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Penyambungan.

Kontraktor hendaklah mengambil kira untuk mengadakan kesemua saiku-siku, cawing-cawang, perangkap, gegeluk, sepertimana yang ditunjukkan ataupun, di mana ia diperlukan. Jika gegeluk digunakan, ianya hendaklah daripada jenis salur masuk dan hendaklah diletakkan rata di atas konkrit, serta mempunyai tetingkat yang disudahkan 50 mm lebih tinggi dari paras permukaan sekitar dan dikelilingi dengan konkrit yang dilepa pada semua permukaan dan dilengkapkan dengan jeriji besi galvani. Siku-siku yang didongakkan untuk disambungkan kepda pelbagai paip pugak hendaklah diletak di atas alas konkrit dan mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Siku-siku di bahagian bawah paip pugak hendaklah daripada jenis siku sederhana.
Kesemua pepasangan bawah tanah hendaklah dibalut seluruhnya dengan konkrit dan kontraktor hendaklah mengambil kira semua penggalian tambahan dan sambungan paip-paip yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin