Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Memasang Paip.

Semua paip hendaklah dipasang mengikut saiz, lokasi, ukuran, kecuraman dan lain-lain butir sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. Tiap-tiap paip hendaklah diperiksa dengan teliti apabila tiba di tapak bina. Paip-paip yang boleh diterima P.P hendaklah disimpan dengan cermat. Paip-paip yang tidak diterima oleh P.P hendaklah ditanda dan dibawa keluar dari tapak bina dengan serta merta.

Sebelum diletakkan atau dipasang, paip-paip dan pepasangan-pepasangan hendaklah diperiksa sekali lagi dengan teliti dan hanya paip yang didapati baik dalam segala aspek hendaklah digunakan. Jika terdapat paip atau pepasangan dan lain-lain yang rosak ia hendaklah ditanda dengan jelas dan diasingkan untyuk dibawa keluar dari tapak bina.

Paip-paip hanya boleh dipasang apabila peparit telah diperiksa dan diluluskan oleh P.P.

Paip-paip hendaklah dimasukkan ke dalam peparit dengan cermat dengan cara yang diluluskan oleh kerajaan oleh P.P. Paip-paip tidak boleh digolek atau dicampak ke dalam peparit. Paip-paip hendaklah dipasang mengikut jajaran yang betul sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan. Bahagian dalam dan luar tiap-tiap paip di sambung hendaklah dibersihkan sebelum sambungan dibuat.

Untuk mengelakkan paip-paip dari dimasuki tanah dan lain-lain bahan, kontraktor hendaklah memasang penutup-penutup yang sesuai untuk menutup semua bahagian hujung paip yang terbuka di dalam peparit semasa kerja tidak dijalankan di bahagian hujung tersebut.

Paip-paip bersoket hendaklah diatur dengan soketnya menyongsang hala pengaliran. Tapak di tiap-tiap sambungan paip yang terbuka di dalam peparit semasa kerja tidak dijalankan di bahagian hujung tersebut.

Paip-paip bersoket hendaklah diatur dengan soketnya menyongsang hala pengaliran. Tapak di tiap-tiap sambungan paip, hendaklah diluangkan dengan secukupnya untuk membolehkan pekerja menjalankan kerja disekelililng paip.

Paip-paip yang perlu di pasang di alas konkrit, dirasuk atau dibalut dengan konkrit, hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan dan sebagaimana ditentukan kemudian daripada ini.

Paip saliran dalam tanah hendaklah dipasang dengan sambungan terbuka dan dikelilingi dengan batu-batu pecah yang terdiri daripada saiz-aiz yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan atau jika tidak ditunjuk, saiz-saiznya hendaklah di antara 19 mm hingga 5 mm. Perenggang di sambung terbuka hendaklah sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan bahagian atas sambungan tersebut hendaklah dilitupi dengan felt bitumen yang diluluskan.

Semua saliran kotoran bawah tanah di bahagian luar bangunan hendaklah mempunyai tutup tanah minimum setebal 450 mm kecuali jika selainnya ditunjukkan di dalam pelan-pelan.

Paip-paip kotoran hendaklah dipasang mengikut kecuraman yang ditunjukkan atau yang dapat ditakrif daripada pelan-pelan. Jika kecuraman-kecuraman tidak ditunjukkan atau tidak dapat ditakrif, paip-paip itu hendaklah dipasang mengikut kecuraman seperti berikut:

Saiz Kecuraman

100 mm diameter

150 mm diameter

225 mm diameter

250 mm diameter

300 mm diameter

375 mm diameter

450 mm diameter


ikut turutan:


1:60

1:80

1:110

1:120

1:140

1:170

1:200



Jika paip kotoran dipasang di atas tanah, ia hendaklah ditupang di jarak jarak tertentu yang ditunjukkan di dalam pelan atau sepertimana yang diluluskan oleh P.P

Alas, Rusuk Dan Pembalut Konkrit.

Alas rusuk dan pembalut hendaklah diperbuat daripada konkrit campuran 1:3:6 - 38 mm
(batu baur).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin