Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Sambungan Paip-Paip Saluran.

Sambungan mortar hendaklah digunakan bagi semua paip tembikar kecuali jika selainnya ditentukan. Sambungan-sambungan hendaklah dibuat dengan memakalkan taliguni yang dilumurkan dengan bitumen ke dalam soket dan dihentakkan dengan rapi. Sambungan ini kemudiannya hendaklah membentuk kambi 3 segi bercerun 45 darjah. Campuran mortar hendaklah terdiri daripada satu bahagian ukuran padu pasir bersih serta air yang secukupnya untuk menghasilkan konsistensi yang memuaskan. Mortar yang tidak digunakan di dalam masa 45 minit selepas air dicampurkan tidak boleh digunakan atau dibancuh semula dan hendaklah dibuang.

Bagi semua paip tembikar yang menyalurkan kotoran yang berasid sambungan bitumen hendaklah digunakan. Sambungan tersebut hendaklah mengandungi campuran yang terdiri daripada 3 bahagian bitumen dari jenis yang diluluskan, dan satu bahagian debuan logam, yang dimasak. Bancuhan ini hendaklah dikacau untuk mengelakkan debuan logam dari mendap, dan hendaklah dipanaskan sehingga hamper mendidih selama 3 jam sebelum digunakan.

Walaubagaimanapun jika diluluskan P.P sambungan bitumen ini boleh dibuat daripada satu bahagian pasir yang bersih dan satu bahagianbitumrn. Sebaik sahaja sambungan ini hendak dibuat, spigot dan soket bagi tiap-tipa paip hendaklah dipanaskan dahulu.

Jenis-jenis sambungan yang lain bagi paip tembikar boleh digunakan jika diluluskan P.P.

Paip-paip besi tuangan hendaklah disambungkan dengan taliguni atau rami dan timah hitam yang lembut, yang dipakal dengan rapi mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Bahagian dalam tiap-tiap paip hendaklah dibersihkan dengan cermat selepas sambungan dibuat untuk memastikan pengaliran air yang berterusan dan tidak tersekat.
Jika paip dan pepasangan simen asbestos ditunjukkan, ia hendaklah disambung dengan gegelang getah. Simpai-simpai dan paip-paip yang digunakan hendaklah digunakan hendaklah diperbuat dari bahan dan kelas yang sama. Gegelang getah, simpai-simpai dan cara-cara menyambung hendaklah mematuhi B.S 2494.

Jika paip-paip dan pepasangan serapan gentian tar ditunjukkan, ia hendaklah disambung dengan cara kupling tirus. Kupling-kupling hendaklah diperbuat darip[ada bahan yang sama seperti paip ataupun daripada bahan plastic yang mematuhi B.S 2760. paip-paip dan kupling-kupling hendaklah mempunyai hujung tirus yang dibentuk dengan menggunakan mesin atau acuan. Bahagian dalam kupling yang tirus itu hendaklah sepadan dengan bahagian luar paip yang tirus. Semua sambungan hendaklah mematuhi B.S 2760.

Jika paip pepasanag klorida polivinil tidak plastic ditunjukkan, ia hendaklah disambung dengan menggunakan simpai-simpai dan gegelang getah. Simpai-simpai dan paip-paip hendaklah diperbuat dari bahan dan kelas yang sama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin