Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Lurang-Lurang Dan Lurang Pemeriksaan.

Lurang-lurang dan luring pemeriksaan hendaklah dibina mengikut saiz-saiz yang ditunjukkan di dalam pelan, kecuali jika selainnya ditunjukkan dan ditentukan, kesemua ukuran-ukuran yang diberi di dalam pelan adalah ukuran bahagian dalam.

Kecuali jika selainnya ditunjukkan dalam pelan-pelan, semua lurang-lurang dan lurang pemeriksaan hendaklah dibina daripada batu bata dengan mortar simen (1:2). Kerja batu bata itu hendaklahdi bina di atas asas konkrit (1:3:6: - 19 mm) melainkan jika selainnya ditunjukkan di dalam pelan. Ukuran tebal dan saiz asas hendaklah sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan. Rusuk konkrit hendaklah dicuramkan sebanyak 1:6 dan hendaklah diperbuat daripada konkrit (1:3:6: - 19 mm) yang disudahkan dengan lepaan simen dan pasir (1:3) setebal 19 mm yang kalis air dengan menggunakan pelepa besi. Bahagian dalam lurang dan lurang pemeriksaan hendaklah dilepa dengan mortar simen (1:2) kalis air setebal 22 mm. bahaigian luarnya. Semua permukaan konkrit dan batu bata yang terdedahhendaklah dilepa dengan mortar simen (1:3) setebal 12 mm sehingga 150 mm di bawah paras siap tanah. Semua sudut-sudut bahagian dalam hendaklah dibentukmembulat. Lurang-lurang dan lurang pemeriksaan hendaklah disediakan dengan penudung-penudung dan kecuali jika selainnya ditentukan atau ditunjukkan di dalam pelan-pelan, penudung-penudung hendaklah daripada jenis tugas sederhana diperbuat daripada besi tuang berukuran 450 mm x 600 mm dengan bingkai yang kedap udara. Anak-anak tangga besi tempa yang daripada jenis yang diluluskan hendaklah di bina ke dalam dinding batu-bata tiap-tiap lurang pemeriksaan yang dalamnya 1 meter atau lebih, dan anak-anak tangga itu hendaklah dijarakkan tidak lebih daripada 300 mm antara tiap-tiap satu dan anjuran 100 mm daripada permukaan dinding.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin