Peparit untuk asas bangunan,lubang-lubang asas tiang dan sebagainya hendaklah digali setakat ukuran panjang dan lebar seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan dengan tepinya dirapikan dan bahagian bawahnya dirata dan ditingkatkan seperti mana yang dikehendaki.
Semua penggalian hendaklah dijalankan sehingga ke paras tanah yang kukuh. Asas bangunan tidak boleh sekali-kali terletak di atas tanah lambak. Dalamnya asas bengunan hendaklah diputuskan oleh P.P di tapak bina, akan tetapi untuk tujuan membuat tender, kontraktor hendaklah menganggap penggalian yang seragm pada keseluruhannya sedalam 1.5 meter di bawah paras yang dibentuk atau paras yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. Sebarang perubahan kepada paras dalam tersebut beserta dengan sebarang perubahan kepda kerja konkrit, batu bata dan lain-lain akibat dari perubahan tersebut hendaklah diukur dan dinilaikan sebagai pindaan kerja sepertimana yang diperuntukkan di dalam kontrak dan hargakontrak hendaklah diselaraskan dengan sewajarnya. Kontraktor hendaklah dengan perbelanjaannya sendiri memperbaiki sebarang penggalian yang terlebih di bawah paras yang dikehendaki dengan menggunakan konkrit atau bahan-bahan yang sesuai mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.
No comments:
Post a Comment