Cerucuk bakau hendaklah diuji sehingga gagal dengan cara Ujian Beban Tetap seperti dihuraikan sebelum daripada ini. Beban hendaklah dikenakan ke atas kelompok cerucuk 6-9 kali pada kadar pertambahan yang sama sehingga beban kegagalan tercapai. Beban kegagalan iaitu beban ultima ialah beban di mana cerucuk mendap berterusan pada kadar mantap tanpa tambahan beban selanjutnya.
Bagi setiap pertambahan beban, bacaan mendapan akan direkodkan pada setiap tempoh masa yang tertentu sehingga kadar mendapan adalah kurang dari 0.25 mm sejam. Beban pada setiap tambahan hendaklah dikekalkan pada nilai yang sama di sepanjang ujian.
( Nota: Untuk sekelompok 9 cerucuk bakau, pertambahan beban adalah dalam lingkungan 4 tan ).
Proses mengenakan penambahan beban yang berikut dan catitian bacaan mendapan pada tempoh-tempoh masa tertentu hendaklah diulang sehingga beban ultima untuk kelompok cerucuk berkenaan dicapai. Beban ujian hendaklah kemudiannya dikurangkan sedikit demi sedikit. Bacaan mendapan atau bacaan lonjakan selanjutnya tidak perlu dicatatkan semasa beban diturunkan.
Graf masa mendapan, beban masa, beban mendapan, dengan sekil yang sesuai hendaklah di plot dan dikemukakan kepada P.P bersama-sama dengan semua rekod catitan.
No comments:
Post a Comment