Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Penggalian.

Pada amnya, semua kerja penggalian di dalam bahagian ini, kecuali jika selainnya ditentukan di bawah ini, hendaklah dilaksanakan sepertimana yang telah ditentukan untuk kerja penggalian.

Penggalian bagi luring-lurang, tangki najis/atau hamper penapis hendaklah sedalam yang ditunjukkan atau yang dapat ditakrifkan dari pelan-pelan.

Peparit hendaklah digali sedalam yang dimaksud atau ditunjukkan di dalam pelan dan hendaklah diratakanke paras dan kecerunan yang betul. Kecuali jika selainnya ditunjukkan, bahagian bawah peparit hendaklah dicuramkan supaya lantai dasar paip mencuram selanjar di antara lantai dasar salur keluar luring yang terdahulunya dengan lantai dasar salur masuk luring yang berikutnya.

Peparit hendaklah digali secukup lebar untuk memastikan ruang bekerja selebar 150 mm terdapat di kedua-dua belah tepi tiap-tiap paip apabila ia dijajarkan dengan betul. Di semua sambungan, peparit hendaklah digali supaya ruang bekerja yang tidak kurang dari 300 mm terdapat di sekeliling sambungan tersebut.

Tebing-tebing penggalian, kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P hendaklah dipotong memugak dan jika perlu, kayu-kayu penahan yang dilulus oleh P.P hendaklah digunakan untuk mengelak keruntuhan tebing.

Jika tanah didapati terlalu lembab atau lembik untuk mendapatkan suatu dasar permukaan yang kukuh bagi paip, dan diperlukanoelh P.P peparit hendaklah digali 225 mm di bawah paras yang dikehendaki atau yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan, dan kemudian peparit tersebut dipadatkan keparas yang dikehendaki dengan tanah atau pasir pilihan yang baik. Kerja mendalam dan menimbus balik peparit tersebut hendaklah dianggap sebagai kerja pindaan di bawah syarat-syarat Kontrak. Walaubagaimanapun, jika peparit tersilap digali melebihi paras yang telah ditetapkan, kontraktor hendaklah menimbusnya kembali ke paras yang dikehendaki dengan perbelanjaannya sendiri.

Apabila menggali peparit untuk paip dipermukaan jalan atau lain-lainpermukaan yang berturap, kontraktor hendaklah terlebih dahulu membuang semua batu, papak atau batu bata yang merupakan turapan asal menurut lebar peparit dan memperbaiki semula permukaan-permukaan tersebut seperti yang dilulus oleh P.P setelah peparit ditimbus kembali.

Pada amnya, jika ketul batu besar dijumpai semasa menggali, ia hendaklah dibuang mengikut cara yang dilulus oleh P.P. Jika ketulan batu besar dijumpai di dasar peparit, ia hendaklah dipotong dan dirapikan ke paras dasar peparit yang dikehendaki. Kesemua lubang-lubang yang terdapatdi dasar peparit akibat dari pembuangan ketulan batu hendaklah ditimbus kembali ke paras yang dikehendaki dengan menggunakan konkrit (1:3:6) 38 mm atau lain-lain bahan yang sesuai, dan dihentak serta dipadat semuanya mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Permukaan ketulan batu yang bergerigi di dasar peparit akibat dari pemotongan, hendaklah dirata dan disamakan dengan lapisan pasir mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin