Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Menuang.

Konkrit hendaklah dituang ke tempat-tempat yang dikehendaki dengan secepat mungkin selepas dibancuh dan hendaklah dipadatkan sepenuhnya dengan menggunakan papan pemadat dan juga menggunakan alat getar berjentera. Konkrit hendaklah dipadatkan sepenuhnya sehingga ke sudut-sudut acuan dengan menggunakan papan pemadat. Selepas penghentakan, konkrit hendaklah tidak diganggu kecuali gangguan yang berlaku seiringan dengan pemadatan secara getaran. Konkrit hendaklah dituang ke dalam acuan secara berlapis-lapis dan tidak melebihi 600 mm setiap lapis bagi rangka penyokong dan rasuk-rasuk dalam, dan dituang sepenuhnya dalam papak dan rasuk-rasuk cetek. Konkrit tidak boleh dituang secara curahan bebas melebihi 5 kaki. Alat getar berjentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkritdan bukan digunakan untuk menempatkan konkrit ke bahagian-bahagian yang tertentu.

Kerja konkrit hendaklah dilaksanakan berterusan di antara dan sehingga sambungan-sambungan binaan yang ditetapkan terdahulu sepertimana yang ditentukan selepas daripada ini dalam satu rangkaian operasi. Permukaan konkrit hendaklah ditentukan serata yang mungkin semasa penuangan. Jika konkrit tidak dapat disiapkan hingga ke paras sambungan-sambungan binaan yang telah ditetapkan, kerja konkrit hendaklah dihentikan pada bahagian yang terdapat permukaan mendatar dan pada permukaan pugak menggunakan papan penyekat. Satu rekod hendaklah disimpan di tapak bina bagi menunjukkan masa dan tarikh menuang konkrit ke setiap bahagian struktur dan nombor rujukan ujian kiub mengenai kelompok-kelompok konkrit yang digunakan pada bahagian-bahagian struktur yang tertentu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin