Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Memadat Konkrit.

Konkrit di antara dinding-dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis Benam dan konkrit untuk papak-papak yang tidak menggunakan acuan sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau jenis-jenis lain yang diluluskan oleh P.P. alat-alat getar hendaklah mempunyai kuasa yang mencukupi dan diluluskan oleh P.P.

Alat-alat getar hendaklah dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang mahir dalam penggunaanya. Alat-alat getar jenis benam hendaklah dibenam dan dikeluarkan secara perlahan-lahan dengan kadar lebih kurang 100 mm sesaat. Pemadatan hendaklah dianggap memadai apabila mortar simen didapati berbentuk bulat disekeliling alat getar. Getaran yang berlebihan yang boleh menyebabkan pengasingan bahan-bahan bancuhan hendaklah dielakkan. Alat-alat getarjenis benam hendaklah dibenamkan ditempat-tempat berpandukan kepada kawasan mortar simen yang kelihatan selepas pemadatan, dengan mengambil kira pemadatan berulangkali. Alat getar itu hendaklah jangan tersentuh dengan acuan atau tetulang dan hendaklah dibenam sejarak 75 mm dari acuan. Alat getar jenis permukaan hendaklah diletakkan di atas permukaan konkrit yang telah dihentak dan diratakan, dengan megambil kira jarak tinggi untuk pemadatan sehingga mortar simen kelihatan di bawah alat getar tersebut. Alat getar hendaklah diangkat kemudiannya dan diletakkan ke atas permukaan bersebelahan dan operasi ini hendaklah diulang sehingga keseluruhan permukaan telah siap dipadat. Selain daripada itu, alat getar jenis Rasuk yang merintangi lebar permukaan, boleh juga digunakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin