Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Lapis Lepa Kalis Air Untuk Bumbung Rata Konkrit.

Kecuali jika selainnya ditentukan atau ditunjukkan di dalam pelan, lepas lepa kalis air untuk bumbung rata konkrit bertetulang hendaklah terdiri daripada 32 mm tebal lapis lepa yang diperkuatkan dengan keluli suhu dan dicampur dengan bahan tambah kalis air yang diluluskan.

Papak atas hendaklah dibina sepertimana yang dihuraikan untuk kerja konkrit, dengan memastikan pemadatan yang menyeluruh dengan menggunakan alat getar jenis Permukaan atau getaran jenis Rasuk. Konkrit hendaklah dituang terus menerus di antara sambungan-sambungan binaan yang telah ditentukan mengikut sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. Sambungan pengembanagn di mana diperlukan, hendaklah diadakan dan dibina sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan.

Lapis lepa kalis air hendaklah terdiri daripada satu bahagian simen, dan 3 bahagian pasir yang telah dibersih dan digred dan hendaklah dibancuh dengan bahan kalis air yang diluluskan, dan bahan pemudah adun yang diluluskan mengikut nisbah yang diperakukan oleh pembuat.

Keluli suhu hendaklah terdiri daripada satu jaringan bar keluli sederhana 6 mm diameter yang dipasang pada 150 mm jarak pusat kedua-dua hala, atau sebagai alternatif jaringan keluli yang mematuhi M.S 7.8 boleh digunakan. Tetulang suhu hendaklah dipasang terus pada bahagian atas papak asas dan hendaklah mempunyai pelindung lapis lepa sekurang-kurangnya 19 mm tebal pada bar tetulang suhu yang atas.

Lapis lepa hendaklah dituang selepas konkrit telah keras secukupnya tetapi hendaklah tidak lewat dar 36 jam selepas kerja konkrit kepada papak asas bumbung dijalankan, untuk memperolehi ikatan sempurna di antara lapis lepa dan papak asas. Permukaan lapis lepa itu hendaklah dikemaskan dengan menggunakan kayu perata dan diikuti dengan pelepa besi untuk mendapatkan kemasan licin.

Sambungan-sambungan pada lapis lepa hendaklah diadakan dan dibina sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan. Sambungan-sambungan tersebut hendaklah ditempatkan di atas rasuk-rasuk utama bumbung dan hendaklah disumbat penuh dengan sebatian bitumen yang diluluskan secepat mungkin.

Selepas lapis lepa siap dibina, keseluruhan kawasan hendaklah dilindungi dengan sempurna dan diawet selama sekurang-kurangnya 7 hari. Sebagai alternatif, sebaik sahaja lapis lepa telah keras secukupnyadan berupaya untuk menahan berat seseorang tanpa meninggalkan tanda, bahan kedap plastic yang diluluskan hendaklah disembur mengikut peraturan pembuat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin