Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

KERJA BUMBUNG.

Kehendak Am.

Kecuali jika selainnya dinyatakan, kecerunan dan tindihan untuk jenis penutup bumbung hendaklah mematuhi peraturan pembuat sepenuhnya.

Kecuali jika selainnya diluluskan, semua peralatan untuk penutup bumbung seperti kepingan-kepingan cucur atap, limas, perabung dan lurah hendaklah terdiri daripada bahan yang sama dengan penutup bumbung.

Genting Konkrit Saling Mengirat.

Genting konkrit saling mengirat hendaklah daripada jenis dan wrna yang diluluskan dan hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 550.
Genting-genting hendaklah bebas daripada sebarang kecacatan.

Genting konkrit saling mengirat hendaklah dipasang ke atas kayu beroti sederhana keras berukuran 50 mm x 30 mm yang diluluskan untuk bumbung dan dipasang pada jarak 300 mm untuk genting biasa dan pada jarak 275 mm untuk genting cerun landai.

Penyumbat genting yang terdiri daripada mortar simen (1:3) sepertimana yang ditentukan untuk kerja Batu Bata hendaklah diadakan di bahagian kaki kasau.

Genting untuk sisi atap, perabung, limas dan lurah hendaklah diadakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup bumbung mengikut peraturan pembuat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin