Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Genting Tanah Liat.

Di mana kepingan penutup bumbung simen asbestos hendak digunakan, kecuali jika selainnya dinyatakan, ianya hendaklah daripada jenis kepingan simen asbestos gelugur ringan dengan warna, bentuk dan saiz yang diluluskan. Kepingan-kepinagn ini hendaklah dipasang mengikut peraturan pembuat dengan sepenuhnya. Permukaan kepingan penutup bumbung hendaklah dirawat dengan bahan yang diluluskan untuk mencegah pertumbuhan kulat, mengelakkan penyerapan lembapan dan menghasilakan permukaan yang boleh menagkis air, kecuali rawatan ini telah dilaksanakan oleh pembuat sebagaimana yang diluluskan oelh P.P. Sekiranya kerja rawatan ini dilaksanakan di tapak bina, kepingan penutup bumbung hendaklah dirawat hanya selepas ianya dipasang.

Setiap kepingan hendaklah mempunyai tindihan di bahagian hujung sekurang-kurangnya 150 mm dan tindihan di bahagian tepi hendaklah sepertimana yang diperakuakan oleh Pembuat.
Di mana kecerunan atap kurang daripada 18 darjah, tindihan di bahagian hujung hendaklah disumbat rapat dengan mastic kalis air yang diluluskan.

Peralatan perabung yang hendakl disesuaikan dan peralatan limas hendaklah diadakan dan dipasang lengkap dengan semua tutup perabung dan penutup bahagian hujung, dan kesemuanya ini hendaklah mengikut saiz dan jenis yang disyorkan oleh pembuat.

Kecuali jika selainya diluluskan oleh P.P atau pun diarahkan sebaliknya oleh pembuat, kepingan bumbung simen asbestos hendaklah dipasang di atas gulung-gulung kayu dengan menggunakan skru bergalvani 63 mm panjang yang lengkap dengan sesendal melengkung bergalvani berbentuk potongan wajik dan sesendal bitumen yang sesuai di bahagian bawahnya. Jika gulung-gulung keluli digunakan, kepingan bumbung itu hendaklah dipasang dengan menggunakan bolt berbentuk ‘J’ 8 mm diameter lengkap dengan sesendal atas dan bawah sepertimana yang diluluskan. Lubang-lubang skru hendaklah digerudi dengan tepatnya di bahagian puncak gelugur dan digarisan tengah gulung-gulung penyambut.
Lubang-lubang skru tidak boleh dibuat secara mengetuk.

Kepingan Bumbung Bergelugur Aluminium.

Di mana kepingan bumbung gelugur aluminium hendaklah digunakan, kecuali jika selainnya dinyatakan ianya hendaklah daripada jenis, tebal dan kemasan sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan dan dipasang mengikut peraturan sepenuhnya.

Bumbung Konkrit Rata.

Bumbung konkrit rata hendaklah sepertimana yang ditentukan untuk Kerja Konkrit.

Bumbung Dek Logam.

Di mana bumbung dek logam hendakl digunakan, kecuali jika selainnya dinyatakan, bumbung dek hendaklah terdiri daripada kepingan keluli setebal 0.55 mm bersalut zink yang diluluskan.

Bumbung dek hendaklah dipegang pada pencekak terselindung yang diskrukan pada gulung-gulung kayu dengan menggunakan skru yang dengan sendirinya boleh menggerudi dan menahan kemasukan air, kesemuanya mematuhi peraturan pembuat. Penggerudian selanjutnya dibumbung dek tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan pemasangan alat-alat kelengkapan bumbung dek hanya skru bersalut zink yang boleh menahan kemasukan air beserta sesendal neoprene hendaklah digunakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin