Consists of site clearance, survey, cutting, imported fill, embankment and construction of ditches for drainage. Includes all measurement and materials required to complete the supply, execution and construction.
Civil Word Here -->>
Thursday, January 1, 2009
Kepingan Serau/Kepingan Gentian.
Jenis dan mutu kepingan serau hendaklah sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Selepas diambil dari susunan, kepingan tersebut hendaklah ditegakkan di bawah teduhan untuk sekurang-kurangnya 24 jam sebelum dipasang. Kepingan serau hendaklah dipaku kepada rangka pengalas samada dengan menggunakan paku kecil berkepala rata atau paku berkepala pin pada jarak 150 mm antara pusat. Jika paku berkepala pin digunakan, ianya hendaklah diketuk hingga terbenam kepalanya di bawah permukaan. Paku hendaklah diketuk condong dan kerja memaku hendaklah dimulakan dari tengah kepingan kemudian disekeliling tepinya. Untuk pemasangan siling, bahagian tepi kepingan hendaklah dipaku supaya berselang-seli seberapa yang mungkindan paku yang berselang hendaklah diketuk pada sudut yang bertentangan. Kecuali jika selainnya dipericikan dalam pelan-pelan, kepingan serau untuk siling hendaklah bersambung secara sambungan tanggam temu dan ‘V’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment