Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Dinding Batu Blok Berongga.

Batu blok campuran simen dan pasir hendaklah dari saiz dan bentuk yang diluluskan yang dibuat menggunakan acuan yang diluluskan. Batu blok hendaklah diikat mengikut cara seperti mana yang dilakukan untuk dinding batu bata. Batu blok tidak boleh direndam tetapi hendaklah di celup di dalam air sebelum diikat. Batu blok hendaklah mengandungi daripada 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir sepertimana yang ditentukan untuk batu bata campuran simen dan pasir. Semua batu blok hendaklah dibuat kemas dan berbentuk sempurna dengan berbucu tajam. Campuran itu hendaklah digaul di dalam keadaan kering sebanyak 3 kali sehingga sebati dan mencapai warna yang seragam. Kemudian air hendaklah dicampurkan perlahan-lahan dengan menggunakan semburan, sehingga mendapat bancuhan yang melikat. Bancuhan tersebut hendaklah digaul semula sebanyak 3 kali lagi dan dipadatkan dengan sempurna ke dalam acuan dan ratakan dengan menggunakan pelepa keluli. Setelah dikeluarkan daripada acuan, batu blok tersebut hendaklah sentiasa di basahkan dengan semburan halus semasa proses pematangannya. Batu blok tidak boleh digunakan dimana-mana bahagian bangunan sehinggalah ianya matang sekurang-kurangnya 14 hari.

Setiap batu blok berongga hendaklah mempunyai dedinding luar sekurang kurangnya 38 mm tebal di semua bahagian. Dinding batu blok berongga hendaklah diteguhkan dengan menggunakan tetulang untuk batu bata yang diluluskan pada setiap 2 lapisan bermula satu lapisan dari aras lantai.

Kekuatan mampat minimum selepas tempoh 24 hari hendaklah mencapai 6894 kn/m. sq atau 16.32 metrik tan bagi satu blok. Selepas tempoh 24 hari, contoh batu blok hendaklah diambil secara rambang darip[ada stok simpanan kontrktor untuk diuji oleh P.P.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin