Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Cerucuk Galas Keluli Bentuk ‘H’

Dimensi cerucuk.

Semua cerucuk galas keluli bentuk ‘H’ hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 4 dari segi ukuran keratin dan keluli tersebut hendaklah mematuhi kehendak-kehendak B.S 4360. Keratan-keratan dang red keluli yang akan digunakan hendaklah sepertimana yang ditentukan atau ditunjukkan dalam pelan-pelan.

Kelurusan Cerucuk.

Bagi keratan-keratan keluli piawai yang digelek, sisihan daripada kelurusan dalam ukuran milimiter hendaklah tidak melebihi 1.04 (L-4.5) di mana L adalah panjang cerucuk dalam ukuran meter.
Bagi keratan-keratan jenama tertentu yang dibentuk dari keratan –keratan keluli yang digelek, sisihan dari kelurusan hendaklah tidak melebihi 1/1000 panjang cerucuk.




Menguatkan Cerucuk.

Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P penguatan penghujung kaki cerucuk sebagai ganti sepatunya atau penguatan bahagian kepala cerucuk hendaklah dibuat dari bahan yang sama grednya dengan bahan cerucuk dan mengikut perincian sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan.

Menanda Cerucuk.

Setiap cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan warna putih yang tidak luntur di bahagian luar bebibir yang menunjukkan nombor rujukan dan panjang keseluruhan cerucuk. Selain itu , tiap-tiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap jarak 300 mm disepanjangnya sebelum dilantak.

Pengendalian Dan Penyimpanan Cerucuk.

Semua operasi pengendalian dan mengangkut cerucuk hendaklah dilaksanakan dengan baik supaya kerosakan kepada cerucuk dan lapis luarnya dapat dikurangkan. Cerucuk yang rosak semasa dikendali dan diangkut hendaklah diganti oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri. Semua cerucuk yang rosak dan yang ditolak hendaklah dibuang dari tapak bina.
Cerucuk-cerucuk dalam satu susunan hendaklah dari kumpulan yang sama panjangnya dan hendaklah diletakkan di atas penyokong yang diluluskan.

Menegak Dan Melantak Cerucuk.

Menegak dan melantak cerucuk hendaklah dilaksanakan seperti di bawah tajuk ‘Cerucuk Konkrit Bertetulang Tuang Dulu’.

Pemanjangan Cerucuk.

Dimana pemanjangan cerucuk diperlukan, cerucuk-cerucuk hendaklah disambung secara kimpal-tumpu yang diperkuatkan dengan pelit-pelit yang dikimpal-kambi pada keempat-empat tepi sepertimana yang diperincikan dalam pelan-pelan. Semua kimpalan hendaklah selanjar dan mematuhi kehendak B.S 2642 dan B.S 449. Jenis dan saiz kimpalan hendaklah sepertimana diperincikan dalam pelan-pelan.

Penyediaan Kepala Cerucuk.

Apabila cerucuk telah dilantak ke set atau dalam yang diperlukan dan sebelum dilitupkan dengan konkrit, cerucuk hendaklah dipotong sehingga ke lingkungan 20 mm dari paras yang ditunjukkan dalam pelan, dan salut perlindungan jika ada, hendaklah ditanggalkan dari permukaan kepala cerucuk sehingga ke paras 150 mm di atas tampang bawah konkrit. Kepala cerucuk hendaklah dibina mengikut perincian sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin