Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Alat-Alat Ujian.

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa apabila jek hidraulik dan alat pengukur beban dipasang atas kepala cerucuk, keseluruhan sistem hendaklah stabil sehingga beban maksimum dikenakan.
Ujian beban hendaklah dikenakan dengan menggunakan jek hidraulik yang mempunyai keupayaan yang cukup dan dilengkapkan dengan alat pengukur beban.
Jek hidraulik, pam, hos, paip, kupling dan alat-alat lain yang hendak digunakan di bawah tekanan hidraulik hendaklah berupaya menanggung ujian takanan bersamaan dengan 1 ½ kali ganda lebih dari beban ujian maksimum tanpa kebocoran.

Di mana Ujian Kadar Ketelusan Tetap dikehendaki, keupayaan pam untuk jek hendaklah mencukupi untuk mengekalkan kadar ketelusan yang dikehendaki. Had pemanjangan jek hendaklah yang membolehkan cerucuk bergrak berterusan dan tanpa menggunakan penyendal pada jarak sekurang-kurangnya 50 mm.
Alat pengukur hendaklah dari jenis yang diluluskan oleh P.P dan berupaya mencatitkan beban dalam kadar kenaikan tidak melebihi 2 KN.

Jek hidraulik dan alat pengukur hendaklah ditentukan bersama untuk kelulusan P.P sebelum dan selepas setiap siri ujian, apabila penyesuaian dibuat pada alat-alat tersebut atau pada tempoh-tempoh yang tertentu untuk jenis alat yang digunakan. Sijil-sijil tentukuran hendaklah dikemukakan kepada P.P.

Alat-alat beban hendaklah berkeupayaan untuk disesuaikan sepanjang tempoh ujian bagi memperolehi penambahan beban yang sesuai atau untuk mengekalkan tiap-tiap beban mantap pada peringkat yang dikehendaki bagi ujian beban tetap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin