Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Cerucuk Tambatan Dan Tambatan Pada Tanah.

Dimana cerucuk tambatan atau tambatan pada tanah hendak digunakan, ia hendaklah mempunyai kekuatan yang secukupnya menahan beban sehingga 1.2 kali ganda lebih daripada beban ujian maksimum di tanah dalam keadaan selamat tanpa pergerakan atau pengaruh yang berlebihan ke atas cerucuk ujian. Cara yang digunakan di dalam pemasangan kedua-dua sistem ini hendaklah dilakukan tanpa merosakkan sebarang cerucuk ujian atau cerucuk kerja.

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa apabila bebean ujian dikenakan, ia hendaklah diagihkan dengan betul kepada semua bolt dan keluli tegangan. Penyambungan besi tegangan dengan cara kimpalan tidak dibenarkan kecuali kekuatan keluli tersebut tidak akan berkurangan akibat kimpalan. Tegasan ikatan keluli dalam tegangan hendaklah tidak melebihi tegasan ikatan biasa yang dibenarkan untuk jenis keluli dang red konkrit yang digunakan.

Di mana cerucuk tambatan digunakan, jarak di antara pusat cerucuk tambatan dari pusat cerucuk ujian hendaklahtidak kurang dari 3 kali ganda diameter cerucuk ujian atau cerucuk tamabatan atau 2 meter mengikut yang mana lebih. Cerucuk teganagn yang besar di pangkal tidak boleh digunakan. Di mana cerucuk kerja telah diluluskan oleh P.P untuk digunakan sebagai cerucuk tambatan, kedudukan parasnya hendaklah dipastikan semasa beban ujian dikenakan untuk menentukan supaya tiada berlakunya baki daya lonjakan yang berlebihan.

Dimana tambatan pada tanah digunakan, jarak diantara cerucuk ujian dengan man-mana bahagian tambatan yang memindahkan beban kepda tanah hendaklah sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih dari diameter cerucuk ujian. Selanjutnya, jarak di antara cerucuk kerja dengan mana-mana bahagian tambatan pada tanah hendaklah sekurang-kurangnya 1 ½ kali ganda lebih dari diameter cerucuk ujian diukur di sepanjang tambatan yang ada ikatan. Diameter untuk pangkal besar pada tambatan tanah hendaklah melebihi 170 mm.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin