Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Acuan Konkrit.

Kehendak Am.

Acuan konkrit hendaklah dibina dari kayu yang baik dan telah dijemur dengan sempurna, mempunyai kualiti dan kekuatan yang boleh memastikan keteguhan sepenuhnya semasa konkrit dituang, dipadat, digetar dan semasa konkrit sedang di set, acuan konkrit hendaklah diketatkan secukupnya, untuk menahan pengaliran keluar cecair dalam konkrit. Acuan konkrit hendaklah tepat mengikut jajaran dan bebas dari kecacatan di permukaannya dan penyambung di antara kepingan hendaklah dengan cara sambungan lidah dan alur atau dengan jalur pengetat yang dibenam ke dalam lurah di antara 2 kepingan bersebelahan dan menutupi sambungannya. Penggunaan sengkang atau sagang di bahagian dalam hendaklah diperbuat daripada logam dan yang boleh ditanggalkan tanpa mencacatkan konkrit. Tidak boleh ada sebahagian pun daripada sengkang atau penjarak logam yang ditinggal kekal di dalam konkrit kurang daripada 50 mm dari permukaan konkrit yang telah siap. Perincian pembinaan hendaklah diataur untuk memudahkan penanggalan acuan konkrit dan baji dan bolt hendaklah digunakan seberapa boleh bagi menggantikan paku.

Acuan konkrit untuk rasuk dan bahagian-bahagian yang seumpamanya hendaklah direkabentuk dan dibina supaya bahagian-bahagian tepinya dapat ditanggalkan tanpa gangguan kepada bahagian-bahagian yang lain.

Acuan konkrit untuk salah satu tepi pada tiap-tiap tiang hendaklah dibuat daripada kepingan-kepingan berukuran 450 mm tinggi, yang boleh ditanggalkan untuk membolehkan pemadatan yang sempurna dan dipasang semula untuk penuanagn konkrit seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin