Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, konkrit hendaklah dikadarkan sepertimana yang ditunjukkan dalan jadual ‘A’. Kuantiti untuk simen, batu baur halus dan kasar hendaklah ditentukan dengan timbangan berat dan air dengan sukatan isipadu. Batu baur halus dan kasar hendaklah disukat secara berasingan. Penimbang sukatan hendaklah digunakan untuk menimbang berat simen, batu baur halus dan kasar. Kejituan berat yuang ditunjukkan oleh penimbang sukatan hendaklah sentiasa diperiksa dan hendaklah dipastikan supaya berada dalam lingkungan +- 2 ½ % daripada jumlah berat sebenar batu baur dan simen dalam satu sukatan. Kadaran campuran sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual ‘B’ adalah bertujuan untuk kegunaan kerja kecil di tapak bina yang terpencil dan hanya boleh digunakan dengan kelulusan P.P. Dalam keadaan begini kuantiti simen hendaklah ditentukan dengan timbangan berat dan untuk batu baur halus dan kasar dengan sukatan isipadu. Isipadu batu-batu baur hendaklah disukat dengan menggunakan kotak penyukat yang diluluskan.
Timbangan berat dan sukatan isipadu batu-batu baur halus dan kasar sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual ‘A’ dan ‘B’ adalah untuk bahan-bahan dalam keadaan kering. Ujian ke atas batu baur hendaklah dilakukan dua kali sehari atau lebih kerap lagi sekiranya difikirkan perlu oleh P.P. Kandungan air did lam batu baur hendaklah di ambil kira bila menentukan kuantiti air yang akan di masukkan ke dalam campuran.
Kuantiti air yang digunakan dalam campuran nominal hendaklah sepertimana ditunjukkan dalam ‘A’ atau ‘B’ yang mana berkenaan. Nisbah air simen yang ditunjukkan di dalam jadual-jadual tersebut adalah dijangka akan menghasilkan kekuatan kiub kerja yang melebihi keperluan yang ditentukan did lama spesifikasi dan ‘upaya kerja konkrit’ yang cukup untuk memastikan konkrit tersebut boleh dikerjakan dan dipadatkan secukupnya dengan menggunakan cara getaran yang ditentukan di bawah ini. Walaubagaimanapun, sekiranya didapati semasa kerja-kerja dijalankan, campuran konkrit tersebut adalah lebih keras dari yang boleh dituang dengan memuaskan ubahsuaian sehingga 5% boleh dibuat terhadap nisbah air/simen , tetapi sebarang pengubahsuaian selanjutnya terhadap campuran itu, hendaklah dibuat dengan menambah kadaran kedua-dua air dan simen tanpa menambah nisbah air/simen tersebut. Kadaran simen hendaklah ditambah sekiranya kekuatan kiub kerja jatuh di bawah paras yang ditentukan.
kalau boleh saya tanya,macam mana nak dapatkan spek.bg konkrit?
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Concrete
ReplyDelete