Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Ujian Untuk Pemasangan Saliran Kotoran.

Kontraktor hendaklah menjalankan uian-ujian ke atas pemasangan saliran kotoran, mengikut cara dan keprluan-keperluan yang diterangkan di bawah ini. Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis dengan tempoh yang munasabah kepada P.P sebelum ujian-ujian di jalankan.

Ujian kerja paip hendaklah dijlanakan sebelum peparit dikambus dan di mana yang boleh, ujian-ujian tersebut hendaklah dijlanakan dari lurang ke lurang. Paip cabang pendek yang bersambung kepada betung utama di antara lurang-lurang hendaklah diuji bersama dengan betung utama tersebut sebagai satu sistem. Paip cabang dan lurang-lurang hendaklah diuji berasingan.

Paip-paip tembikar hanya boleh diuji selepas s4 jam setelah sambungan mortar yang terakhir disiapkan.

Semua kerja-kerja paip hendaklah dikenakan ujian air atau lain-lain ujian yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan hendaklah mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Bagi ujian paip hendaklah dikenakan tekanan ujian dalam dengan turus air setinggi 1.2 meter atas puncak paip, di bahagian hujungyang tinggi tetapi tidak melebihi 6 meter di bahagian hujung yang rendah. Paip yang mempunyai kecerunan yang tinggi hendaklah diuji berperingkat-peringkat jika sekiranya turus maksimum tersebut akan dilebihi sekiranya seluruh bahagian paip itu diuji sekaligis.
Ujia tersebut hendaklah dijalankan dengan menyumbat bahagian hujung paip yang rendah dan penyambung-penyambung jika perlu, dan kemudian mengisi sistem tersebut dengan air. Bahagian paip yang diuji hendaklah sentiasa dibiarkan supaya menahan air yang sentiasa penuh selama 15 minit sebelum diuji dan ujian tersebut hendaklah dilakukan di dalam tempoh ujian yang tidak kurang dari 30 minit.

Kehilanagn air di dalam tempoh 30 minit hendaklah diukur dengan menambah air daripada bekas pengukur air pada tiap-tiap 10 minit dan kuantiti air yang diperlukan untuk mengekalkan paras air yang asal hendaklah dicatitkan. Untuk tujuan ujian, kuantiti purata yang perlu ditambah untuk paip-paip sehingga 460 mm diameter, tidak boleh melebihi 0.12 liter sejam bagi tiap-tiap satu meter panjang, setiap 100 mm diameter namaan bahagian paip.

Sebarang kebocoran, termasuk pemeluhan yang keterlaluan, yang mengakibatkan jatuhnya paras air semasa ujian, dan mana-mana bahagian kerja yang rosak, hendaklah dibuang dan diperbaiki dan diuji semula seperti di atas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin