Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Ujian Beban Tetap.

Beban hendaklah dikenakan pada kadar pertambahan sebanyak 25% dari beban kerja sehingga mencapai beban kerja dan selepas itu kadar pertambahan ini bolehlah dikurangkan sehingga beban maksimum ujian dicapai iaitu dua kali ganda beban kerja. Setiap pertambahan beban hendaklah dijalankan dengan teratur dan dengan secepat mungkin. Bacaan mendapan dan masa bacaan diambil hendaklah direkodkan sebelum dan selepas setiap pertambahan beban dibuat.
Graf masa mendapan hendaklah diplotkan untuk menunjukkan bila kadar mendapan sebanyak 0.05 mm dicapai dalam masa 15 minit.

Pertambahan beban seterusnya hendaklah dikenakan apabila kadar ini dicapai atau sehingga tempoh minimum selama 2 jam telah berlalu, mengikut yang mana terkemudian. Proses ini hendaklah diulangi sehingga beban ujian maksimum tercapai.
Beban ujian maksimum hendaklah dikekalkan selama 24 jam dan bacaan masa mendapan hendaklah diambil pada setiap tempoh masa yang sama sepertimana bagi peringkat bebanan yang terdahulu.

Beban ujian kemudiannya hendaklah dikurangkan dalam empat peringkat yang sama dan bacaan masa mendapan hendaklah direkodkan sepertimana yang dihuraikan sebelum daripada ini sehinggalah pergerakan berhenti. Tempoh masa anatar setiap pengurangan beban hendaklah sekurang-kurangnya 60 minit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin