Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Pembinaan Batu Bata Secara Am.

Keseluruhan kerja batu batasepertimana ditunjuk di dalam pelan-pelan, kecuali jika selainnya dinyatakan hendaklah dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat berukuran piawai dengan mortar sepertimana yang dinyatakan dan permukaannya hendaklah disiapkan sehingga sedia untuk kerja melepa.

Walau apa pun peruntukan di atas dan apa-apa sebaliknya yang terdapat di bahagian-bahagian lain di dalam Dokumen Kontrak, kontraktor boleh dengan kelulusan P.P, membina semua kerja batu bata tak tanggung beban yang akan dilepa pada kedua-dua belahnya, di bahagian atas paras lapisan kalis lembab atau paras lantai tingkat bawah, dengan batu bata campuran simen dan pasir sepertimana yang dinyatakan sebelum daripada ini. Dengan syarat bahawa di mana P.P, membenarkan penggantian batu bata tanah liat dengan batu bata campuran simen dan pasir, potongan akan dibuat dari harga harga kontrak untuk penggantian tersebut pada kadar harga yang dikira dari harga tapak bina batu bata tanah liat dan batu bata campuran simen pasir yang dipersetujui, dan saiz purata batu bata tanah liat dan batu bata campuran simen dan pasir yang berkenaan itu, dengan menggunakan rumusan-rumusan berikut.

Butir Mengenai Kerja Batu Bata Kadar Harga Potongan Semeter Persegi

Dinding Setenganh Bata
1,000,000 [ 1.025 Htl – 1.100 Hsp ]

(Ptl + 10)(Ttl + 10) (Psp + 10) (Tsp + 10)


Dinding Satu Bata
2,000,000 [ 1.025 Htl – 1.100 Hsp ]

(Ptl + 10)(Ttl + 10) (Psp + 10) (Tsp + 10)


Dimana :

Htl = Harga ke tapak bina batu bata tanah liat yang dipersetujiui.
Ptl = Panjang purata batu bata tanah liat yang berkenaan dalam mm.
Ttl = Tebal purata batu bata tanah liat yang berkenaan dalam mm
Hsp = Harga ke tapak bina batu bata simen pasir yang dipersetujiui.
Psp = Panjang purata batu bata simen pasir yang berkenaan dalam mm.
Tsp = Tebal purata batu bata simen pasir yang berkenaan dalam mm.

Semua batu bata hendaklah direndam di dalam tangki yang sesuai atau lubang yang disediakan oleh kontraktor sekurang-kurangnya selama ½ jam sebelum diikat dan hendaklah sentiasa basah semasa diikat. Di mana kerja mengikat batu bata dihentikan untuk sementara waktu, bahagian atas dinding hendaklah dibasahkan sebelum kerja tersebut diteruskan semula. Semua dinding yang telah siap dibina hendaklah sentiasa dibiarkan basah dan dilindungi daripada pancaran matahari pada hari berikutnya. Kontraktor hendaklah mengadakan penyediaan secukupnya untuk memastikan keperluan ini dipatuhi.

Semua batu bata hendaklah diikat dengan mortar dengan sempurna dan semua sambungan hendaklah diratakan dengan sempurna dan disadak sedalam 13 mm semasa kerja dijalankan. Kesemua sambungan tidak boleh melebihi 10 mm tebal.

Semua kerja batu bata hendaklah dibina dengan tepat dan dalam keadaan tegak lurus yang seragam. Mana-mana bahagian bagi satu dinding batu bata tidak boleh dibina melebihi 1 meter dari bahagian yang lain pada satu masa. Kerja mengikat batu bata tidak boleh dijalankan melebihi paras bahu mengikat dan peranca hendaklah digunakan dan ditingkatkan dari masa kesemasa untuk tujuan ini. Titik-titik pugak bagi tiap-tiap lapisan dengan lapisan yang berselang hendaklah tegak di atas satu sama lainnya dan semua garis pugak, penjuru dan sebagainya hendak dibina dengan tepat dan bersegi tepat.

Semua persilangan dan sudut pada dinding hendaklah diikat di antara satu sama lain dengan sempurna. Semua dinding dan tiang batu bata yang mana panjang dan lebarnya bukan mengikut gandaan ukuran batu bata hendaklah dipotong dan diikat dengan sebaik cara yang diluluskan. Batu bata yang pecah tidak boleh digunakan kecuali jika diperlukan untuk membentuk satu ikatan.

Semua dinding batu bata dan penyekat yang setebal setengah bata (113 mm) hendaklah diteguhkan pada tiap-tipa 4 lapisan dengan menggunakan tetulang untuk batu bata yang diluluskan, bermula dari lapisan kedua dari aras lantai. Bagi dinding batu blok pula tetulang tersebut hendaklah dipassang pada tiap-tiap 2 lapisan bermula dari lapisan pertama daripada aras lantai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin