Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Menanda Cerucuk.

Cerucuk yang dikawet hendaklah ditanda kekal dengan pengenalan yang meneunjukkan ia mematuhi spesifikasi, tanda niaga pembuat, nombor caj dan tarikh pengawetan dan panjang cerucuk.

Pemeriksaan.

P.P mungkin menjalankan pemeriksaan ke atas loji pengawetan untuk meneliti dan mempastikanyang proses pengawetan dan ujian kawalan mutu cerucuk dilaksanakan mengikut kehendak spesifikasi ini. Rekod-rekod jadual rawatan yang sebenar hendaklah disimpan dan kontraktor hendaklah mengadakan rekod-rekod tersebut bagi cerucuk-cerucuk yang dibekalkan apabial diminta oleh P.P.

Jaminan.

Sebelum kerja dimulakan , kontraktor hendaklah memberitahu P.P nama pembekal dan pembuat cerucuk untuk diluluskan.
Sebelum cerucuk kayu yang dikawet diterima untuk kerja-kerja, kontraktor hendaklah mendapat satu jaminan dalam borang yang diluluskan daripada pembuat cerucuk yang dikawet yang memperuntukkan bahawa dalam jangkamasa 10 tahun cerucuk yang dikawet adalah bebas dari jangkitan kulat dan seranagn serangga yang boleh menjejaskan struktur bangunan.

Menghantar Dan Melonggok.

Kontraktor hendaklah memberitahu P.P berhubung dengan penghantaran cerucuk kayu ke tapak bina dan hendaklah mengadakan kemudahan-kemaudahan yang diperlukan untuk membolehkan P.P memeriksa penyerapan dan upaya simpan bersih garam kering.
Cerucuk yang diluluskan hendaklah ditanda dan dilonggokkan memanjang di dataran tanah yang keras. Setiap cerucuk hendaklah dilonggok supaya mempunyai kelegaan dari tanah dan hendaklah mengadakan ruang udara disekelilingnya. Cerucuk-cerucuk hendaklah diregangkan antara satu sama lain dengan menggunakan kepingan atau ketul kayu yang diletak tegak di atas satu sama lain dan mempunyai jarak yang berdekatan sepanjang cerucuk untuk mengelakkan cerucuk daripada melentur. Semua cerucuk yang tidak diluluskan hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dengan segera.

Kepala Cerucuk.

Kepala cerucuk hendaklah dilindungi secukupnya semasa melantak untuk mengelakkan daripada mengembang.
Kepala cerucuk hendaklah dipasang dengan plat logam bergigi sepertimana yang diluluskan oleh P.P untuk mengelakkan daripada mengembang dan berkeai semasa melantak dalam keadaan biasa.
Bagi kerja lantakan untuk menembusi lapisan keras, kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, topi logam hendaklah dipasang pada kepala cerucuk. Bahagian atas cerucuk hendaklah ditarah terlebih dahulu untuk dimuatkan dengan sempurna kepada topi logam. Pelapik daripada kayu keras dan jika perlu kepingan kayu hendaklah digunakan di atas topi.
Jika kepala cerucuk menjadi terlalu mengembang atau sebaliknytarosak semasa lantakan, bahagian yang rosak hendaklah dipotong dan penutup logam dipasang semula.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin