Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Kerja Konkrit.

Kehendak Am.

Kecuali jika selainnya ditentukan di bawah ini, kerja konkrit bertetulang hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang terdapat di dalam Kod Amalan Piawaian British C.P 114 ‘Kegunaan Konkrit Bertetulang Sebagai Struktur Bangunan’ (The structural Use Of Reinforced Concrete In Buildings).

Simen.

Simen yang hendak digunakan hendaklah simen Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13 Perakuan Ujian oleh pembuat, secara amnya boleh diterima sebagai bukti keutuhan bahan tersebut, tetapi P.P mungkin memerlukan ujian tambahan dilakukan ke atas mana-mana simen yang disyakki rosak disebabkan oleh usianya, kerosakan pada kampit, penyimpanan yang tidak sempurna atau lain-lain sebab P.P boleh tanpa melakukan sebarang ujian tambahan, mengarahkan mana-mana kampit simen, yang mana sebahagian daripada isinya telah keras atau didapati cacat dalam apa juga bentuknya, dikeluarkan dari tapak binaan dengan serta merta. Kontraktor boleh memilih untuk menggunakan samada simen Portland Jenis Biasa atau ‘Simen Portland Jenis Keras Cepat’, tetapi tiada bayaran tambahan akan dibuat sekiranya simen yang lebih mahal digunakan. Simen hendaklah dihantar ke tapak bina di dalam kenderaan yang bertutup untuk melindungi dari air secukupnya. Simen hendaklah disimpan di dalam setor yang diluluskan supaya selamat dari gangguan cuaca dan hendaklah dikeluarkan untuk digunakan mengikut giliran penghantaran ke dalam setor. Bekalan simen pukal hendaklah disimpan di dalam silo yang diluluskan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin