Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Pemasangan Cerucuk Secara Pancutan.

Pemasangan cerucuk secara pancutan hendaklah dilaksanakan apabila cadangan teperinci oleh kontraktor telah diluluskan. Tetapi cara ini tidak bolehdijalankan bagi bahagian 3 meter yang terakhir ketelusan yang diperlukan.

Membaiki Dan Menyambung Cerucuk.

Membaiki Kepala Cerucuk Yang Rosak.

Sebarang kepala cerucuk yang rosak hendaklah dipotong tepat di bahagian konkrit yang kukuh, dan semua serpihan hendaklah dibersihkan dengan berus dawai, kemudian dibasuh dengan air. Jika cerucuk hendak dilantak seterusnya, kepalanya hendaklah dituang semula dengan konkrit dari gred yang diluluskan. Kepala cerucuk yang baru itu hendaklah dituang sejajar dengan cerucuk asal, dan hendaklah diawet dengan sempurna dan dibiarkan keras secukupnya untuk mendapat kekuatan bagi lantakan selanjutnya.

Jika cerucuk telah dilantak hingga set atau mengikut dalam yang dikehendaki, tetapi bahagian konkrit yang berkeadaan baik di cerucuk adalah di bawah aras pemotongan, cerucuk tersebut hendaklah diperbaiki sehingga aras pemotongan dengan menggunakan konkrit dari gred yang tidak kurang kekuatannya daripada konkrit cerucuk tersebut.

Pemanjangan Cerucuk Konkrit Bertetulang.

Dimana cerucuk perlu dipanjangkan, selain dari cara mengimpal dengan plat keluli sepertimana yang diperincikan dalam pelan-pelan konkrit disekeliling tetulang hendaklah ditanggalkan sejarak yang sama dengan 30 kali diameter tetulang utama, diukur dari kepala cerucuk untuk sambungan sambat danjarak 300 mm untuk sambungan kimpal-tumpu dan semua tetulang sisi hendaklah dibuang. Bar penyambung hendaklah ditemu-tumpu pada bar yang ditentukan, atau hendaklah disambat dengan bar tetulang yang mempunyai diameter yang sama seperti bar utama cerucuk, sepanjang 60 kali diameternya dan bertindih dengan bar utama sejarak 30 kali diameter di bahagian atas dan bawah sambungan dan hendaklah diikat dengan dawai besi lembut 1.63 mm. tetulang simpai yang baru yang berukuran sama dengan simpai yang asal, dan hendaklah diikat kuat dengan dawai besi lembut 1.63 mm dan cerucuk disambung dengan menuang konkrit ke dalam acuan yang telah dibina dengan sempurna mengikut panjang yang dikehendaki. Langkah-langkah sepertimana yang ditentukan sebelum ini hendaklah diambil apabila membuat sambungan di antara konkrit asal dan konkrit baru. Sambungan tersebut hendaklah sejajar dengan cerucuk asal dan diawet dengan sempurna dan dibiarkan keras secukupnya untuk mendapat kekuatan yang diperlukan bagi lantakan seterusnya.

Lantakan Cerucuk Yang Diperbaiki Atau Yang Dipanjangkan.

Cerucuk yang telah dibaiki, dipanjangkan dengan menambah konkrit tuang disitu seperti yang diterangkan di atas tidak boleh dilantak sehingga konkrit yang ditambah telah mencapai kekuatan yang ditentukan bagi konkrit untuk cerucuk.

Pemotongan Dan Penanggalan Di Kepala Cerucuk.

Apabila cerucuk telah di lantak sehingga ke set atau mengikut dalam yang dikehendaki, kepala cerucuk hendaklah dipotong pada aras yang ditentukan atau sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan. Panjang bar tetulang yang terjulur ke atas melebihi aras pemotongan hendaklah seperti yang di tunjuk atau ditentukan di dalam pelan.
Langkah-langkah hendaklah di ambil bagi mengelakkan sebarang keretakan atau selainnya yang merosakkan cerucuk. Sebarang konkrit yang retak atau cacat hendaklah dipotong dan diperbaiki semula dengan menggunakan konkrit baru yang bercantum dengan sempurna dengan konkrit yang asal

Cerucuk Galas Keluli Bentuk ‘H’

Dimensi cerucuk.

Semua cerucuk galas keluli bentuk ‘H’ hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 4 dari segi ukuran keratin dan keluli tersebut hendaklah mematuhi kehendak-kehendak B.S 4360. Keratan-keratan dang red keluli yang akan digunakan hendaklah sepertimana yang ditentukan atau ditunjukkan dalam pelan-pelan.

Kelurusan Cerucuk.

Bagi keratan-keratan keluli piawai yang digelek, sisihan daripada kelurusan dalam ukuran milimiter hendaklah tidak melebihi 1.04 (L-4.5) di mana L adalah panjang cerucuk dalam ukuran meter.
Bagi keratan-keratan jenama tertentu yang dibentuk dari keratan –keratan keluli yang digelek, sisihan dari kelurusan hendaklah tidak melebihi 1/1000 panjang cerucuk.




Menguatkan Cerucuk.

Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P penguatan penghujung kaki cerucuk sebagai ganti sepatunya atau penguatan bahagian kepala cerucuk hendaklah dibuat dari bahan yang sama grednya dengan bahan cerucuk dan mengikut perincian sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan.

Menanda Cerucuk.

Setiap cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan warna putih yang tidak luntur di bahagian luar bebibir yang menunjukkan nombor rujukan dan panjang keseluruhan cerucuk. Selain itu , tiap-tiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap jarak 300 mm disepanjangnya sebelum dilantak.

Pengendalian Dan Penyimpanan Cerucuk.

Semua operasi pengendalian dan mengangkut cerucuk hendaklah dilaksanakan dengan baik supaya kerosakan kepada cerucuk dan lapis luarnya dapat dikurangkan. Cerucuk yang rosak semasa dikendali dan diangkut hendaklah diganti oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri. Semua cerucuk yang rosak dan yang ditolak hendaklah dibuang dari tapak bina.
Cerucuk-cerucuk dalam satu susunan hendaklah dari kumpulan yang sama panjangnya dan hendaklah diletakkan di atas penyokong yang diluluskan.

Menegak Dan Melantak Cerucuk.

Menegak dan melantak cerucuk hendaklah dilaksanakan seperti di bawah tajuk ‘Cerucuk Konkrit Bertetulang Tuang Dulu’.

Pemanjangan Cerucuk.

Dimana pemanjangan cerucuk diperlukan, cerucuk-cerucuk hendaklah disambung secara kimpal-tumpu yang diperkuatkan dengan pelit-pelit yang dikimpal-kambi pada keempat-empat tepi sepertimana yang diperincikan dalam pelan-pelan. Semua kimpalan hendaklah selanjar dan mematuhi kehendak B.S 2642 dan B.S 449. Jenis dan saiz kimpalan hendaklah sepertimana diperincikan dalam pelan-pelan.

Penyediaan Kepala Cerucuk.

Apabila cerucuk telah dilantak ke set atau dalam yang diperlukan dan sebelum dilitupkan dengan konkrit, cerucuk hendaklah dipotong sehingga ke lingkungan 20 mm dari paras yang ditunjukkan dalam pelan, dan salut perlindungan jika ada, hendaklah ditanggalkan dari permukaan kepala cerucuk sehingga ke paras 150 mm di atas tampang bawah konkrit. Kepala cerucuk hendaklah dibina mengikut perincian sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan.

Cerucuk Kayu Yang Dikawet Secara Tekanan.

Kayu.

Kehendak Am.

Cerucuk kayu yang dikawet secara tekanan yang hendak digunakan untuk kerja hendaklah diluluskan oleh SIRIM.

Jenis Kayu.

Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P hanya kayu jenis Kempas (Keempassia Malaccensis) hendaklah digunakan.

Definisi.

Istilah-istilah perkayuan yang digunakan di dalam spesifikasi hendakl;ah membawa makna yang dimaksudkan dalam Kod Amalan C.P 112 atau ‘Peraturan Mengred Kayu keras Gergaji Malaya (1968).’(Malayan Grading Rules For Sawn hardwood Timber (1968) mengikut mana yang berkenaan.

Mutu Kayu.

Kayu yang digunakan untuk cerucuk hendaklah dari mutu yang tidak kurang daripada ‘Gred Struktur Terpilih yang ditentukan dalam bahagian’ Pengredan tegasan di Bab III dari Peraturan Mengred Kayu Keras Gergaji di Malaya’. (Selected Structural Grades Specified in Section J. (Stress Grading) of Part III of Malayan Grading Rules for Sawn Hardwood Timber) kayu hendaklah bebas dari reput, kulat atau serangan serangga dan lain-lain kecacatan yangtidak dibenarkan bagi grednya.

Had Terima Dimensi.

Dimensi cerucuk kayu gergaji hendaklah dalam Lingkungan 2 mm kurang dan 6 mm lebih daripada dimensi kerat lintang yang ditentukan. Pusat bentuk sebarang kearat lintangcerucuk kayu gergaji hendaklah tidak menyisih lebih dari 25 mm dari garis lurus menghubungi pusat bentuk permukaan-permukaan di hujung cerucuk piawai panjangnya.

Mutu Kerja.

Dimana berkenaan, taraf mutu kerja hendaklah mematuhi Kod Amalan C.P 112.

Rawatan Dengan Bahan Pengawet.

Rawatan hendaklah secara proses sel-penuh sepertimana yang dihuraikan dalam Piawaian Malaysia M.S 3.88. Penyerapan minimum bahan pengawet bila ditentukan dengan cara seperti yang dihuraikan dalam Appendik ‘H’ dari Piawaian Malaysia M.S 3.88 HENDAKLAH SEDALAM 25MM. Upaya simpan bersih garam kering di dalam bahagian kayu yang diawet, bila ditentukan dengan cara yang dihuraikan dalam Appendik ‘K’ dari Piawaian Malaysia M.S 3.88 hendaklah sekurang-kurangnya 16kg/meter padu.

Menanda Cerucuk.

Cerucuk yang dikawet hendaklah ditanda kekal dengan pengenalan yang meneunjukkan ia mematuhi spesifikasi, tanda niaga pembuat, nombor caj dan tarikh pengawetan dan panjang cerucuk.

Pemeriksaan.

P.P mungkin menjalankan pemeriksaan ke atas loji pengawetan untuk meneliti dan mempastikanyang proses pengawetan dan ujian kawalan mutu cerucuk dilaksanakan mengikut kehendak spesifikasi ini. Rekod-rekod jadual rawatan yang sebenar hendaklah disimpan dan kontraktor hendaklah mengadakan rekod-rekod tersebut bagi cerucuk-cerucuk yang dibekalkan apabial diminta oleh P.P.

Jaminan.

Sebelum kerja dimulakan , kontraktor hendaklah memberitahu P.P nama pembekal dan pembuat cerucuk untuk diluluskan.
Sebelum cerucuk kayu yang dikawet diterima untuk kerja-kerja, kontraktor hendaklah mendapat satu jaminan dalam borang yang diluluskan daripada pembuat cerucuk yang dikawet yang memperuntukkan bahawa dalam jangkamasa 10 tahun cerucuk yang dikawet adalah bebas dari jangkitan kulat dan seranagn serangga yang boleh menjejaskan struktur bangunan.

Menghantar Dan Melonggok.

Kontraktor hendaklah memberitahu P.P berhubung dengan penghantaran cerucuk kayu ke tapak bina dan hendaklah mengadakan kemudahan-kemaudahan yang diperlukan untuk membolehkan P.P memeriksa penyerapan dan upaya simpan bersih garam kering.
Cerucuk yang diluluskan hendaklah ditanda dan dilonggokkan memanjang di dataran tanah yang keras. Setiap cerucuk hendaklah dilonggok supaya mempunyai kelegaan dari tanah dan hendaklah mengadakan ruang udara disekelilingnya. Cerucuk-cerucuk hendaklah diregangkan antara satu sama lain dengan menggunakan kepingan atau ketul kayu yang diletak tegak di atas satu sama lain dan mempunyai jarak yang berdekatan sepanjang cerucuk untuk mengelakkan cerucuk daripada melentur. Semua cerucuk yang tidak diluluskan hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dengan segera.

Kepala Cerucuk.

Kepala cerucuk hendaklah dilindungi secukupnya semasa melantak untuk mengelakkan daripada mengembang.
Kepala cerucuk hendaklah dipasang dengan plat logam bergigi sepertimana yang diluluskan oleh P.P untuk mengelakkan daripada mengembang dan berkeai semasa melantak dalam keadaan biasa.
Bagi kerja lantakan untuk menembusi lapisan keras, kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, topi logam hendaklah dipasang pada kepala cerucuk. Bahagian atas cerucuk hendaklah ditarah terlebih dahulu untuk dimuatkan dengan sempurna kepada topi logam. Pelapik daripada kayu keras dan jika perlu kepingan kayu hendaklah digunakan di atas topi.
Jika kepala cerucuk menjadi terlalu mengembang atau sebaliknytarosak semasa lantakan, bahagian yang rosak hendaklah dipotong dan penutup logam dipasang semula.

Menegak Dan Melantak Cerucuk.

Kerja melantak cerucuk hendaklah dilaksanakan mengikut sepertimana yang dihuraikan sebelum ini di bawah tajuk ‘CERUCUK KONKRIT BERTETULANG TUANG DULU’.

Pemanjangan Cerucuk.

Setiap cerucuk yang dibekalkan hendaklah 6.0 meter atau jurang hendaklah terdiri dari satu cerucuk tanpa sambungan.
Jika sambungan diperlukan, penyambungan cerucuk hendaklah dibuat dengan menggunakan kotak kimpal keluli sederhana 450mm panjang yang dibentuk dari plat keluli 5 mm tebal kecuali jika selainnya ditunjukkan dalam pelan-pelan. Dimensi bahagian dalam kotak hendaklah 3 mm kurang dari dimensi keratan lintang cerucuk. Penyambung dan hujung cerucuk yang hendak disambung hendaklah dibuat supaya kekuatan dan kekukuhan yang diperlukan dapat diadakan di bahagian sambungan.

Kecacatan Kepada Cerucuk Semasa Melantak.

Apabiala rekahan terdapat pada cerucuk semasa melantak yang mana mengikut pendapat P.P ianya boleh menjejaskan kekuatannya, cerucuk berkenaan akan ditolak penerimaannya dan hendaklah diganti atas perbelanjaan kontraktor sendiri.

Penyediaan Kepala Cerucuk.

Apabila cerucuk telah dilantak ke set atau had dalam yang diperlukan, kepala cerucuk hendaklah dipotong tepat di paras kayu yang baik dan disapu dengan bahan pengawet dan lapisan kalis air yang diluluskan mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.
Kepala cerucuk hendaklah dilitupkan dengan tetopi konkrit sedalam tidak kurang 150 mm dan tebal konkrit disekelilingnya juga tidak kurang 150 mm.

Cerucuk Bakau.

Kehendak Am.

Semua cerucuk bakau hendaklah bebas daripada reput, jangkitan kulat atau serangan serangga dan lain-lain kecacatan. Semua cerucuk hendaklah pada keseluruhannya lurus dan bulat keratan lintang dengan semua pangkal dahan di tanah sejajar dengan profil cerucuk dengan tanpa menanggalkan kulitnya.

Saiz-Saiz cerucuk.

Dimana mungkin cerucuk bakau hendaklah dibekalkan dalam satu ukuran panjang tidak kurang dari 6.0 meter. Diameter cerucuk hendaklah tidak kurang dari 100 mm di mana-mana bahagian di sepanjang cerucuk.

Memeriksa Dan Melonggok.

Kontraktor hendaklah memberitahu kepada P.P mengenai penghantaran cerucuk ke tapak bina dan hendaklah mengadakan tenaga buruh dan segala kemudahan peralatan bagi membolehkan P.P membuat pemeriksaan dan mengukur setiap cerucuk semasa memunggah. Cerucuk yang telah diterima hendaklah dilonggok di permukaan dan di kawasan yang diluluskan dan disimpan dalam keadaan yang sentiasa LEMBAB. Cerucuk yang tidak diluluskan hendaklah dikeluarkan dari tapak bina dengan serta merta.

Panjang Cerucuk.

Panjangnya satu cerucuk akan dikira sebagai panjang keseluruhan yang diukur dari penghujung sepatu cerucuk ke bahagian atas kepala cerucuk. Panjang cerucuk yang hendak dilantak adalah sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan. Berdasarkan kepada maklumat mengenai rintangan melantak cerucuk dan ujian beban yang dijalankan ke atas cerucuk yang telah dilantak dari tapak bina, P.P boleh mengarah untuk mengubahsuai panjang cerucuk dari masa ke semasa.

Menegak Dan Melantak Cerucuk.

Alat-Alat Melantak Cerucuk.
Kecuali jika selainnya diluluskan, cerucuk bakau hendaklah dilantak dengan menggunakan pemukul yang beratnya tidak kurang dari 250 kg yang digantung dari alat pelantak cerucuk yang diluluskan.

Menegak Cerucuk.

Cerucuk hendaklah ditegak dengan tepat mengikut kedudukannya seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan atau sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Cerucuk tersebut hendaklah dilantak dalam ukuran sepanjang 6 meter tanpa sambungan.

Penyediaan Cerucuk Untuk Dilantak.

Kepala cerucuk hendaklah rata dan bersudut tepat pada paksi cerucuk dan tepinya dipotong serong untuk mengurangkan rekahan semasa melantak dan bahagian hujung cerucuk hendaklah tajam.
Kontraktor hendaklah mengambil langkah untuk mengelak daripada kerosakan kepada kepala cerucuk semasa melantak untuk menembusi lapisan keras dengan megadakan topi logam yang sesuai. Pelapik daripada kayu keras dan jika perlu kepingan kayu hendaklah digunakan di atas topi. Jika kepala cerucuk menjadi terlalu mengembang atau sebaliknya rosak semasa melakukan lantakan, bahagian yang rosak hendaklah dipotong dan penutup logam dipasang semula.

Susunan Bagi Melantak Cerucuk.

Cerucuk-cerucuk hendaklah dilantak mengikut susunan yang berturutan yang diluluskan, untuk mengurangkan dari bahaya naik dan dianjakkan sisi kepada tanah. Bila dikehendaki, aras dan ukuran akan diambil untuk menentukan pergerakan pada tanah atau sebarang cerucuk dari proses melantak. Jika terdapat cerucuk yang timbul disebabkan oleh cerucuk berhampiran yang sedang dilantak, kontraktor hendaklah mengemukakan kepada P.P cadangannya untuk membetulkannya dan untuk mengelakkan keadaan yang sama berlaku dalam kerja berikutnya

Pemanjangan.

Di mana penyambungancerucuk diperlukan, ia hendaklah sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan. Kedua-dua bahagian hujung cerucuk yang hendak disambungkan itu hendaklah mempunyai diameter yang sama dan setiap bahagian hujung dipotong bersudut tepat pada paksi cerucuk supaya bertemu kesemua keratan lintang apabila kedua-dua cerucuk dicantum tepat.
Satu simpai besi paip bulat bergal;vani hendaklah digunakan untuk menyambung kedua-dua hujung cerucuk tersebut hendaklah ditarah untuk mendapat sambungan yang ketat.

Penyediaan Kepala Cerucuk Selepas Melantak.

Apabila cerucuk telah dilantak ke paras yang diperlukan, bahagian atas cerucuk tersebut hendaklah dipotong pada satu paras yang sama. Paras ini hendaklah berada di paras air yang terendah semasa musim kemarau sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan atau sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Pengujian Cerucuk.

Kehendak Am.

Jenis PengujianYang Perlu.

Ujian beban tetap hendaklah dijalankan ke atas cerucuk yang hendak diuji. Kontraktor hendaklah , jika dikehendaki oleh P.P melaksanakan ‘Ujian Kadar Ketelusan Tetap’ setelah menyempurnakan ujian beban tetap.

Langkah-Langkah Keselamatan.

Apabila menyedia, melaksana dan membuka kelengkapan ujian cerucuk, kontraktor hendaklah menjalankan kerja tersebut dengan cara yang selamat dan selanjutnya hendaklah mengadakan lain-lain peruntukan yang perlu bagi mengelakkan daripada sebarang bahaya yang mungkin.

Definisi.

Cerucuk Mampatan.
Cerucuk yang direka bentuk untuk menahan daya paksi yang akan menyebabkan cerucuk tersebut menelusi ke dalam tanah.

Cerucuk Tambatan.
Cerucuk mamapatan yang dibebankan untuk menentukan pertentangan antara beban dengan cirri-ciri pemendapan cerucuk tersebut dan tanah sekelilingnya.

System Tindakbalas.
Cerucuk yang direka bentuk untuk menahan daya paksi yang akan menyebabkan cerucuk tersebut tertarik keluar dari tanah.

Cerucuk Ujian.
System pemberat, cerucuk atau tambatan yang memberi rintangan kepada cerucuk yang diuji.

Pemberat.
Blok konkrit atau keratan cerucuk yang digunakan dalam ujian beban.

Ujian beban tetap.

Satu ujian di mana setiap tambahan atau kuranagn pada beban adalah dibuat tetap samada untuk satu jangkamasa yang ditetapkan atau sehingga kadar pemendapan atau daya lonjakan berada kepada satu nilai yang ditentukan

Ujian Kadar Ketelusan Tetap.

Satu ujian beban di mana cerucuk dikehandaki untuk menelusi tanah daripada kedudukannya pada kelajuan yang tetap sementara daya beban yang diukur terus menerus diletakkan pada bahagian atas cerucuk untuk mengekalkan kadar ketelusan. Pertentanagn hubungan antara daya beban dengan ketelusan yang didapati tidaklah menggambarkan keadaan perseimbangan di antara beban dan mendapan.

Pengawasan.

Semua ujian hendaklah dijalankan hanya di bawah arahan seorang penyelia yang berpengalaman dan cekap dari pihak kontraktor dengan menggunakan alat ujian yang diluluskan dan peraturan-peraturan ujian yang ditentukan selepas daripada itu.
Semua kakitangan kontraktor yang mengendalikan alat-alat ujian hendaklah terlatih dalam penggunaanya. Ujian hanya boleh dijalankan semasa kehadiran P.P.

Sistem Tindakbalas.

Kehendak Am.

Ujian mampatan hendaklah dijalankan dengan menggunakan pemberat, cerucuk tambatan atau tambatan yang dibina khas sebagai sistem tindakbalas. Sistem tindakbalas yang digunakan hendaklah direka bentuk untuk memindahkan beban maksimum yang dikehendaki untuk ujian kepada cerucuk ujian dengan selamatnya. Butir-butir lengkap sistem tindakbalas hendaklah deikemukakan kepada P.P sebelum sebarang kerja yang berkaitan dengan proses ujian dapat dijalankan di tapak bina.

Pemberat.

Di mana pemberat digunakan ia hendaklah mempunyai berat yang cukup untuk menahan beban sehingga 1.2 kali ganda lebih daripada beban ujian maksimum. Pemberat hendaklah disokong di atas kerja krib atau lain-lain struktur penyokong yang dipasang disekeliling cerucuk ujian supaya pusat graviti pemberat terletak di atas paksi cerucuk. Tekanan galas di bawah penyokong hendaklah memastikan kestabilan kepad susunan pemberat dan hendaklah tidak menjejaskan perlicinan pada kendalian ujian. Jarak dari bahagian tepi cerucuk ujian pada behagian terdekat penyokong pada susunan pemberat yang bersentuh dengan permukaan tanah hendaklah tidak kurang dari 1.3 meter.

Cerucuk Tambatan Dan Tambatan Pada Tanah.

Dimana cerucuk tambatan atau tambatan pada tanah hendak digunakan, ia hendaklah mempunyai kekuatan yang secukupnya menahan beban sehingga 1.2 kali ganda lebih daripada beban ujian maksimum di tanah dalam keadaan selamat tanpa pergerakan atau pengaruh yang berlebihan ke atas cerucuk ujian. Cara yang digunakan di dalam pemasangan kedua-dua sistem ini hendaklah dilakukan tanpa merosakkan sebarang cerucuk ujian atau cerucuk kerja.

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa apabila bebean ujian dikenakan, ia hendaklah diagihkan dengan betul kepada semua bolt dan keluli tegangan. Penyambungan besi tegangan dengan cara kimpalan tidak dibenarkan kecuali kekuatan keluli tersebut tidak akan berkurangan akibat kimpalan. Tegasan ikatan keluli dalam tegangan hendaklah tidak melebihi tegasan ikatan biasa yang dibenarkan untuk jenis keluli dang red konkrit yang digunakan.

Di mana cerucuk tambatan digunakan, jarak di antara pusat cerucuk tambatan dari pusat cerucuk ujian hendaklahtidak kurang dari 3 kali ganda diameter cerucuk ujian atau cerucuk tamabatan atau 2 meter mengikut yang mana lebih. Cerucuk teganagn yang besar di pangkal tidak boleh digunakan. Di mana cerucuk kerja telah diluluskan oleh P.P untuk digunakan sebagai cerucuk tambatan, kedudukan parasnya hendaklah dipastikan semasa beban ujian dikenakan untuk menentukan supaya tiada berlakunya baki daya lonjakan yang berlebihan.

Dimana tambatan pada tanah digunakan, jarak diantara cerucuk ujian dengan man-mana bahagian tambatan yang memindahkan beban kepda tanah hendaklah sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih dari diameter cerucuk ujian. Selanjutnya, jarak di antara cerucuk kerja dengan mana-mana bahagian tambatan pada tanah hendaklah sekurang-kurangnya 1 ½ kali ganda lebih dari diameter cerucuk ujian diukur di sepanjang tambatan yang ada ikatan. Diameter untuk pangkal besar pada tambatan tanah hendaklah melebihi 170 mm.

Alat-Alat Ujian.

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa apabila jek hidraulik dan alat pengukur beban dipasang atas kepala cerucuk, keseluruhan sistem hendaklah stabil sehingga beban maksimum dikenakan.
Ujian beban hendaklah dikenakan dengan menggunakan jek hidraulik yang mempunyai keupayaan yang cukup dan dilengkapkan dengan alat pengukur beban.
Jek hidraulik, pam, hos, paip, kupling dan alat-alat lain yang hendak digunakan di bawah tekanan hidraulik hendaklah berupaya menanggung ujian takanan bersamaan dengan 1 ½ kali ganda lebih dari beban ujian maksimum tanpa kebocoran.

Di mana Ujian Kadar Ketelusan Tetap dikehendaki, keupayaan pam untuk jek hendaklah mencukupi untuk mengekalkan kadar ketelusan yang dikehendaki. Had pemanjangan jek hendaklah yang membolehkan cerucuk bergrak berterusan dan tanpa menggunakan penyendal pada jarak sekurang-kurangnya 50 mm.
Alat pengukur hendaklah dari jenis yang diluluskan oleh P.P dan berupaya mencatitkan beban dalam kadar kenaikan tidak melebihi 2 KN.

Jek hidraulik dan alat pengukur hendaklah ditentukan bersama untuk kelulusan P.P sebelum dan selepas setiap siri ujian, apabila penyesuaian dibuat pada alat-alat tersebut atau pada tempoh-tempoh yang tertentu untuk jenis alat yang digunakan. Sijil-sijil tentukuran hendaklah dikemukakan kepada P.P.

Alat-alat beban hendaklah berkeupayaan untuk disesuaikan sepanjang tempoh ujian bagi memperolehi penambahan beban yang sesuai atau untuk mengekalkan tiap-tiap beban mantap pada peringkat yang dikehendaki bagi ujian beban tetap.

Penyediaan Kerja Cerucuk.

Penyediaan Cerucuk Kerja Yang Hendak Diuji

Kehendak Am.

Jika ujian dikehendaki ke atas cerucuk kerja, kontraktor hendaklah membuat persediaan ujian ke atas cerucuk tersebut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Rekod-Rekod Lantakan.

Bagi tiap-tiap cerucuk kerja yang hendak diuji, rekod lantakan yang terperinci hendaklah dibuat dan diadakan serta dikemukakan kepada P.P tiap-tiap hari tidak lewat aripada pukul 12 tengahari hari kerja berikutnya

Aras Pemotongan Cerucuk.

Cerucuk hendaklah berakhir pada aras pemotongan biasa atau pada satu aras yang dikehendaki oleh P.P.
Walaubagaimanapun, di mana perlu, cerucuk hendaklah diakhiri lebih tinggi daripada aras pemotongan cerucuk kerja supaya alat-alat pengukur atau alat-alat lain yang digunakan dalam proses ujian tidak akan dirosakkan oleh air atau sampah. Jika aras pemotongan di bawah paras tanah, cerucuk tersebut tidak akan dipanjangkan dan berkemungkinan tanah lubang korek runtuh, sarung keluli hendaklah dipasang di bahagian atas cerucuk atau lain-lain tindakan yang diluluskan hendaklah diambil. Ruang yang secukupnya hendaklah diadakan di antara bahagian atas cerucuck dengan bahagian bawah sarung keluli untuk membolehkan pergerakan yang tidak terhad pada cerucuk.

Kepada Cerucuk Untuk Ujian Mampatan.

Bagi cerucuk yang hendak diuji dalam keadaaan mampatan, kepala cerucuk atau tetopi hendaklah dibentuk untuk mendapatkan permukaan yang rata yang mana bersudut tepat dengan paksi cerucuk. Plat ghalas dari keluli sederhana yang diluluskan, hendaklah dipasang pada atas kepala cerucuk atau tetopi untuk menerima alat pengukur beban dan pengukur mendapan dan untuk mengelakkan kerosakan akibat dari penumpuan penggunaan beban daripada alat-alat beban.

Notis Untuk Ujian.

Kontraktor hendaklah memberitahu P.P sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ujian dilaksanakan.

Pengukuran Mendapan.

Rangka penunjuk mendapan hendaklah didirikan untuk mengukur pergerakan pugak cerucuk ujian. Tupang kepada rangka tersebut hendaklah ditempatkan pada jarak tidak kurang dari 2 meter daripada cerucuk ujian dan hendaklah dipasang tegak di atas tanah dengan membenamkannya tidak kurang daripada 1 meter ke konkrit sekeliling. Selanjutnya, penaikan tupang hendaklah disemak dengan rujukan kepada batu aras yang tetap.

Semua peralatan pengukuran hendaklah dilindungi daripada hujan, pancaran cahaya matahari dan lain-lain gangguan yang mungkin menjejaskan kesahihannya. Bacaan suhu hendaklah direkodkan apabila dikehendaki oleh P.P pergerakan cerucuk hendaklah diukur dengan menggunakan empat tolok dail yang dipasang tegak di atas rangka penunjuk mendapan yang terletak di atas permukaan logam yang diratakan dengan mesin atau permukaan kaca yang bersudut tepat dengan paksi cerucuk dan dipasang pada tetopi atau kepala cerucuk. Sebagai alternative, tolok-tolok boleh juga dipasang pada cerucuk dan diletakkan di atas permukaan rangka penunjuk mendapan. Tolok-tolok dail hendaklah ditempatkan pada posisi yang bertentangan mengikut diameter dan sama jarak dari paksi cerucuk. Tolok-tolok dail hendaklah berupaya membolehkan bacaan dibuat hingga ke tepatan 0.1 mm dan hendaklah mampu mengukur pergerakan minimum yang tidak kurang daripada 50 mm. kontraktor hendaklah mengemukakan cara-cara lain untuk mengukur pergerakan kepala cerucuk untuk diluluskan

Prosedur Ujian.

Kehendak Am.

Sepanjang tempoh ujian,semua peralatan untuk mengukur beban dan pergerakan hendaklah dilindungi dari sebarang kesan cuaca. Semua jentera-jentera binaan dan orang-orang yang tidak berkenaan dalm proses ujian hendaklah dipastikan berada jauh dari tempat ujian untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada alat-alat ujian.

Ujian Beban Tetap.

Beban hendaklah dikenakan pada kadar pertambahan sebanyak 25% dari beban kerja sehingga mencapai beban kerja dan selepas itu kadar pertambahan ini bolehlah dikurangkan sehingga beban maksimum ujian dicapai iaitu dua kali ganda beban kerja. Setiap pertambahan beban hendaklah dijalankan dengan teratur dan dengan secepat mungkin. Bacaan mendapan dan masa bacaan diambil hendaklah direkodkan sebelum dan selepas setiap pertambahan beban dibuat.
Graf masa mendapan hendaklah diplotkan untuk menunjukkan bila kadar mendapan sebanyak 0.05 mm dicapai dalam masa 15 minit.

Pertambahan beban seterusnya hendaklah dikenakan apabila kadar ini dicapai atau sehingga tempoh minimum selama 2 jam telah berlalu, mengikut yang mana terkemudian. Proses ini hendaklah diulangi sehingga beban ujian maksimum tercapai.
Beban ujian maksimum hendaklah dikekalkan selama 24 jam dan bacaan masa mendapan hendaklah diambil pada setiap tempoh masa yang sama sepertimana bagi peringkat bebanan yang terdahulu.

Beban ujian kemudiannya hendaklah dikurangkan dalam empat peringkat yang sama dan bacaan masa mendapan hendaklah direkodkan sepertimana yang dihuraikan sebelum daripada ini sehinggalah pergerakan berhenti. Tempoh masa anatar setiap pengurangan beban hendaklah sekurang-kurangnya 60 minit.

Ujian Kadar Ketelusan Tetap.

Beban hendaklah dikenakan untuk mendapatkan nilai kadar ketelusan yang tetap antara 0.75 mm seminit hingga 1.50 mm seminit. Kadar yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan alat-alat jek yang digunakan.
Kedua-dua bacaan bagi mendapan dan masa, hendaklah direkodkan pada setiap minit. Penambahan beban hendaklah diberhentikan, apabila bebanan berubah pada kadar yang berlawanan dengan ketelusan bagi cerucuk tenggung hujung yang dilantak dalam pasir atau kelikir atau apabila kadar ketelusan telah mantap tanpa penambahan beban seterusnya bagi cerucuk tanggung geseran yang dilantak dalam tanah liat. Bebanan kemudiannya hendaklah dikurangkan sedikit demi sedikit dan daya lonjakan direkodkan.

Penyampaian Keputusan Ujian.

Mengemukakan Keputusan.

Dua salinan keputusan ujian yang telah ditandatangani hendaklah dikemukan kepada P.P sebaik sahaja ujian selesai. Ringkasan tersebut hendaklah melindungi:
• Bagi Ujian Beban Tetap untuk setiap peringkat bebanan, jangkamasa beban dikenakan, beban dan mendapan maksimum. Ini hendaklah diplotkan sebagai graf masa mendapan.
• Bagi ujian Kadar Ketelusan Tetap (KKT), beban maksimum yang dicapai dan graf beban ketelusan.

Jadual Data-Data Yang Direkod.

Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat tentang cerucuk yang diuji mengikut jadual yang berikut di mana yang bersesuaian:

a) Perkara Am.
i. Lokasi tapakbina.
ii. Rujukan pengenalan kontrak.
iii. Struktur yang dicadangkan.
iv. Kontraktor induk.
v. Sub-kontraktor cerucuk (jika ada)
vi. Pejabat tapak bina.
vii. Nama pemilik.
viii. Ujian Beban Tetap atau Ujian Kadar ketelusan Tetap (KKT).
ix. Tarikh ujian dijalankan.

b) Prosedur Ujian.
i. Berat pemberat.
ii. Keteganagn cerucuk, butiran kelompok tambatan.
iii. Pelan susunan ujian yang menunjukkan kedudukan dan jarak tetupang, pemberat, cerucuk teganagn dan rangka penunjuk kepada cerucuk ujian.
iv. Keupayaan jek.
v. Cara pengukuran beban.
vi. Cara-cara pengukuran ketelusan.
vii. Tarikh dan masa yang berkenaan.

c) Keputusan Ujian.
i. Dalam bentuk jadual.
ii. Dalam bentuk graf. Diplotkan beban bertentang dengan mendapan dengan masa.
iii. Lonjakan tanah (jika ada).
iv. Kesan kepada struktur yang berhampiran (jika ada).

d) Kajian Tapak Bina.
i. Nombor pelan kajian tapak bina.
ii. Lubang korek yang terdekat dengan cerucuk ujian.

Tafsiran Keputusan Ujian.

Tafsiran dan kesimpulan P.P ke atas keputusan ujian adalahmuktamad. Cerucuk yang telah diuji hendaklah dianggap gagal jika:

a) Baki mendapan melebihi 6.50 mm selepas beban ujian diturunkan.
b) Jumalh mendapan melebihi 12.50 mm di bawah beban rekabentuk.
c) Jumlah mendapan melebihi 38.0 mm di bawah 2 kali ganda beban rekabentuk ataupun 10% diameter/lebar cerucuk, mengikut yang mana lebih rendah nilainya.

Penyiapan Ujian.

Alat-alat mengukur.

Setelah sesuatu ujian selesai, semua peralatan dan alat-alat mengukur hendaklah dibuka semula, diperiksa dan disimpan untuk kegunaan seterusnya atau dikeluarkan dari tapakbina.

Pemberat.

Pemberat dan struktur penyokongnya hendaklah di bawa keluar dari tapak bina sebaik sahaja semua ujian selesai.

Tambatan Pada Tanah Dan Cerucuk Sementara.

Apabila ujian cerucuk selesai, cerucuk tegangan atau tambatan pada tanah hendaklah dipotong di bawah aras tanah dan tanah tersebut ditimbus dan dipadatkan semula dengan bahan-bahan yang diluluskan.

Ujian Beban Pada Cerucuk Bakau.

Kehendak Am.

Pada amnya, semua fasal-fasal berkenaan yang dinyatakan sebelum daripada ini hendaklah dipatuhi bagi menjalankan ujian beban bagi cerucuk bakau, kecuali apa yang difahamkan sebagai ujian untuk sekelompok cerucuk bakau.

Susunan Cerucuk Ujian.

Ujian beban ke atas bakau hendaklah dijalankan ke atas sekelompok yang mengandungi 9 cerucuk bakau,yang terdiri dari 3 barisan cerucuk, 3 di setiap barisan.

Tetopi Cerucuk.

Prosedur Ujian.

Cerucuk bakau hendaklah diuji sehingga gagal dengan cara Ujian Beban Tetap seperti dihuraikan sebelum daripada ini. Beban hendaklah dikenakan ke atas kelompok cerucuk 6-9 kali pada kadar pertambahan yang sama sehingga beban kegagalan tercapai. Beban kegagalan iaitu beban ultima ialah beban di mana cerucuk mendap berterusan pada kadar mantap tanpa tambahan beban selanjutnya.
Bagi setiap pertambahan beban, bacaan mendapan akan direkodkan pada setiap tempoh masa yang tertentu sehingga kadar mendapan adalah kurang dari 0.25 mm sejam. Beban pada setiap tambahan hendaklah dikekalkan pada nilai yang sama di sepanjang ujian.

( Nota: Untuk sekelompok 9 cerucuk bakau, pertambahan beban adalah dalam lingkungan 4 tan ).

Proses mengenakan penambahan beban yang berikut dan catitian bacaan mendapan pada tempoh-tempoh masa tertentu hendaklah diulang sehingga beban ultima untuk kelompok cerucuk berkenaan dicapai. Beban ujian hendaklah kemudiannya dikurangkan sedikit demi sedikit. Bacaan mendapan atau bacaan lonjakan selanjutnya tidak perlu dicatatkan semasa beban diturunkan.
Graf masa mendapan, beban masa, beban mendapan, dengan sekil yang sesuai hendaklah di plot dan dikemukakan kepada P.P bersama-sama dengan semua rekod catitan.

Tafsiran Keputusan Ujian.

Beban yang dibenarkan ke atas kelompok cerucuk hendaklah diperolehi dengan menggunakan factor keselamatan yang sesuai pada beban ultima yang ditentukan dari ujian beban. Faktor keselamatan terutamanya digunakan untuk mengambil kira kemungkinan mendapan akibat dari konsolidasi. Faktor keselamatan antara 3-6 hendaklah digunakan bergantung kepada kekuatan tanah. Sebagai panduan, faktor keselamatan 3 hendaklah digunakan kepada tanah yang mempunyai kekuatan yang sederhana.











JADUAL 1

a) Butir-butir kontrak.
b) Jenis cerucuk.**
c) Nombor rujukan cerucuk (lokasi).
d) Dimensi muka keratan nominal atau diameter.
e) Panjang cerucuk bentuk dulu.
f) Tarikh dan masa permulaan dan penyiapan dan melantak semula cerucuk.
g) Aras tanah pada permulaan pemasangan cerucuk.
h) Aras pemotongan cerucuk.
i) Jenis, berat, jarak jatuh dan keadaan mekanik penukul dan maklumat setaraf untuk lain-lain alat.
j) Bilangan dan jenis pengalas yang digunakan dan keadaan pelapik yang digunakan semasa melantak cerucuk.
k) Log melantak cerucuk.*
l) Set cerucuk dalam mm bagi satu lantakan atau bilangan lantakan bagi setiap ketelusan 25 mm.*
m) Jika perlu, set-set diambil pada tempoh-tempoh masa, semasa lantakan.*
n) Jiak perlu, mampatan sementara pada tanah dan cerucuk dari masa pertambahan rintanganyang nyata sehingga cerucuk mencapai aras yang muktamad.*
o) Semua maklumat berkenaan dengan halangan, kelewatan dan lain-lain gangguan pada perjalanan kerja.*

Nota:
**Contoh:
• Konkrit tuang dulu
• Kayu atau bakau.
• Tegak atau condong.
• Mampatan atau tegangan.
• Cerucuk tanggung geseran atau tanggung hujung atau kedua-duanya.

*Tidak dipakai untuk cerucuk bakau.

KERJA PENGGALIAN.

Kehendak Am.

Kerja ini hendaklah meliputi semua kerja penggalian yang dikehendaki di dalam lingkungan had kerja yang telah ditetapkan. Ianya hendaklah termasuk kerja penggalian dan penggunaan yang bersesuaian dan pemunggahan atau pembuangan kesemua bahan yang telah digali dan membina, membentuk dan mengemaskan semua kerja penggalian untuk keseluruhan kerja tersebut dengan mematuhi pelan-pelan dan spesifikasi ini.
Kerja penggalian ini hendaklah diselenggarakan mengikut cara dan peraturan sepertimana yang diluluskan oleh P.P kontraktor hendaklah bertanggungjawab bagi mematuhi semua undang-undang kecil dan peraturan berhubung dengan kerja tanah.
Bagi tujuan tender ini, kontraktor tidak dikehendaki memperuntukkan sebarang kos tambahan untuk kerja menggali batu dan semua kerja penggalian dalam kontrak ini hendaklah dianggap tidak mengandungi batu.

Pembersihan Tapak Bina.

Keseluruhan tapak bina hendaklah dibersihkan sehingga ke had sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan. Kerja pembersihan ini hendaklah termasuk membersih, meragut, meroboh, memecah dan membuang semua pokok-pokok, semak-semak, tumbuhan-tumbuhan, tunggul-tunggul, segala struktur seperti tembok-tembok, pagar-pagar dan lain-lain penghalang dalam lingkungan tapak bina yang telah ditentukan untuk diroboh atau dibuang. Kesemua tanah buang dan sampah sarap hendaklah dialaih dan dibuang mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Bahan-bahan yang sesuai untuk dibakar di tempat-tempat dan pada masa yang sama oleh P.P.

Pemeliharaan Pokok-Pokok Yang Sedia Ada.

Kontraktor hendaklah mengambil langkah untuk melindungi pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang telah ditentukan untuk dipelihara dari sebarang kerosakan. Di mana perlu pagar sementara yang secukupnya hendaklah didirikan bagi tiap-tiap satu pokok atau tiap-tiap satu kumpulan pokok-pokok dan pokok-pokok itu hendaklah dilindungi dengan membalut batangnya dengan bahan-bahan kayu yang sesuai hingga 1.5 meter tinggi.

Meroboh Struktur Yang Sedia Ada.

Sebarang struktur-struktur yang sedia ada dan lain-lain penghalang yang ditentukan untuk dibuang hendaklah diroboh, dipecah, dialaih dan dibuang sepertimana yang diluluskan oleh P.P.
Semua bahan-bahan yang boleh digunakan semula, hasil dari kerja meroboh, kecuali selainnya ditentukan hendaklah menjadi hak kepunyaan kontraktor, dan hendaklah dialih dari tapakbina secepat mungkin.

Mengalih Kemudahan-Kemudahan Dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Sedia Ada.

Perhatian kontraktor adalah khususnya ditarik kepada tanggung jawabnya di bawah fasal yang bertajuk ‘Kecederaan Kepada Harta Benda’ di dalam syarat-syarat kontrak.
Sebelum sebarang kerja penggalian dimulakan, kontraktor atau wakilnya hendaklah mengadakan pemeriksaan tapakbina bersama-sama dengan P.P untuk menentukan sebarang keadaan yang mungkin menunjukkan adanya kabel-kabel bawah tanah, paip-paip air atau lain-lain perkhidmatan pada tempat atau sekitar kawasan penggalian tersebut. Seterusnya, kontraktor hendaklah menjalankan Kerja Penggalian mengikut cara dan susunan sepertimana yang diluluskan oleh P.P.
Semasa penggalian, sekiranya pekerja-pekerja kontraktor menjumpai sebarang kabel, paip-paip air atau lain-lain perkhidmatan, kerja hendaklah diberhentikan dengan serta merta dan tidak boleh diteruskan sehingga perkara tersebut telah dilaporkan kepada P.P yang akan memberi notis kepada pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan seterusnya mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkan berpatutan

Penggalian Untuk Asas Bangunan, Lubang-Lubang Dan Peparit.

Peparit untuk asas bangunan,lubang-lubang asas tiang dan sebagainya hendaklah digali setakat ukuran panjang dan lebar seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan dengan tepinya dirapikan dan bahagian bawahnya dirata dan ditingkatkan seperti mana yang dikehendaki.

Semua penggalian hendaklah dijalankan sehingga ke paras tanah yang kukuh. Asas bangunan tidak boleh sekali-kali terletak di atas tanah lambak. Dalamnya asas bengunan hendaklah diputuskan oleh P.P di tapak bina, akan tetapi untuk tujuan membuat tender, kontraktor hendaklah menganggap penggalian yang seragm pada keseluruhannya sedalam 1.5 meter di bawah paras yang dibentuk atau paras yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. Sebarang perubahan kepada paras dalam tersebut beserta dengan sebarang perubahan kepda kerja konkrit, batu bata dan lain-lain akibat dari perubahan tersebut hendaklah diukur dan dinilaikan sebagai pindaan kerja sepertimana yang diperuntukkan di dalam kontrak dan hargakontrak hendaklah diselaraskan dengan sewajarnya. Kontraktor hendaklah dengan perbelanjaannya sendiri memperbaiki sebarang penggalian yang terlebih di bawah paras yang dikehendaki dengan menggunakan konkrit atau bahan-bahan yang sesuai mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Bahagian Tepi Penggalian.

Kontraktor hendaklah pada setiap masa mempastikan supaya bahagian tepi penggalian sentiasa berada dalam keadaan selamat dan stabil, dan hendaklah bertanggungjawab bagi mengadakan penahan dan penupang yang diperlukan dengan secukupnya, dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh P.P berhubung dengan perkara ini.

Bahagian Penggalian Dipastikan Kering.

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan semua bahagian penggalian berada dalam keadaan kering samada penggalian terbuka atau penggalian peparit, supaya kerja yang sedang berjalan tidak terhindar. Kontraktor hendaklah mengadakan, memasang dan menyelenggara sepertimana yang diarah oleh P.P sebarang pam, lubang air, longkang, empangan dan lain-lain yang perlu untuk mengalirkan air dengan berkesan yang mungkin telah bertakung atu mengalir ke dalam bahagian penggalian atas sebarang sebab tanpa tambahan kos kepada kerajaan.
Walaubagaimanapun, arahan berkenaan hendaklah tidak dianggap sebagai melepaskan kontraktor dari tanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kepada kerja atau tanah dan harta benda yang bersebelahan atau pengaliran air akibat pelaksanaan kerja tersebut.

Bahagian Bawah Penggalian.

Kecuali jika selainnya ditentukan, kerja penggalian, samada untuk penggalian terbuka atau peparit, hendaklah dijalankan mengikut peringkat-peringkat tertentu pada setiap suatu masa sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan pada peringkat permulaannya tidak boleh digali terus ke paras yang lebih dekat dari 150 mm di atas paras penggalian yang dikehendaki, penggalian untuk 150 mm yang akhir hendaklah dijalankan tanpa mengguna mesin sebaik sahaja sebelum konkrit dituang.
Sebarang tanah lembut atau ketulan batu yang terdapat di bahagian bawah lubang-lubang tiang dan peparit hendaklah dibuang dan rongga-rongga yang terdapat dan sebarang rekahan besar hendaklah dipadatkan dengan konkrit (1:3:6) lapis kedap. Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu sepertimana dan apabila diperlukan untuk mengelak kerosakan kepada bahagian bawah yang disebabkan oleh cuaca. Setelah konkrit (1:3:6) lapis kedap dituang, sebarang perapian kepada permukaan tepi penggalian tidak boleh dijalankan dalam tempoh 24 jam berikutnya.

Pemeriksaan.

Kontraktor hendaklah melaporkan kepada P.P apabila penggalian telah siap sedia untuk dituang konkrit dan konkrit tidak boleh dituang sehingga penggalian telah diperiksa dan diluluskan oleh P.P.

Mengambus Kembali.

Sebahagian daripada tanah yang digali hendaklah dikambus kembali di sekeliling tembok, tiang dan sebagainya secara berlapis-lapis setebal 225 mm dan lapisan hendaklah dipadatkan secukupnya dengan menggunakan pamampat atau mesin pemadat sepertimana yang diluluskan oleh P.P sehingga sempurna. Bagaimanapun hanya bahan kambus yang sesuai dan yang diluluskan sahaja boleh digunakan. Tanah penggalian yang berlebihan hendaklah dilonggok, diselerak dan diratakan di sekitar tapak bina atau pun dilonggokkan di tempat lain sepertimana yang diluluskan.
Sebarang papan penahan yang digunakan untuk penggalian hendaklah dicabut berperingkat-peringkat semasa pemadatan tersebut dijalankan.

Jentolak

Jentera yang mempunyai berat minimum 236 kN (23.6 Tan) dari kadaran kuasa kuda bersih yang bersamaan 225 KW (300 H.P) Unit jentolak hendaklah dalam keadaan baik dan dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman dan mahir dalam pengendalian alat-alat riper.

Penggalian Batu.

Penggalian batu seperti yang ditakrifkan di bawah ini hendaklah diukur dan dibayar sebagai tamabahan kepada harga kontrak mengikut Jadual Kadar Harga Dalam Kontrak.
Batu hendaklah dimaksudkan sebagai lapisan bumi yang terdiri daripada bahan-bahan keras yang memerlukan letupan atau peralatan pneumatik yang diluluskan untuk memecahkannya. Di dalam kerja penggalian am, batu-batu tongkol hendaklah disifatkan sebagai batu sekiranya di dapati di dalam peparit dan lubang asas tiang, ianya hendaklah berukuran melebihi 0.08 meter padu.

Meskipun demikian batu hendaklah diertikan sebagai bahan yang mengikut pertimbangan P.P tidak boleh dipecahkan oleh jentolak yang dilengkapkan dangan Riper dari jenis yang ditentukan di bawah ini:

Riper

Riper yang hendak dipasang kepada jentolak hendaklah dari jenis parallelogram yang paling sesuai yang diperlakukan oleh pembuat jentolak atau riper. Riper hendaklah mempunyai lelengan dalam keadaan sempurna dan mempunyai mata pemotong yang tajam.

Tongkol-tongkol syal dan tanah liat tidaklah dianggap sebagai batu. Keputusan P.P samada bahan-bahan yang digali itu dikelaskan sebagai batu atau sebaliknya adalah muktamad.
Kontraktor berhak menuntut bayaran tambahan bagi penggalian batu hanya jika notis yang munasabah diberi kepada P.P untuk memeriksa bahan tersebut sebelum pemecahan dan mengukur setakat mana dan sedalam mana batu tersebut sebelum penggalian selanjutnya.

Penggunaan Bahan Letupan.

Kontraktor tidak dibenar menggunakan sebrang bahan letupan untuk tujuan penggalian atau lain-lain tujuan dalam apa-apa keadaan sekalipun di dalam kerja ini tanpa kelulusan bertulis daripada P.P. Didalam keadaan dimana P.P tidak dapat memberi kelulusan atas apa-apa sebab jua pun, kontraktor hendaklah menjalankan kerja dengan cara lain.
Dimana kelulusan bertulis diberi oleh P.P membenarkan penggunaan bahan letupan, kontraktor hendaklah mematuhi sepenuhnya segala peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa yang tertentu mengenai penggunaan bahan letupan.
Walau apa jua cara yang akhirnya diluluskan oleh P.P dan digunakan oleh kontraktor, tuntutan tambahan tidak akan dilayan.

Tarah Dan Tambun Ke Paras Yang Dibentuk

Kehendak Am.

Kawasan-kawasan untuk bangunan, tanah lapang, padang, jalan dan lorong hendaklah ditarah dan ditambun ke paras yang dibentuk dan dicerunkan sepertimana yang ditunjuk dalam pelan-pelan. Tebing-tebing hendaklah dirapi dan dibentuk mengikut susuk sepertimana yang ditunjuk di dalam pelan-pelan atau sepertimana yang diarah. Semua parit, kolam dan perigi yang hendak dikambus hendaklah terlebih dahulu digaliuntuk mengeluarkan tanah-tanah lembik dan jika diarahkan oleh P.P, semua bahan-bahan yang digali hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dan semua lekukan termasuk lubang-lubang akibat daripadapembuangan akar-akar pokok hendaklah dikambus dengan bahan-bahan tambun yang diluluskan dan hendaklah dipadatkan dengan sempurna. Sekiranya bahan-bahan tambun yang diperolehi di tapak bina tidak mencukupi, kontraktor hendaklah mendapat bahan tambun dari punca lain dengan perbelanjaannya sendiri.

Bahan-Bahan Tambun.

Untuk kerja tambahan, hanya bahan-bahan yang sesuai seperti tanah lait yang sederhana keras, tanah liat berpasir atau lain-lain tanah yang diluluskan boleh digunakan.
Bahan-bahan yang diperolehi dari tanah paya, tanah gambut, tanah atas dan lain-lain tanah liat atau selut yang banyak mengandungi bahan organic, tanah yang mengandungi batang dan tunggul kayu atau tongkol batu, bahan-bahan yang mudah terbakar dan bahan-bahan yang atas sebab kandungan fizikal atau kimia atau kandungan lembapan tidak boleh dipadatkan dengan sempurna tidak boleh digunakan sebagai bahan tambun.

Menyelerak dan memadat.

Sebelum kerja menambun dijalankan di sebarang kawasan, semua kerja membersih dan meragut tunggul-tunggul dan akar hendaklah disiapkan terlebih dahulu.
Semua kerja menambun tanah hendaklah dijalankan secara berlapis-lapis setebal 225 mm sebelum dipadat. Setiap lapisan tambunan hendaklah dipadatkan secukupnya dengan 6 laluan mesin penggelek beroda licin seberat 6 tan atau lain-lain mesin pemadat yang diluluskan.
Jentera penolak tanah hendaklah digunakan dengan maksimum bagi pemadatan awal setiap lapisan, dan kontraktor dikehendaki mengubah laluan jentera untuk menghasilkan pemadatan yang sama rata bagi seberapa luas kawasan yang boleh.

Penyiapan Paras Yang Dibentuk.

Kecuali jika selainnya ditunjukkan dalam pelan-pelan, semua permukaan yang dibentuk hendaklah disiapkan supaya mencuram lintang dengan nisbah 1:400 dan di mana boleh hendaklah juga dicuram memanjang bagi mempercepatkan pengaliran air permukaan.
Bagi kawasan yang hendak di tanam rumput, paras yang dibentuk hendaklah disiapkan ke paras yang sesuai di bawah paras yang dikehendaki seperti yang ditunjukkan untuk meletakkan tanah atas dan penanaman rumput.

Tompok-Tompok Tanah Lembut.

Di mana terdapat sebarang tanah lembut yang tidak stabil atau bahan-bahan yang tidak sesuai di bawah tanah tambun, ianya hendaklah digali sedalam dan seluas sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan hendaklah dibuang. Tanah yang digali hendaklah dikambus kembali dengan bahan-bahan yang sesuai seperti yang telah ditentukan sebelum daripada ini secara berlapis-lapis setebal tidak melebihi 225 mm sebelum dipadat. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sepertimana yang ditentukan sebelum daripada ini atau dengan menggunakan mesin pemadat yang sesuai untuk kerja penggalian yang kecil.
Kontraktor hendaklah mengambil kira mendapan atau anjakan tanah tambun di kawasan-kawasan tanah lembut dan hendaklah menambun dan memadatkannya sehingga ke paras siap yang dikehendaki. Sekiranya sebarang mendapan tanah tambun berlaku semasa pembinaan atau di dalam tempoh Tanggungan Kecacatan, kontraktor hendaklah membaikinya dengan kos dan perbelanjaannya sendiri.

Tambunan Di Bawah Lantai-Lantai Lapis Lindung Dan Sebagainya.

Dimana perlu, kawasan-kawasan di bawah lantai, lapis lindung dan sebagainya hendaklah ditambun. Tambunan ini hendaklah daripada bahan-bahan yang sesuai sepertimana yang telah ditentukan sebelum daripada ini, dipadatkan secara berlapis-lapis setebal tidak melebihi 150 mm sebelum dipadatkan dan setiap lapisan hendaklah dibasahkan secukupnya di mana perlu, dihentak dan dipadatkan. Tanah liat tidak boleh digunakan untuk kerja tambunan di bawah lantai-lantai, lapis lindung dan sebagainya.

Saliran, Saluran Dan Batas-Batas Sementara.

Semasa kerja tanah sedang dijalankan, saluran-saluran sementara yang diluluskan hendaklah diadakan dan diselenggara untuk saliran tapak bina yang memuaskan sehingga kerja saliran air permukaan yang kekal dibina. Saluran-saluran sementara ini hendaklah disalurkan ke dalam alur yang sedia ada atau system saluran utama.

Pembersihan Parit, Longkang, Sungai Dan Sebagainya Yang Sedia Ada.

Semua kerja tanah dijalankan, kontraktor hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang sekatan dan halangan untuk mempastikan pengaliran yang bebas kepada longkang-longkang, parit-parit, sungai dan sebagainya yang sedia ada.

Perlindungan Dan Penyelenggaraan Kerja Tanah.

Kontraktor hendaklah mengadakan segala perlindungan dan penyelenggaraan yang perlu terhadap kerja tanah, khususnya daripada kesan kerosakan akibat kemasukan air ke dalam kerja daripada hujan, air larian, mata air, sungai dan anak-anak sungai. Kerosakan kepada kerja yang telah siap atau sebahagiannya siap akibat dari kekurangan perlindungan dan penyelenggaraan ini hendaklah diperbaiki oleh kontraktor dengan kos dan perbelanjaannya sendiri.

Di mana penanaman rumput diperlukan untuk perlindungan cerun, ianya hendaklah ditanam sebaik sahaja permukaan cerun tersebut dibentuk. Kerja penanaman rumput hendaklah dilaksanakan sepertimana yang ditentukan kemudian daripada ini di bawah Kerja di sekitar bangunan.

Hadkor.

Di mana ditunjuk dan diperlukan hanya hadkor yang diluluskan yang terdiri dari batu-batu kecil atau pecahan batu-bata dari jenis yang baikhendaklah disedia dan dihamparkan setebal sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan, dihentakkan, dipadat dan dikedapkan dengan pasir secukupnya. Semua hadkor hendaklah dibasahkan secukupnya sebaik sahaja sebelum konkrit dituang ke atasnya

Kerja Konkrit.

Kehendak Am.

Kecuali jika selainnya ditentukan di bawah ini, kerja konkrit bertetulang hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang terdapat di dalam Kod Amalan Piawaian British C.P 114 ‘Kegunaan Konkrit Bertetulang Sebagai Struktur Bangunan’ (The structural Use Of Reinforced Concrete In Buildings).

Simen.

Simen yang hendak digunakan hendaklah simen Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13 Perakuan Ujian oleh pembuat, secara amnya boleh diterima sebagai bukti keutuhan bahan tersebut, tetapi P.P mungkin memerlukan ujian tambahan dilakukan ke atas mana-mana simen yang disyakki rosak disebabkan oleh usianya, kerosakan pada kampit, penyimpanan yang tidak sempurna atau lain-lain sebab P.P boleh tanpa melakukan sebarang ujian tambahan, mengarahkan mana-mana kampit simen, yang mana sebahagian daripada isinya telah keras atau didapati cacat dalam apa juga bentuknya, dikeluarkan dari tapak binaan dengan serta merta. Kontraktor boleh memilih untuk menggunakan samada simen Portland Jenis Biasa atau ‘Simen Portland Jenis Keras Cepat’, tetapi tiada bayaran tambahan akan dibuat sekiranya simen yang lebih mahal digunakan. Simen hendaklah dihantar ke tapak bina di dalam kenderaan yang bertutup untuk melindungi dari air secukupnya. Simen hendaklah disimpan di dalam setor yang diluluskan supaya selamat dari gangguan cuaca dan hendaklah dikeluarkan untuk digunakan mengikut giliran penghantaran ke dalam setor. Bekalan simen pukal hendaklah disimpan di dalam silo yang diluluskan.

Batu Baur.

Kehendak Am.

Batu baur pada amnya hendaklah mematuhi Piawaian Malaysia M.S 74. Semua batu baur hendaklah dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput dan juga tidak mengandungi bahan-bahan perosak yang cukup untuk memberi kesan burukkepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Batu baur hendaklah disimpan supaya terlindung daripada pencemaran. Batu baur yang berlainan saiz hendaklah disimpan berasingan.

Batu Baur Halus.

Batu baur halus hendaklah dari pasir yang semula jadi terdapat di kawasan air tawar. Batu baur hendaklah tidak mengandungi selut atau bahan-bahan halus yang lain melebihi 3% mengikut isipadu apabila diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5, dan juga tidak mengandungi bahan-bahan organan yang cukup untuk menampakkan warna yang lebih gelap berbanding dengan kecerahan warna No.3 apabila diuji mengikut Piawaian Malaysia yang sama. Penggunaan pasir dari pecahan batu tidak dibenarkan,

Batu Baur Kasar.

Batu baur kasar hendaklah terdirti dari pecahan batu baur keras kecuali bagi kerja bawah tanah, di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh digunakan. Batu baur hendaklah tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat melebihi 1% mengikut berat. Contoh batu baur yang kering hendaklah tidak menunjukkan pertambahan berat melebihi 8% setelah direndam dalam air dan diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5, dan hendaklah mempunyai bentuk yang sesuai dan tidak menyerpih dengan indeks serpihan tidak melebihi 35. Saiz maksimum batu baur hendaklah dalam lingkungan 19 mm.

Penggredan Batu Baur.


Analisa untuk penggredan batu baur hendaklah mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan hendaklah mengikut had-had yang ditentukan.
Penggredan di antara had-had yang ditentukan di atas hendaklah mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan apabila diuji seperti yang diperuntukkan kemudian daripada ini hendaklah hamper menyamai penggredan contoh yang diluluskan. Jika didapati perlu, batu baur halus hendaklah dibasuh dan atau ditapis untuk mematuhi piawaian yang disebut di atas dan kehendak-kehendak P.P.

Contoh Dan Pengujian Batu Baur.

Cara pencontohan dan banyaknya batu baur yang hendak diperuntukkan untuk ujian hendaklah mengikut Bahagian 2 hingga 6 dalam Piawaian Malaysia M.S 7.5. contoh-contoh batu baur halus dan kasar hendaklah disimpan di tapak bina dan digunakan sebagai perbandingan terhadap mutu keseluruhannya batu baur yang dihantarkan ke tapak bina sepanjang masa kerja dijalankan. Ujian-ujian yang hendakl dijalankan ke atas batu baur hendaklah mengikut sepertimana yang ditentukan sebelum ini. P.P mungkin memerlukan ujian-ujian selanjutnya dijalankan ke atas contoh-contoh batu baur yang dihantar ke tapak dari masa ke semasa. Ujian-ujian tersebut hendaklah dijalankan oleh P.P atau wakilnya. Sekiranya sesuatu contoh gagal memenuhi mana-mana ujian, P.P boleh mengikut budi bicaranya samada menolak kelompok batu baur dari mana contoh tersebut diperolehi, mengarahkan supaya ianya dibasuh atau ditapis atau membenarkan ianya digunakan dengan pindaan kepada kadar campuran konkrit yang telah ditentukan. Mana-mana kelompok batu baur yang tidak diluluskan oleh P.P hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dengan serta merta.

Air.

Air untuk kerja konkrit hendaklah bersih dan bebas dari unsure-unsur yang memudaratkan dan hendaklah dari sumber yang diluluskan oleh P.P. Kontraktor hendaklah mengatur untuk membekal dan menyimpan air secukupnya di tapakbina untuk kegunaan membancuh dan mengawet konkrit. Air hendaklah menepati kehendak-kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.3.

Tetulang

Kehendak Am.

Tetulang keluli sederhana dan keluli tegangan tinggi hendaklah dalam semua segi mematuhi M.S 7.9. Bar tegangan tinggi hendaklah dari bar keluli bulat di ubah bentuk. Jejaring keluli tegangan tinggi hendaklah dari segala segi mematuhi M.S 7.8. Kepingan jejaring kelulihendaklah papar kecuali dinyatakan berbentuk selainnya dan sebarang tanda-tanda menggulung hendaklah diperbetulkan oleh kontraktor sebelum dipasang. Jejaring keluli tidak boleh dibekalkan dalam bentuk bergulung.

Mutu.

Sebelum sebarang keluli tetulang dibawa ke tapak bina, kontraktor hendaklah apabial dikehendaki, mengemukakan Sijil Ujian dari pembuat dan sijil tersebut hendaklah diserahkan kepada P.P untuk kelulusan. Selain dari itu kontraktor hendaklah apabila diminta, mengemukakan kepada P.P surat ujian daripada makmal yang diluluskan bagi sebarang kelompok bar, yang memberi keputusan di atas ujian-ujian kejenteraan yang dikehendaki di bawah Piawaian British atau Piawaian Malaysia. Sepanjang masa kerja dilaksanakan, sebarang tetulang yang didapati tidak diluluskan oleh P.P, meskipun kelulusan sebelumnya telah diberi berdasarkan sijil-sijil ujian tersebut dan P.P boleh meminta ujian-ujian tambahan dibuat atas perbelanjaan kontraktor sendiri terhadap contoh-contoh yang diambil dari kelompok bar di mana terdapatnya tetulang yang cacat. Jika contoh-contoh bar tidak menepati Piawaian British atau Piawaian Malaysia, P.P boleh menolak seluruh kelompok bar dan mengarah kelompok tersebut dikeluarkan dari tapak bina.

Pembersihan.

Tetulang hendaklah bersih, bebas dari keruping hasil proses pengilangan dan serpihan karat sebelum dipasang pada tempat yang dikehendaki dan hendaklah bebas dari minyak, gris atau lain-lain benda yang merosakkan semasa konkrit dituang.

Pembentukan.

Tetulang hendaklah dibengkokkan dengan mesin pembengkok yang diluluskan tanpa menggunakan haba. Ukuran lentur hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 4466. Sebarang bar Tegangan Tinggi diubah bentuk yang telah bengkok tidak dibenar untuk diluruskan.

Menempatkan.

Tetulang hendaklah diletakkan di dalam acuan dan dilapik sandal dan diikat supaya tidak beralih dengan menggunakan blok kecil konkrit tuang dulu yang mempunyai dawai pengikat pada tempat yang dikehendaki sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan. Bar-bar tetulang yang dikehendaki bersentuh apabila bersilang antara satu sama lain hendaklah diikat teguh bersekali dengan dawai pengikat di tempat pertemuannya. Keluli ‘simpai’ dan ‘rakap’ hendaklah melingkungi dengan kejap tetulang yang memanjang dan diikat kepadanya dengan dawai atau dikimpal titik dengan selamatnya. Tetulang lapisan atas di dalam papak hendaklah ditupang teguh dengan keluli penupang pada jarak pusat 1500 mm setiap arah. Dawai pengikat hendaklah dari dawai besi lembut setebal 1.63 mm. semua hujung dawai pengikat hendaklah dibengkok ke dalam dari permukaan acuan dan ianya tidak boleh dibiar terkeluar dari bar tetulang. Tetulang hendaklah diperiksa dan diluluskan oleh P.P sebelum konkrit dituang ke dalam acuan. Tebal pelindung tetulang yang tepat hendaklah di pastikan apabila tetulang dipasang dan hendaklah dikekalkan semasa konkrit dituang. Kontraktor hendaklah mempastikan supaya tetulang tidak teranjak semasa konkrit dituang dan dipadatkan.

Kimpalan.

Kimpalan di tapak bina hanya akan dilakukan dengan kelulusan P.P. Pada amnya semua kerja mengimpal hendaklah dijalankan di dalam keadaan yang diluluskan. Kontraktor hendaklah menunjukkan kecekapan pengimpal sebelum dan dari masa ke semasa sepanjang kerja pengimpalan dijalankan.
Kimpalan boleh digunakan untuk:

a) Memasang ttulang pada kedudukannya iaitu, tetulang yang bertindih dan antara bar-bar dan lain-lain keluli.
b) Kimpalan struktur yang melibbatkan pemindahan beban antara tetulang atau antara bar-bar dan lain-lain bahagian keluli.

Kimpalan hendaklah dengan cara kimpal arka logam yang mematuhi Piawaian bristish B.S 1856 untuk keluli sederhana atau B.S 2642 untuk keluli karbon mangan. Sambungan berkimpal tidak boleh diadakan di liku tetulang. Sambungan untuk bar-bar yang selari hendaklah secara selang seli kea rah memanjang. Untuk sambungan yang berselang seli, jarak di antara sambungan hendaklah tidak kurang dari panjang tambatan hujung bar berkenaan. Kontraktor hendaklah membuktikan dengan ujian bahawa kekuatan sambungan berkimpal adalah sama kuatnya seperti bar asalnya sebelum P.P boleh memberikan kelulusan untuk menggunakan cara sambungan tersebut.

Pengkadaran Campuran Konkrit.

Kehendak Am.

Campuran konkrit hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan atau seperti yang ditentukan di dalam spesifikasi terkemudian daripada ini atau sepertimana yang diluluskan oelh P.P. Campuran konkrit hendaklah di kadarkan mengikut salah satu cara berikut, iaitu campuran di reka bentuk. Nisbah air/simen, ‘upaya kerja konkrit’ dan kkuatan campuran, apabila diuji mengikut B.S 1881 hendaklah mematuhi kehendak-kehendak sepertimana yang ditentukan terkemudian daripada ini.

Campuran Konkrit Nominal.

Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, konkrit hendaklah dikadarkan sepertimana yang ditunjukkan dalan jadual ‘A’. Kuantiti untuk simen, batu baur halus dan kasar hendaklah ditentukan dengan timbangan berat dan air dengan sukatan isipadu. Batu baur halus dan kasar hendaklah disukat secara berasingan. Penimbang sukatan hendaklah digunakan untuk menimbang berat simen, batu baur halus dan kasar. Kejituan berat yuang ditunjukkan oleh penimbang sukatan hendaklah sentiasa diperiksa dan hendaklah dipastikan supaya berada dalam lingkungan +- 2 ½ % daripada jumlah berat sebenar batu baur dan simen dalam satu sukatan. Kadaran campuran sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual ‘B’ adalah bertujuan untuk kegunaan kerja kecil di tapak bina yang terpencil dan hanya boleh digunakan dengan kelulusan P.P. Dalam keadaan begini kuantiti simen hendaklah ditentukan dengan timbangan berat dan untuk batu baur halus dan kasar dengan sukatan isipadu. Isipadu batu-batu baur hendaklah disukat dengan menggunakan kotak penyukat yang diluluskan.

Timbangan berat dan sukatan isipadu batu-batu baur halus dan kasar sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual ‘A’ dan ‘B’ adalah untuk bahan-bahan dalam keadaan kering. Ujian ke atas batu baur hendaklah dilakukan dua kali sehari atau lebih kerap lagi sekiranya difikirkan perlu oleh P.P. Kandungan air did lam batu baur hendaklah di ambil kira bila menentukan kuantiti air yang akan di masukkan ke dalam campuran.
Kuantiti air yang digunakan dalam campuran nominal hendaklah sepertimana ditunjukkan dalam ‘A’ atau ‘B’ yang mana berkenaan. Nisbah air simen yang ditunjukkan di dalam jadual-jadual tersebut adalah dijangka akan menghasilkan kekuatan kiub kerja yang melebihi keperluan yang ditentukan did lama spesifikasi dan ‘upaya kerja konkrit’ yang cukup untuk memastikan konkrit tersebut boleh dikerjakan dan dipadatkan secukupnya dengan menggunakan cara getaran yang ditentukan di bawah ini. Walaubagaimanapun, sekiranya didapati semasa kerja-kerja dijalankan, campuran konkrit tersebut adalah lebih keras dari yang boleh dituang dengan memuaskan ubahsuaian sehingga 5% boleh dibuat terhadap nisbah air/simen , tetapi sebarang pengubahsuaian selanjutnya terhadap campuran itu, hendaklah dibuat dengan menambah kadaran kedua-dua air dan simen tanpa menambah nisbah air/simen tersebut. Kadaran simen hendaklah ditambah sekiranya kekuatan kiub kerja jatuh di bawah paras yang ditentukan.

Campuran Konkrit Di Rekabentuk.


Campuran konkrit direkabentuk boleh digunakan dan hendaklah menepati perakuan Kod Amalan C.P 114. Gred-gred konkrit yang digunakan hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini dan jadual ini adalah menggantikan Jadual 4 dari Kod Amalan C.P 114.

Simen, batu baur halus dan kasar dan air hendaklah menepati fasal-fasal yang ditentukan di dalam spesifikasi sebelum daripada ini.
Sekiranya kontraktor memilih untuk menggunakan campuran konkrit direkabentuk, dia hendaklah mengambil kerja seorang pekerja yang cekap dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mereka bentuk campuran tersebut, untuk mengawasi dan mengarahkan semua peringkat kerja persediaan dan peletakan konkrit. Percontohan, pembuatan, pengawetan dan pengujian kiub-kiub kerja hendaklah dilaksanakan oleh P.P atau wakilnya dan kontraktor hendaklah menyediakan semua kemudahan. Kontraktor atau wakilnya boleh hadir semasa kiub kerja ini dibuat dan diuji.

Keterangan berikut hendaklah dikemukakan oleh kontraktor sebelum P.P boleh membenarkan sebarang campuran direkabentuk digunakan.

a) Keadaan dan sumber bahan.

b) Butir-butir lengkap campuran-campuran percubaan, kesemuanya menepati Kod Amalan C.P 114 dan Piawaian British B.S 1881.

c) Kuantiti yang dicadangkan mengikut timbangan berat bagi setiap bahan untuk menghasilkan satu meter padu konkrit yang dipadatkan secukupnya.

Konkrit Siap Bancuh (Ready Mix).

Konkrit siap bancuh tidak boleh digunakan di mana-mana bahagian kerja tanpa kelulusan bertulis dari P.P yang boleh menarik balik kelulusan itu pada bila-bila masa. Kontraktor hendaklah membuktikan kepada P.P bahawa bahan-bahan yang digunakan di dalam konkrit sipa bancuh itu mematuhi spesifikasi dalam segala aspek dan menentukan pembekal ada segala kelengkapan untuk membuat dan menghantar dengan secukupnya, bagi memastikan kelicinan dan penyiapan mengikut masa bagi setiap operasi kerja konkrit.

Kehendak-kehendak yang telah ditentukan untuk pencontohan, bancuhan awal dan bancuhan percubaan, pengujian dan mutu konkrit untuk berbagai jenis campuran hendaklah turut dipatuhi bagi konkrit siap bancuh yang mana hendaklah juga dibancuh dan dihantar mengikut kehendak-kehendak Piawaian British B.S 1926. gred konkrit yang digunakan hendaklah sepertimana yang dinyatakan pada jadual sebelum ini.

Kontraktor hendaklah menyediakan atas perbelanjaannya sendiri semua kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk pengawasan dan pemeriksaan pengelompokan, bancuhan dan pengangkutan ke tapak bina konkrit siap bancuh.

Upaya Kerja.

Upaya kerja konkrit hendaklah dikawal dengan menyukat secara langsung kandungan air engan mengambil kira air yang sedia ada pada batu baur. Untuk tujuan menentukan upaya kerja konkrit, ujian turun (slump test) atau ujian faktor padat hendaklah digunakan sebagai panduan.

Ujian Awal Bancuhan Percubaan.

Selepas milik tapak kontraktor hendaklah secepat mungkin, sebelum konkrit dituang, menyediakan satu siri bancuhanpercubaan berjumlah tidak melebihi 4 meter padu konkrit di bawah arahan P.P ujian kiub akan dibuat dari contoh-contoh bancuhan percubaan ini, diawet dan diuji mengikut Kod Amalan C.P 114 untuk menentukan kekuatan kiub pada hari ke 7 dan ke 28 selepas dituang. Kekuatan awal kiub yang diperolehi hendaklah sekurang-kurangnya menyamai kekuatan yang ditentukan di bawah ini. Nisbah campuran yang ditentukan sebelum daripada ini boleh diubahsuai oleh P.P jika perlu berdasarkan kepada ujian-ujian ini tanpa perbelanjaan tambahan kepada kerajaan.

Ujian Awal Bancuhan Percubaan.

Selepas milik tapak kontraktor hendaklah secepat mungkin, sebelum konkrit dituang, menyediakan satu siri bancuhanpercubaan berjumlah tidak melebihi 4 meter padu konkrit di bawah arahan P.P ujian kiub akan dibuat dari contoh-contoh bancuhan percubaan ini, diawet dan diuji mengikut Kod Amalan C.P 114 untuk menentukan kekuatan kiub pada hari ke 7 dan ke 28 selepas dituang. Kekuatan awal kiub yang diperolehi hendaklah sekurang-kurangnya menyamai kekuatan yang ditentukan di bawah ini. Nisbah campuran yang ditentukan sebelum daripada ini boleh diubahsuai oleh P.P jika perlu berdasarkan kepada ujian-ujian ini tanpa perbelanjaan tambahan kepada kerajaan.

Pencontohan Dan Pengujian Konkrit.

Kehendak Am.

Pencontohan, penyediaan kiub, pengawetan dan pengujian konkrit yang telah keras hendaklah mengikuti kehendak Piawaian British B.S 1881 atau Piawaian Malaysia M.S 7.1.
Semasa kerja konkrit dilaksanakan, contoh-contoh hendaklah di ambil dari konkrit yang sedang dituang, dan kiub ujian kerja dibuat daripadanya. Dalam pada itu , ujian-ujian keseragaman hendaklah dibuat dan faktor-faktor padat dan ukuran turun dicatitkan.

Peralatan untuk Pencontohan dan Pengujian Konkrit.

Kontraktor hendaklah menyediakan peralatan untuk pengujian yang mana hendaklah termasuk perkara-perkara berikut:

a) 12 set acuan-acuan keluli atau besi tuangan 150 mm, beserta dengan plat-plat tapak, mematuhi bahagian 7 fasal 51 (a) Piawaian British B.S 1881.
b) 2 batang bar pemampat mematuhi bahagian 7 fasal 51 (b) B.S 1881.
c) 1 kon untuk ujian penurunan (slump test) beserta bar pemampat, mematuhi fasal 7 rajah 1, B.S 1881 atau 1 set alat ujian faktor pemadatan, mematuhi Fasal 12 dalam Rajah 2 B.S 1881.
d) 1 pembaris keluli 300 mm.
e) 1 set ayakan yang mematuhi B.S 401.
f) 1 silinder muatan 100 cm padu untuk ujian keladak.
g) Penimbang atau dacing untuk beban maksimum 25 kg dan batu-batu pengimbang.
h) Pelepa-pelepa, penyodok-penyodok, sepana dan alat-alat lain yang berkaitan.

Ujian Kekuatan.


Pada amnya 6 kiub ujian hendaklah disediakan dari 3 contoh dimana 2 kiub di ambil dari setiap contoh untuk setiap hari kerja konkrit dilaksanakan. Walaubagaimanapun jika campuran atau kuantiti atau mutu bahan-bahan kandungannya diubah, P.P boleh mengarahkan kiub-kiub tambahan dibuat dengan cara yang sama. Kesemua kiub hendaklah di tanda dengan jelas tarikh tuangan dan nombor sirinya dengan cat yang tidak luntur. Satu rekod hendaklah disediakan untuk mengenal pasti setiap kiub tarikh dan nombor sirinya yang berkaitan dengan bahagian kerja dari mana kiub tersebut diambil. 3 kiub satu dari setiap contoh hendaklah diuji pada hari ketujuh dan 3 kiub yang lain pada hari ke 28. Kekuatan kiub itu hendaklah dikira dari beban maksimum yang ditanggung oleh kiub ketika gagal menaggung beban tersebut.

Kekuatan sesuai yang diperlukan boleh dikira memuaskan jika kekuatan bagi ketiga-tiga kiub itu tidak kurang daripada kekuatan kiub yang telah ditentukan, atau jika kekuatan purata bagi ketiga-tiga kiub itu tidak kurang daripada kekuatan kiub yang telah ditentukan dan perbezaan di antara kekuatan maksimum dan minimum hendaklah tidak melebihi 20% dari kekuatan purata tersebut.
Jika ujian pada hari ke 7 itu tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, P.P berhak memberhentikan kerja konkrit sehingga kiub-kiub lebihan yang lain diuji pada hari ke 28.
Jika keputusan ujian pada hari ke 28 tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, P.P akan menentukan tindakan yang akan di ambil terhadap bahagian-bahagian konkrit dari mana kiub-kiub ujian itu diambil, termasuklah kemungkinan meroboh terus bahagian-bahagian tersebut. Kontraktor jika diarah oleh P.P hendaklah mengambil contoh-contoh teras dari bahagian konkrit yang telah keras, dan hendaklah menjalankan ujian kekuatan dan segala perbelanjaannya untuk pencontohan, pengujian dan kerja-kerja pemulihan hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri tidak kira samada ujian-ujian tersebut membuktikan struktur tersebut dalam keadaan baik atau selainnya.

Kekuatan yang dikehendaki untuk campuran nominal hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:

Ujian Untuk Konsistensi.

Semasa kerja konkrit dijalankan, ujian-ujian upaya kerja campuran hendaklah dijalankan 2 kali sehari dan ujian tambahan adalah perlu, apabila terdapat bahan-bahan atau nisbah-nisbah campuran diubah atu apabila diarah oleh P.P.Ujian-ujian hendaklah terdiri dari samada ujian turun atau ujian faktor padat seperti yang diterangkan did lam B.S 1881.

Jarak turun hendaklah seberapa kurang dan faktor padat seberapa rendah seperti yang boleh dipraktikkan selaras dengan kecekapan kerja dan kepadatan penuh campuran konkrit di dalam acuan dengan menggunakan cara-cara memadat yang ditentukan.

Membancuh Konkrit.

Konkrit hendaklah dibancuh dalam alat bancuh yang mempunyai muatan cukup, yang mematuhi kehendak-kehendak B.S 1305, dan mempunyai corong tuang punggah yang dilengkapi dengan kuasa untuk mendongak atau sebarang jenis alat bancuh yang diluluskan oleh P.P. Alat bancuh hendaklah dilengkapkan dengan tangki sukatan air jenis automatic dan dipasang dengan alat pengunci untuk menentukan kadar alir. Kuantiti air yang dicampur kepada tiap-tiap kelompok di dalam alat bancuh hendaklah disukat dengan teliti, di dalam kuantiti air hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh P.P dan hanya boleh diubah dengan kelulusannya. Pembancuhan hendaklah diteruskan sehingga terdapat agihan seragam, dan jisimnya seragam pada warna dan konsistensi, mas pembancuhan hendaklah tidak kurang dari 2 minit atau lebih dari 5 minit, setelah semua bahan-bahan bancuhan dimasukkan ke dalam alat bancuh.

Pembancuhan dengan tangan hanya boleh dibenarkan untuk kuantiti konkrit yang sedikit dan akan digunakan untuk tujuan tertentu sahaja dan sekiranya pembancuhan dengan tangan digunakan, 10% simen tambahan hendaklah ditambah kepada pengkadaran-pengkadaran yang ditentukan seperti jadual sebelumnya.

Sebarang konkrit yang tidak digunakan dalam tempoh 45 minit dari bancuhan pertama hendaklah dibuang.

Bahan tambah seperti pemudah adun atau bahan keras cepat, hendaklah tidak digunakan tanpa kelulusan P.P terlebih dahulu.

Mengangkut Dan Menuang Konkrit

Mengangkut Dan Menuang Konkrit.

Mengangkut.

Konkrit hendaklah diangkut dengan secepat yang mungkin dari alat bancuh ketempat yang hendak dituang dengan cara yang sesuai bagi mengelakkan pengasingan bahan-bahan yang sedia ada atau kehilangan bahan-bahan bancuhan. Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang dikehendaki untuk mengelakkan tuanagn semula atau pengaliran. Konkrit hanya boleh diangkut melalui saluran setelah mendapat kelulusan dari P.P dan segala persediaan untuk tujuan ini hendaklah diluluskan olehnya sebelum konkrit dituang.

Menuang.

Konkrit hendaklah dituang ke tempat-tempat yang dikehendaki dengan secepat mungkin selepas dibancuh dan hendaklah dipadatkan sepenuhnya dengan menggunakan papan pemadat dan juga menggunakan alat getar berjentera. Konkrit hendaklah dipadatkan sepenuhnya sehingga ke sudut-sudut acuan dengan menggunakan papan pemadat. Selepas penghentakan, konkrit hendaklah tidak diganggu kecuali gangguan yang berlaku seiringan dengan pemadatan secara getaran. Konkrit hendaklah dituang ke dalam acuan secara berlapis-lapis dan tidak melebihi 600 mm setiap lapis bagi rangka penyokong dan rasuk-rasuk dalam, dan dituang sepenuhnya dalam papak dan rasuk-rasuk cetek. Konkrit tidak boleh dituang secara curahan bebas melebihi 5 kaki. Alat getar berjentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkritdan bukan digunakan untuk menempatkan konkrit ke bahagian-bahagian yang tertentu.

Kerja konkrit hendaklah dilaksanakan berterusan di antara dan sehingga sambungan-sambungan binaan yang ditetapkan terdahulu sepertimana yang ditentukan selepas daripada ini dalam satu rangkaian operasi. Permukaan konkrit hendaklah ditentukan serata yang mungkin semasa penuangan. Jika konkrit tidak dapat disiapkan hingga ke paras sambungan-sambungan binaan yang telah ditetapkan, kerja konkrit hendaklah dihentikan pada bahagian yang terdapat permukaan mendatar dan pada permukaan pugak menggunakan papan penyekat. Satu rekod hendaklah disimpan di tapak bina bagi menunjukkan masa dan tarikh menuang konkrit ke setiap bahagian struktur dan nombor rujukan ujian kiub mengenai kelompok-kelompok konkrit yang digunakan pada bahagian-bahagian struktur yang tertentu.

Memadat Konkrit.

Konkrit di antara dinding-dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis Benam dan konkrit untuk papak-papak yang tidak menggunakan acuan sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau jenis-jenis lain yang diluluskan oleh P.P. alat-alat getar hendaklah mempunyai kuasa yang mencukupi dan diluluskan oleh P.P.

Alat-alat getar hendaklah dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang mahir dalam penggunaanya. Alat-alat getar jenis benam hendaklah dibenam dan dikeluarkan secara perlahan-lahan dengan kadar lebih kurang 100 mm sesaat. Pemadatan hendaklah dianggap memadai apabila mortar simen didapati berbentuk bulat disekeliling alat getar. Getaran yang berlebihan yang boleh menyebabkan pengasingan bahan-bahan bancuhan hendaklah dielakkan. Alat-alat getarjenis benam hendaklah dibenamkan ditempat-tempat berpandukan kepada kawasan mortar simen yang kelihatan selepas pemadatan, dengan mengambil kira pemadatan berulangkali. Alat getar itu hendaklah jangan tersentuh dengan acuan atau tetulang dan hendaklah dibenam sejarak 75 mm dari acuan. Alat getar jenis permukaan hendaklah diletakkan di atas permukaan konkrit yang telah dihentak dan diratakan, dengan megambil kira jarak tinggi untuk pemadatan sehingga mortar simen kelihatan di bawah alat getar tersebut. Alat getar hendaklah diangkat kemudiannya dan diletakkan ke atas permukaan bersebelahan dan operasi ini hendaklah diulang sehingga keseluruhan permukaan telah siap dipadat. Selain daripada itu, alat getar jenis Rasuk yang merintangi lebar permukaan, boleh juga digunakan.

Pengawetan Dan Perlindungan Konkrit.

Permukaan yang terdedah, sejurus selepas set terakhir, hendaklah dilindungi dari pancaran terus cahaya matahari dengan cara yang diluluskan oleh P.P. Semua konkrit hendaklah dibasahkan dengan sempurnanya selepas set dan hendaklah dilembabkan berterusan sehingga awet keseluruhannya. Peruntukan hendaklah diadakan untuk pengagihan air yang mencukupi pada keseluruhan bahagian kerja, supaya jika perlu, pengawetan boleh diteruskan dengan sempurnanya di sepanjang tempoh pembinaan. Untuk membolehkan konkrit sentiasa lembab, kesemua permukaan yang terdedah hendaklah ditutup dengan guni yang sentiasa dilembabkan, atau cara-cara lain yang diluluskan, untuk tempoh pengawetan yang tidak kurang dari 10 hari.

Semua kerja hendak;lah dilindungi dari kerosakan oleh kejutan atau bahan lebihan atau timpaan tanah dan lain-lain.

Acuan Konkrit.

Kehendak Am.

Acuan konkrit hendaklah dibina dari kayu yang baik dan telah dijemur dengan sempurna, mempunyai kualiti dan kekuatan yang boleh memastikan keteguhan sepenuhnya semasa konkrit dituang, dipadat, digetar dan semasa konkrit sedang di set, acuan konkrit hendaklah diketatkan secukupnya, untuk menahan pengaliran keluar cecair dalam konkrit. Acuan konkrit hendaklah tepat mengikut jajaran dan bebas dari kecacatan di permukaannya dan penyambung di antara kepingan hendaklah dengan cara sambungan lidah dan alur atau dengan jalur pengetat yang dibenam ke dalam lurah di antara 2 kepingan bersebelahan dan menutupi sambungannya. Penggunaan sengkang atau sagang di bahagian dalam hendaklah diperbuat daripada logam dan yang boleh ditanggalkan tanpa mencacatkan konkrit. Tidak boleh ada sebahagian pun daripada sengkang atau penjarak logam yang ditinggal kekal di dalam konkrit kurang daripada 50 mm dari permukaan konkrit yang telah siap. Perincian pembinaan hendaklah diataur untuk memudahkan penanggalan acuan konkrit dan baji dan bolt hendaklah digunakan seberapa boleh bagi menggantikan paku.

Acuan konkrit untuk rasuk dan bahagian-bahagian yang seumpamanya hendaklah direkabentuk dan dibina supaya bahagian-bahagian tepinya dapat ditanggalkan tanpa gangguan kepada bahagian-bahagian yang lain.

Acuan konkrit untuk salah satu tepi pada tiap-tiap tiang hendaklah dibuat daripada kepingan-kepingan berukuran 450 mm tinggi, yang boleh ditanggalkan untuk membolehkan pemadatan yang sempurna dan dipasang semula untuk penuanagn konkrit seterusnya.

Acuan Konkrit Berpemukaan Licin.

Acuan konkrit yang dihuraikan sebagai berpemukaan licin hendaklah dari papan yang diketam licin atau dilapik dengan kepingan logam, papan lapis atau bahan-bahan yang serupa bagi kesemua permukaan acuan di mana konkrit akan dituang. Permukaan konkrit yang sudah siap hendaklah licin dan rata dan hendaklah diambil tindakan sebagai berikut:

Semua unjuran yang tidak dikehendaki hendaklah diratakan dengan batu ‘karborandum’ atau dengan lain-lain cara yang diluluskan oleh P.P dan segala batu halus atau pasir atau habuk-habuk yang terdapat darinya, hendaklah dibasuh dengan air yang bersih seluruhnya.

Sebagai satu operasi yang berasingan, setelah tindakan di atas dilaksanakan, permukaan konkrit hendaklah disapau dengan satu lapisan larutan simen, yang akan diresapkan ke dalam rongga-rongga konkrit dan dilicinkan menggunakan batu karborandum. Permukaan konkrit yang telah siap, hendaklah dilindungi daripada proses mongering yang terlalu cepat dengan menggunakan guni yang lembab atau lain-lain cara yang diluluskan.

Acuan Konkrit Bercorak.

Acuan konkrit bercorak jika dikehendakai hendaklah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan.

Acuan Konkrit Lain-Lain Jenis.

Acuan konkrit berpaten atau acuan daripada bahan-bahan selain yang lain daripada yang disebutkan di atas boleh digunakan setelah mendapat kelulusan daripada P.P terlebih dahulu.

Membersih Dan Menyapu Minyak Pada Acuan Konkrit.

Sebelum konkrit dituang, acuan konkrit hendaklah dibersihkan sepenuhnya, dan hendaklah bebas daripada habuk kayu, tatal kayu, debu Lumpur atau lain-lain yang tidak diperlukan secara menyembur dengan air yang bersih. Lubang-lubang sementara hendaklah disediakan pada acuan konkrit untuk mengalirkan keluar air dan sampah tersebut. Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, permukaan dalam acuan konkrit hendaklah disapu dengan minyak acuan yang tidak meninggalkan tanda kepda konkrit, yang diluluskan sebelum tetulang ditempatkan. Perhatian rapi hendaklah di ambil untuk menentukan supaya tidak terdapat lebiahn minyak acuan di permukaan acuan konkrit sebelum konkrit dituang dan semua tetulang hendaklah bebas dari minyak tersebut pada setiap masa.

Pemeriksaan Acuan Konkrit.

Semua acuan konkrit hendaklah diperiksa oleh P.P selepas penyediaannya sejurus sebelum konkrit dituang sehingga kelulusan acuan konkrit tersebut telah diperolehi daripada P.P, tetapi sebarang kelulusan yang diberi tidak akan melepaskan kontraktor daripada tanggungjawabnya.

Penanggalan Acuan Konkrit.

Kontraktor hendaklah memberitahu P.P dan mendapatkan kelulusannya trlebih dahulu sebelum menanggalkan sebarang acuan konkrit, tetapi sebarang kelulusan yang diberi tidak akan melepaskan Kontraktor dari tanggungjawabnya.

Acuan konkrit hendaklah ditanggalkan tanpa sebarang kejutan ataugegaran yang boleh merosakkan konkrit. Satu jangka masa hendaklah dibenarkan berlalu di antara penuanagn konkrit dan penanggalan acuan konkrit untuk berbagai bahagian struktur.

Jadual berikut hendaklah digunakan sebagai panduan kepada tempoh minimum untuk menanggalkan acuan konkrit bagi konkrit yang menggunakan Simen Portland Biasa dan Simen Keras Cepat. Walau bagaimanapun P.P boleh dengan budi bicaranya menambah masa tersebut jika difikirkan perlu.

Simen Portland Bias Simen Portland Keras Cepat
Hari Hari
Sisi rasuk, tembok dan taing (tanpa bebanan) 3 2

Papak (penyangga tidak ditanggalkan)
4 3
Penanggalan penyangga kepada papak 10 5

Bahagian bawah rasuk (penyangga tidak ditanggalkan) 8 5

Penanggalan penyangga kepada rasuk 21 8

Kemasan Konkrit.

Semua permukaan konkrit hendaklah dibiarkan sepertimana selepas acuan konkrit ditanggalkan. Sebarang kecacatan kepada konkrit hendaklah dibiarkan tanpa gangguan sehingga pemeriksaan dibuat oleh P.P dan kecacatan tersebut hendaklah diperbaiki dengan cara di mana diluluskan oleh P.P

Semua permukaan konkrit muka hendaklah dilindungi dengan sempurna daripada sebarang tanda kecemaran yang mungkin timbul semasa kerja kemasan lantai atau lain-lain kerja dengan cara menutupi dengan lapisan polythene.

Sambungan Binaan.

Sambungan binaan hendaklah diadakan di tempat-tempat sepertimana yang ditunjuk di dalam pelan-pelan atau diluluskan oleh P.P. Sambungan tyersebut hendaklah bertentanagn dengan acuan konkrit dan menegak pada paksi bahagian-bahagian struktur hendaklah dilurahkan di man perlu langkah-langkah hendaklah diambil untuk mencegah kehilangan pengaliran keluar turap pada bahagian penahan. Pemadatan yang lebih kuat kepada konkrit hendaklah dilakukan kepada kedua-dua belah sambungan semasa konkrit dituang.

Di mana boleh, penahan di hujung sambungan binaan hendaklah ditanggalkan sebaik sahaj konkrit telah set dan permukaannya hendaklah diberus serta dibersihkan dengan air untuk menghilangkan lapisan buih simen yang berlebihan dan memdedahkan batu baur. Cara alternatif ialah dengan menakik permukaan hujung sambungan binaan selepas konkrit keras. Sebelum tuangan konkrit diteruskan , permukaan sambungan binaan hendaklah dibersih dan dibasahkan dengan sempurna.

Sambungan binaan untuk permukaan konkrit yang terdedah hendaklah diatur dan dibentuk bagi menghasilkan keadaan permukaan yang tidak banyak berbeza dengan kemasan yang telah ditentukan.

Lapis Lepa Kalis Air Untuk Bumbung Rata Konkrit.

Kecuali jika selainnya ditentukan atau ditunjukkan di dalam pelan, lepas lepa kalis air untuk bumbung rata konkrit bertetulang hendaklah terdiri daripada 32 mm tebal lapis lepa yang diperkuatkan dengan keluli suhu dan dicampur dengan bahan tambah kalis air yang diluluskan.

Papak atas hendaklah dibina sepertimana yang dihuraikan untuk kerja konkrit, dengan memastikan pemadatan yang menyeluruh dengan menggunakan alat getar jenis Permukaan atau getaran jenis Rasuk. Konkrit hendaklah dituang terus menerus di antara sambungan-sambungan binaan yang telah ditentukan mengikut sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. Sambungan pengembanagn di mana diperlukan, hendaklah diadakan dan dibina sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan.

Lapis lepa kalis air hendaklah terdiri daripada satu bahagian simen, dan 3 bahagian pasir yang telah dibersih dan digred dan hendaklah dibancuh dengan bahan kalis air yang diluluskan, dan bahan pemudah adun yang diluluskan mengikut nisbah yang diperakukan oleh pembuat.

Keluli suhu hendaklah terdiri daripada satu jaringan bar keluli sederhana 6 mm diameter yang dipasang pada 150 mm jarak pusat kedua-dua hala, atau sebagai alternatif jaringan keluli yang mematuhi M.S 7.8 boleh digunakan. Tetulang suhu hendaklah dipasang terus pada bahagian atas papak asas dan hendaklah mempunyai pelindung lapis lepa sekurang-kurangnya 19 mm tebal pada bar tetulang suhu yang atas.

Lapis lepa hendaklah dituang selepas konkrit telah keras secukupnya tetapi hendaklah tidak lewat dar 36 jam selepas kerja konkrit kepada papak asas bumbung dijalankan, untuk memperolehi ikatan sempurna di antara lapis lepa dan papak asas. Permukaan lapis lepa itu hendaklah dikemaskan dengan menggunakan kayu perata dan diikuti dengan pelepa besi untuk mendapatkan kemasan licin.

Sambungan-sambungan pada lapis lepa hendaklah diadakan dan dibina sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan. Sambungan-sambungan tersebut hendaklah ditempatkan di atas rasuk-rasuk utama bumbung dan hendaklah disumbat penuh dengan sebatian bitumen yang diluluskan secepat mungkin.

Selepas lapis lepa siap dibina, keseluruhan kawasan hendaklah dilindungi dengan sempurna dan diawet selama sekurang-kurangnya 7 hari. Sebagai alternatif, sebaik sahaja lapis lepa telah keras secukupnyadan berupaya untuk menahan berat seseorang tanpa meninggalkan tanda, bahan kedap plastic yang diluluskan hendaklah disembur mengikut peraturan pembuat.

Konkrit Tuang Dulu.



Kecuali jika selainnya ditentukan atau ditunjukkan dalam pelan-pelan, konkrit tuang dulu hendaklah dari campuran 1:2:4 dengan tolok batu baur bersaiz 19 mm dengan kemasan sejati pada permukaan terdedah. Semua unit konkrit tuang dulu hendaklah matang untuk sekurang-kurangnya 14 hari untuk bahagian bukan-struktur dan 21 hari untuk bahagian struktur sebelum digunakan dalam kerja.

Ambang konkrit hendaklah daripada konkrit tuang dulu atau tuang disitu.

KERJA BATU BATA.

Batu-Bata Dan Batu Blok.

Contoh.

Contoh berasingan bagi tiap-tiapjenis batu-batu dan batu blok yang diambil secara rambang dari timbunan hendaklah dikemukakan dan diluluskan oleh P.P sebelum batu bata dan batu blok digunakan dan semua pembekalan selanjutnya hendaklah mempunyai mutu yang setaraf dengan contoh yang telah diluluskan. Batu bata dan batu blok yang lembut, yang pecah, yang mngeliuh atau yang mempunyai kecacatan-kecacatan lain tidak dibenarkan untuk digunakan

Simen.

Simen hendaklah dari jenis simen Portland Biasa sepertimana yang dihuraikan di bawah Kerja Konkrit, kecuali jika selainnya yang ditentukan.

Pasir.

Pasir untuk mortar hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 1200 dan hendaklah dari jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selaput dan kekotoran yang lain, dan hendaklah di basuh dan atau ditapis jika dikehendaki oleh P.P.

Mortar.

Mortar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir, dan dicampur dengan pemudah adun yang diluluskan. Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut arahan pembuat sepenuhnya. Bahan-bahan untuk mortar hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan yang sesuai dan hendaklah dibancuh di atas pelantar papan yang bersih atau menggunakan alat pembancuh berjentera yang diluluskan.

Semua mortar hendaklah digunakan dalam lingkungan mas 45 minit setelah dibancuh dan pembancuhan semula mortar tersebut tidak dibenarkan selepas daripada itu.

Mortar untuk kerja bata-bata dibahagian bawah lapisan kalis lembab atau di bawah aras lantai tingkat bawah hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 3 bahagian pasir.

Batu-Bata Dan Batu Blok.

Contoh.

Contoh berasingan bagi tiap-tiapjenis batu-batu dan batu blok yang diambil secara rambang dari timbunan hendaklah dikemukakan dan diluluskan oleh P.P sebelum batu bata dan batu blok digunakan dan semua pembekalan selanjutnya hendaklah mempunyai mutu yang setaraf dengan contoh yang telah diluluskan. Batu bata dan batu blok yang lembut, yang pecah, yang mngeliuh atau yang mempunyai kecacatan-kecacatan lain tidak dibenarkan untuk digunakan.

Batu Bata Tanah Liat.(Clay Brick).

Semua batu bata tanah liat biasa hendaklah dari jenis yang diperbuat melalui proses mesin yang menggunakan dawai sebagai pemotong mengikut kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.6. Batu bata tersebut hendaklah dalam keadaan keras, dibakar dengan sempurna, teguh, bersegi, tepat dan bersih.

Batu Bata Campuran Simen Dan Pasir.

Saiz.

Batu bata campuran simen dan pasir hendaklah mempunyai ukuran nominal seperti berikut:

Panjang (mm) Lebar (mm) Tebal (mm)
225 +/- 3.2 113 +/- 1.6 75 +/- 1.6

Adunan.

Batu bata hendaklah mengandungi campuran simen dan pasir yang sebati dan seragam. Simen dan passir hendaklah dibancuh mengikut nisbah isi padu 6 bahagian pasir dan 1 bahagian simen di dalam alat pembancuh berjentera yang berkemampuan membancuh 1 kampit simen sekaligus.(50 kg simen hendaklah dianggap bersamaan dengan 0.035m3). Pasir yang digunakan hendaklah sepertimana yang dihuraikan sebelum daripada ini dan hendaklah mempunyai saiz maksimum yang boleh menembusi tapisan 4.8mm mengikut ayak Piawaian British. Simen yang digunakan hendaklah jenis Simen Portland Biasa sepertimana yang dihuraikan di bawah KERJA KONKRIT.

Buatan

Kecuali jika selainnya diluluskan batu bata campuran simen dan pasir hendaklah dibuat di tapakbina.Batu bata hendaklah diperbuta dengan menggunakan sejenis mesin yang diluluskan yang menggunakan kuasa elektrik atau kuasa jentera bermotor.Mesin tersebut hendaklah hendaklah mempunyai alat pembancuh yang dipasang dengan mesin tekanan.

Pengawetan

Setelah dikeluarkan daripada mesin, permukaan batu bata hendaklah dicakar dan dibiarkan matang diatas pengalas yang terletak ditempat teduh serta disusun berbaris-baris dengan tidak bertindih dan mempunyai ruang peredaran udara diantaranya.Dalam tempoh 24 jam yang pertama selepas dikeluarkan daripada mesin, batu bata hendaklah sentiasa dibasahkan dengan menggunakan semburan halus.Selepas tempoh dua hari dikeluarkan daripada mesin,batu bata tersebut hendaklah dipindahkan daripada pengalas dan dibiarkan matang diaras pelantar yang berbumbung dan mempunyai ruang peredaran udara diantaranya selama 26 hari.Batu bata yang matang yang telah dikeluarkan dari tempat buatan dan di bawa ke tapakbina hendaklah dilindungi daripada hujan dan lembapan dengan menggunakan penutup mudah alih sehingga sampai masa ianya digunakan.

Kekuatan Mampat

Kekautan mampat yang minimum bagi batu bata selepas tempoh 24 hari hendaklah mencapai 6894 KN/m2 atau 16.32metrik tan bagi satu batu bata.selepas 24 hari, samp[el batu bata hendaklah diambil secara rambang daripada stok simpanan Kontraktor untuk diuji oleh P.P. Semua batu bata yang kondem atau rosak hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dengan perbelanjaan Kontraktor sendiri. Batu bata tidak boleh direndam tetapi hendaklah dicelup di dalam air sebelum diikat dan semua kerja batu bata yang telah siap hendaklah dilindungi daripada pancaran matahari pada hari ianya diikat dan juga hari berikutnya dan kontraktor hendaklah mengadakan penyediaan secukupnaya untuk memastikan keperluan ini dipatuhi.

Dinding Batu Blok Berongga.

Batu blok campuran simen dan pasir hendaklah dari saiz dan bentuk yang diluluskan yang dibuat menggunakan acuan yang diluluskan. Batu blok hendaklah diikat mengikut cara seperti mana yang dilakukan untuk dinding batu bata. Batu blok tidak boleh direndam tetapi hendaklah di celup di dalam air sebelum diikat. Batu blok hendaklah mengandungi daripada 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir sepertimana yang ditentukan untuk batu bata campuran simen dan pasir. Semua batu blok hendaklah dibuat kemas dan berbentuk sempurna dengan berbucu tajam. Campuran itu hendaklah digaul di dalam keadaan kering sebanyak 3 kali sehingga sebati dan mencapai warna yang seragam. Kemudian air hendaklah dicampurkan perlahan-lahan dengan menggunakan semburan, sehingga mendapat bancuhan yang melikat. Bancuhan tersebut hendaklah digaul semula sebanyak 3 kali lagi dan dipadatkan dengan sempurna ke dalam acuan dan ratakan dengan menggunakan pelepa keluli. Setelah dikeluarkan daripada acuan, batu blok tersebut hendaklah sentiasa di basahkan dengan semburan halus semasa proses pematangannya. Batu blok tidak boleh digunakan dimana-mana bahagian bangunan sehinggalah ianya matang sekurang-kurangnya 14 hari.

Setiap batu blok berongga hendaklah mempunyai dedinding luar sekurang kurangnya 38 mm tebal di semua bahagian. Dinding batu blok berongga hendaklah diteguhkan dengan menggunakan tetulang untuk batu bata yang diluluskan pada setiap 2 lapisan bermula satu lapisan dari aras lantai.

Kekuatan mampat minimum selepas tempoh 24 hari hendaklah mencapai 6894 kn/m. sq atau 16.32 metrik tan bagi satu blok. Selepas tempoh 24 hari, contoh batu blok hendaklah diambil secara rambang darip[ada stok simpanan kontrktor untuk diuji oleh P.P.

Dinding Batu Blok Berpaten.

Batu blok berpaten hendaklah mematuhi B.S 2028 dan 1364 dan hendaklah digunakan mengikut peraturan pembuat sepenuhnya.

Pembinaan Batu Bata Secara Am.

Keseluruhan kerja batu batasepertimana ditunjuk di dalam pelan-pelan, kecuali jika selainnya dinyatakan hendaklah dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat berukuran piawai dengan mortar sepertimana yang dinyatakan dan permukaannya hendaklah disiapkan sehingga sedia untuk kerja melepa.

Walau apa pun peruntukan di atas dan apa-apa sebaliknya yang terdapat di bahagian-bahagian lain di dalam Dokumen Kontrak, kontraktor boleh dengan kelulusan P.P, membina semua kerja batu bata tak tanggung beban yang akan dilepa pada kedua-dua belahnya, di bahagian atas paras lapisan kalis lembab atau paras lantai tingkat bawah, dengan batu bata campuran simen dan pasir sepertimana yang dinyatakan sebelum daripada ini. Dengan syarat bahawa di mana P.P, membenarkan penggantian batu bata tanah liat dengan batu bata campuran simen dan pasir, potongan akan dibuat dari harga harga kontrak untuk penggantian tersebut pada kadar harga yang dikira dari harga tapak bina batu bata tanah liat dan batu bata campuran simen pasir yang dipersetujui, dan saiz purata batu bata tanah liat dan batu bata campuran simen dan pasir yang berkenaan itu, dengan menggunakan rumusan-rumusan berikut.

Butir Mengenai Kerja Batu Bata Kadar Harga Potongan Semeter Persegi

Dinding Setenganh Bata
1,000,000 [ 1.025 Htl – 1.100 Hsp ]

(Ptl + 10)(Ttl + 10) (Psp + 10) (Tsp + 10)


Dinding Satu Bata
2,000,000 [ 1.025 Htl – 1.100 Hsp ]

(Ptl + 10)(Ttl + 10) (Psp + 10) (Tsp + 10)


Dimana :

Htl = Harga ke tapak bina batu bata tanah liat yang dipersetujiui.
Ptl = Panjang purata batu bata tanah liat yang berkenaan dalam mm.
Ttl = Tebal purata batu bata tanah liat yang berkenaan dalam mm
Hsp = Harga ke tapak bina batu bata simen pasir yang dipersetujiui.
Psp = Panjang purata batu bata simen pasir yang berkenaan dalam mm.
Tsp = Tebal purata batu bata simen pasir yang berkenaan dalam mm.

Semua batu bata hendaklah direndam di dalam tangki yang sesuai atau lubang yang disediakan oleh kontraktor sekurang-kurangnya selama ½ jam sebelum diikat dan hendaklah sentiasa basah semasa diikat. Di mana kerja mengikat batu bata dihentikan untuk sementara waktu, bahagian atas dinding hendaklah dibasahkan sebelum kerja tersebut diteruskan semula. Semua dinding yang telah siap dibina hendaklah sentiasa dibiarkan basah dan dilindungi daripada pancaran matahari pada hari berikutnya. Kontraktor hendaklah mengadakan penyediaan secukupnya untuk memastikan keperluan ini dipatuhi.

Semua batu bata hendaklah diikat dengan mortar dengan sempurna dan semua sambungan hendaklah diratakan dengan sempurna dan disadak sedalam 13 mm semasa kerja dijalankan. Kesemua sambungan tidak boleh melebihi 10 mm tebal.

Semua kerja batu bata hendaklah dibina dengan tepat dan dalam keadaan tegak lurus yang seragam. Mana-mana bahagian bagi satu dinding batu bata tidak boleh dibina melebihi 1 meter dari bahagian yang lain pada satu masa. Kerja mengikat batu bata tidak boleh dijalankan melebihi paras bahu mengikat dan peranca hendaklah digunakan dan ditingkatkan dari masa kesemasa untuk tujuan ini. Titik-titik pugak bagi tiap-tiap lapisan dengan lapisan yang berselang hendaklah tegak di atas satu sama lainnya dan semua garis pugak, penjuru dan sebagainya hendak dibina dengan tepat dan bersegi tepat.

Semua persilangan dan sudut pada dinding hendaklah diikat di antara satu sama lain dengan sempurna. Semua dinding dan tiang batu bata yang mana panjang dan lebarnya bukan mengikut gandaan ukuran batu bata hendaklah dipotong dan diikat dengan sebaik cara yang diluluskan. Batu bata yang pecah tidak boleh digunakan kecuali jika diperlukan untuk membentuk satu ikatan.

Semua dinding batu bata dan penyekat yang setebal setengah bata (113 mm) hendaklah diteguhkan pada tiap-tipa 4 lapisan dengan menggunakan tetulang untuk batu bata yang diluluskan, bermula dari lapisan kedua dari aras lantai. Bagi dinding batu blok pula tetulang tersebut hendaklah dipassang pada tiap-tiap 2 lapisan bermula dari lapisan pertama daripada aras lantai.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin