Civil Word Here -->>

Thursday, January 1, 2009

Menempatkan.

Tetulang hendaklah diletakkan di dalam acuan dan dilapik sandal dan diikat supaya tidak beralih dengan menggunakan blok kecil konkrit tuang dulu yang mempunyai dawai pengikat pada tempat yang dikehendaki sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan. Bar-bar tetulang yang dikehendaki bersentuh apabila bersilang antara satu sama lain hendaklah diikat teguh bersekali dengan dawai pengikat di tempat pertemuannya. Keluli ‘simpai’ dan ‘rakap’ hendaklah melingkungi dengan kejap tetulang yang memanjang dan diikat kepadanya dengan dawai atau dikimpal titik dengan selamatnya. Tetulang lapisan atas di dalam papak hendaklah ditupang teguh dengan keluli penupang pada jarak pusat 1500 mm setiap arah. Dawai pengikat hendaklah dari dawai besi lembut setebal 1.63 mm. semua hujung dawai pengikat hendaklah dibengkok ke dalam dari permukaan acuan dan ianya tidak boleh dibiar terkeluar dari bar tetulang. Tetulang hendaklah diperiksa dan diluluskan oleh P.P sebelum konkrit dituang ke dalam acuan. Tebal pelindung tetulang yang tepat hendaklah di pastikan apabila tetulang dipasang dan hendaklah dikekalkan semasa konkrit dituang. Kontraktor hendaklah mempastikan supaya tetulang tidak teranjak semasa konkrit dituang dan dipadatkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin