Civil Word Here -->>

Saturday, January 3, 2009

PANDUAN PENTING YANG PERLU DIKETAHUI OLEH KONTRAKTOR BINAAN

BAHAGIAN A

PENGENALAN DAN SYARAT-SYARAT AM

Skop Kerja

Setiap kerja yang diliputi dalam kontrak ini mengandungi peruntukan oleh Kontraktor dengan risiko dan kosnya sendiri bagi semua bahan-bahan peranca, alat-alat,loji-loji, buruh, pengangkutan, air, elektrik dan lain-lain perkara yang perlu untuk pembinaan dan setelah siapnya sesuatu projek itu.

(BERIKAN BUTIR-BUTIR YANG LEBIH TEPERINCI)

Kesemuanya mengikut kelulusan sepenuhnya oleh PEGAWAI PENGUASA yang kemudian ini disebut sebagai P.P.

Apabila anda ingin mengisi borang Tender syarat-syarat kontrak untuk kerja ini yang terkandung dalam borang kontrak (Borang PWD 203) hendaklah dibaca bersama dengan spesifikasi ini.Satu salinan borang Kontrak ada disediakan untuk pemeriksaan di Meja Tender pada bila-bila masa kerja sehingga pada masa yang ditentukan untuk menerima tender. Jika Sesiapa yang ingin memasuki tender menganggap bahawa mana-mana fasal Kontrak ini melibatkan perbelanjaan, dia hendaklah membenarkan nilai wang terhadap fasal-fasal itu di dalam tendernya.

Alamat Dan Tempat Letak Tapak Bina.

Tapak bina ini terletak:
(TERANGKAN BUTIR-BUTIR TERTENTU SEPERTI ALAMAT DAN SEBAGAINYA)

Dokumen Kontrak.

Dokumen-dokumen Kontrak ini mengandungi:

 Borang Kontrak JKR (Borang JKR 203 Semakan 10/83)
 Borang Tender.
 Surat setuju terima Tender.
 Peruntukan-peruntukan Khas kepada syarat-syarat Kontrak seperti yang disenaraikan .
 Pelan-pelan Kontrak.
 Spesifikasi Kontrak.
 Ringkasan Tender.
 Jadual Kadar Harga.
 Arahan Perbendaharaan sebagaimana yang dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat Kontrak.
 Lain-lain dokumen berkaitan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen di atas.

Dokumen-dokumen ini hendaklah dianggap sebagai menerangkan satu sama lain dan jika terdapat sebarang percanggahan atau perbezaaan peraturan-peraturan

 Syarat-syarat kontrak (Borang PWD 203) hendaklah diutamakan daripada dokumen-dokumen lain.
 Peruntukan khas kepada syarat – syarat kontrak hendaklah diutamakan daripada syarat-syarat kontrak
 Di dalam pelan-pelan, butiran, berskil besar hendaklah di utamakan daripada butiran berskil kecil
 Spesifikasi tambahan hendaklah di utamakan daripada spesifikasi asas dan pelan-pelan
 Sebarang percanggahan hendaklah di rujukan dengan seberapa segera yang boleh kepada P.P yang akan memutuskan yang mana hendak diikuti.

Peruntukan–Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak

Perhatian kontraktor hendaklah di tumpu kepada peruntukan – peruntukan khas kepada syarat-syarat kontark bagi:
o Perubahan harga bagi bahan-bahan binaan seperti yang di butirkan dilampiran dalam dokumen kontrak
o Bayaran pendahuluan kepada kontrak seperti yang dibutirkan di lampiran dalam dokumen kontrak
o Lain-lain peruntukan khas jika ada.

Pemeriksaan Dokumen Tender Dan Lawatan Ke Tapak Bina

Kontraktor adalah dianggap telah memeriksa sepenuhnya dokumen-dokumen tender dan telah mempunyai kesempatan penuh untuk mengambil kira butir-butir di dalamnya dan menjalankan segala ulangkaji dan penyiasatan berkaitan dengannya.

Sebarang percanggahan didalam dokumen-dokumen tender hendaklah dirunjuk secara bertulis dengan seberapa segera dan sebelum memajukan tender kepada P.P yang meminda atau menjelaskan pekara itu dengan cara mengadakan satu penambahan rasmi kepada spesifikasi, jiak perlu, satu salinan penambahan ini akan diberi kepada setiap petender dan akan menjadi sebahagian dari dokumen-dokumen tender. Penerimaan penambahan ini hendaklah di akui diatas boring yang dikeluarkan bersama – sama dengannya.

Kontarktor adalah juga dianggap telah melawat tapak bina sewaktu menyediakan tender untuk memastikan sendiri liputan kerja yang terlibat dan corak mengenai keadaan pekerjaan dan mengenal serta membiasakan diri sepenuhnya dengan sebarang keadaan ditapak bina.

Perhatian petender perlu diikut kepada fakta bahawa tiada pertimbangan akan diberi bagi bayaran tambahan lanjutan masa, hak untuk ganti rugi atau sebarang konsesi yang lain akibat daripada kesilapan tafsir atau kekurangan pengetahuan.

Harta Benda Yang Bersebelahan

Dimana harta benda yang bersebelahan dengan tapak bina sentiasa digunakan oleh majikan atau tuan punya dan penghuni bersebelahan, kontraktor hendaklah mengatur dan menjalankan kerja itu dengan gangguan atau halangan yang paling minima kepada penggunaan harta benda yang bersebelahan itu termasuk jalan-jalan, lorong pejalan kaki, lain-lain laluan,dan sebarang perkhidmatan di situ. Dia hendaklah menurut segala arahan atau petunjuk yang diberikan oleh P.P di dalam hal-hal ini.

Barang-Barang, Bahan-Bahan Dan Ketukangan

Bagi keseluruhan kerja-kerja ianya hendaklah perlu mengikut sepertimana yang dilulus oleh P.P .
 Dimana barang-barang,bahan-bahan dan ketukangan dirujuk dengan singkatan-singkatan B.S , C.P, MS, Rujukan adalah di buta kepada “ British Standards” “Codes Of Practice” dan “Malaysian Standards” yang mana barang-barang dan ketukangan itu hendaklah menepati rujukan ini kecualai selainnya dinyatakan.Dalam setiap kes edisi semasa pada tarikh tender ditutup adalah dimaksudkan.
 Dimana barang-barang atau bahan-bahan jenama ditentukan dalam spesifikasi ini, barang-barang atau bahan-bahan alternatif boleh dipertimbangkan untuk diterima dengan syarat ianya menyamai sepenuhnya dari segi rupa dan mutu dan diluluskan oleh P.P.
Walaubagaimanapun , jika kontraktor telah menunjukkan hingga tidak ada was-was yang munasabah, bahawa barang-barang atau bahan-bahan yang ditentukan tidak boleh diperolehi dan P.P berpuashati dengan ketiadaan barang-barang atau bahan-bahan itu dan juga masa adalah suntuk, maka faedah penjimatan kos, jika ada , akibat dari cadangan atau penggantian barang-barang atau bahan-bahan oleh kontraktor yang diluluskan oleh P.P hendaklah dipotong dari harga Kontrak.

Bahan-bahan yang berasal dari Malaysia yang disenaraikan di dalam Lampiran berkenaan kepada spesifikasi jika bersesuaian dan dengan syarat ianya menepati kehendak-kehendak yang ditentukan, hendaklah digunakan oleh Kontraktor dengan mengenepikan bahan-bahan yang diimpot, dan dia hendaklah mengambil kira kehendak-kehendak khas ini di dalam tendernya. Di dalam apa keadaan sekalipun Kontraktor tidak dibenar menggunakan bahan-bahan yang diimport kecuali dia menunjukkan hingga tiada was-was yang munasabah bahawa mana-mana bahan yang disenaraikan di dalam lampiran berkenaan kepada spesifikasi tidak boleh diperolehi, atau jika boleh diperolehi adalah tidak mengikut piawaian yang boleh diterima.

Metrikasi.

Kecuali jika selainnya ditentukan kemudian daripada ini atau ditunjukkan dalam pelan-pelan, hanya bahan-bahan yang berukuran metrik sahaja boleh digunakan bagi kerja ini.Bahan-bahan yang mempunyai ukuran imperial yang bersamaan hanya boleh digunakan jika kontraktor dapat meyakinkan P.P bahawa bahan-bahan yang diperlukan itu tidak boleh didapati dalam ukuran metrik.

Tempahan.

Kontraktor hendaklah membuat tempahan bahan-bahan yang ditentukan dengan seberapa awal yang boleh selepas pemberitahuan penerimaan tender atau pada bila-bila masa yang khususnya dinyatakan di lain-lain bahagian dalam spesifikasi ini untuk sesuatu bahan yang tertentu.

Bekalan Bahan-Bahan Oleh Kerajaan.

Jika kontraktor gagalkeranasebarang sebabuntuk membekalkan mana-mana bahan mengikut kontrak atau jika dia gagal untuk membekalkan mana-mana bahan tersebut di dalam masa yang cukup untuk membolehkan Kontrak disiapkan pada tarikh siap yang telah dipersetujui maka dalam salah satu kejadian tersebutKerajaan boleh membekalkan sebahagian atau semua bahan tersebut.

Jika kerajaan membekalkan bahan-bahan tersebut kos baginya yang akan ditanggung oleh kontraktor hendaklah mengikut kadar harga, pasaran semasa, atau kos sebenarnya kepada kerajaan, pada tarikh pembekalan termasuk kos pengurusan dan lain-lain caj, MENGIKUT YANG MANA LEBIH MAHAL.

Kos yang akan ditanggung oleh kontraktor, seperti yang dibutirkan di atas, hendaklah dipotong dari wang yang kena bayar atau genap masanya dibayar kepada kontraktor di bawah kontrak ini dan jumlah kontrak hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.
Tiada tindakan oleh P.P di bawah fasal ini boleh dianggap dalam apa cara jua sekalipun sebagai menjejeas atau mengubah hak kerajaan ke atas tuntutan gantirugi sekiranya kontraktor gagal untuk menyiapkan kerja-kerja pada tarikh siap yang telah dipersetujui.

Contoh Keterangan.

P.P hendaklah bebas untuk meminta supaya dimajukan contoh keterangan bahan atau ketukangan yang dilaksanakan untuk diluluskan, dan contoh keterangan selanjutnya bila dikehendaki sehingga contoh keterangan yang dimajukan atau yang pernah dilaksanakan adalah, pada pendapatnya, menepati spesifikasi ini.
Selepas diluluskan , contoh keterangan ini akan menunjukkan mutu bahan-bahan dan daya kerja yang perlu dikekalkan dalam pelaksanaan kerja-kerja.

Loji-Loji Kontraktor.

Semua loji berjentera yang digunakan oleh Kontraktor hendaklah dari jenis, saiz dan corak bekerja yang bersesuaian dengan jenis, corak dan keadaan tapakbina di mana kerja-kerja akan dijalankan

Jadual Kadar Harga.

Petender adalah dikhendaki menyemak kesemua kadar harga yang diberikan di dalam jadual Kadar harga Piawaian. Dia boleh meminda mana-mana kadar harga di dalam Jadual itu dan cadangan kadar/kadar-kadar harganya hendaklah dipersetujui oleh P.P atas munasabahnyaa dan tertakluk kepada persetujuan tersebut, hendaklah digunakan sebagai asas untuk pengiraan kos sebarang perubahan yang mungkin diperintahkan megikut syarat-syarat Kontrak.

Harga-harga di dalam Jadual Kadar Harga boleh juga dipinda dengan peratus tambahan atau pengurangan mengikut ketukangan atau bahagian kerja seertimana yang disenaraikan di dalamnya.Peratusan ini juga tertakluk kepada Persetujuan P.P peratusan tambahan atanu pengurangan tidak akan dikenakan ke atas kadar-kadar harga yang telah dipinda.

Sebarang pindaan yang dicadangkan terhadap Jadual Kadar Harga piawaian hendaklah disertakan bersama sebagai sebahagian dari dokumen tender semasa mengemukakan tender.

Butir-Butir Tender.

Tender di atas boring yang dibekalkan dan yang telah sempurna diisi hendaklah disampaikan dalam masa dan di tempat seperti dinyatakan dalam pemberitahuan yang disiarkan.
Tender yang TERENDAH atau mana-mana tender tidak SEMESTINYA dipersetujui dan tiada tuntutan bagi sebarang perbelanjaan yang ditanggung di dalam penyediaan tender akan dibenarkan.

Deposit Tender/ Wang Sandaran.

Pembayaran deposit tender adalah dikecualikan untuk tender ini, tetapi jika sekiranya petender menarik diri dari tender ini sebelum sesuatu keputusan dibuat atau enggan menandatangani kontrak setelah tendernya diterima kelak, sedangkan tempoh sah tender masih berkuatkuasa , maka pendaftarannya akan digantung selama 2 tahun bagi kesalahan pertama, 5 tahun bagi kesalahan kedua dan pendaftarannya akan dipotong bagi kesalahan ketiga tanpa menyentuh apa-apa hak lain Kerajaan di bawah kontrak.

Laluan Dan Jalan Sementara.

Kontraktor hendaklah megadakan dan menyenggara semua jalan masuk sementara ke tapakbina, pembentung, lorong, jambatan sementara dan lain-lain yang diperlu untuk laluan ke kawasan dan di dalam kawasan tapakbina sepanjang mana yang diperlukan mengikut yang diluluskan oleh P.P Lokasi laluan ke tapakbina yang akan dibuat hendaklah seperti yang ditandakan di atas pelan tapak bina atau sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan Kontraktor hendaklah membuat segala urusan dan mendapatkan semua kelulusandan keizinan yang dikehendaki atas perbelanjaannya sendiri.

Saliran Tapakbina.

Kontraktor hendaklah mengadakan saliran yang sepatutnya untuk air permukaan dari tapakbina termasuk air hujan dari kawasan sekeliling yang mengalir ke tapakbina.
Kontraktor hendaklah dengan perbelanjaannya sendiri , memperuntuk, membentuk, memasang dan menyenggara apa-apa pam, pelongsor, dinding, longkang, batas-batas,perangakap-perangkap Lumpur dan lain-lain kerja sementara yang perlu untuk saliran tapakbina yang sepatutnya supaya tidak berlaku banjir atau lain-lain kerosakan atau gangguan kepada kawasan-kawasan sekeliling kerja atau kepada kerja di sepanjang tempoh kontrak.

Kerosakan Kepada Jalan-jalan Yang Sedia Ada Dan Sebagainya.

Kontraktor hendaklah mengatur untuk membawa bahan-bahan,loji-loji dan sebagainya supaya kerosakan kepada jalan-jalan dan pembetung yang sedia ada adalah minimum.Kontraktor hendaklah bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang disebabkan oleh loji-loji, lori-lori atau pekerja-pekerjanya ke atas mana-mana jalan ,pembetung dan sebagainya dan hendaklah menyenggara dan memperbaiki kerosakan-kerosakan itu mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P atau sebaliknya, dia hendaklah menanggung kos penyengaraan dan pemulihan tersebut sebagai potongan dari wang yang kena dibayar atau genap masanya dibayar kepada Kontraktor di bawah kontrak ini.

Pekerja-Pekerja Dibataskan Di Tapakbina.

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab supaya semua orang di bawah kawalannya, termasuk mereka yang bekerja dengan kontraktor-kontraktor kecil, saudagar-saudagar dan pengangkut-pengangkut dibataskan di Tapakbina dan hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan kerosakan dan apa jua gangguan dan hendaklah melepaskan tangungan Kerajaan terhadap sebarang tuntutan yang timbul darinya.

Pengambilan kerja Buruh Tempatan, Sub-Kontraktor Dan Pembekal.

Semua buruh, sub-kontraktor dan pembekal-pembekal yang digunakan untuk kerja ini hendaklah diambil dari Daerah atau negeri di mana kerja itu terletak. Kontraktor hendaklah sebaik sahaja selepas mengambil pemilikan tapakbina, berurus dengan Pejabat Buruh Tempatan,Pegawai Daerah atau Penghulu untuk pengambilan mereka bekerja. Dalam mana-mana keadaan sekalipun Kontraktor TIDAK dibenarkan menggunakan buruh-buruh, Sub-kontaktor dan pembekal-pembekal asing atau diimport melainkan ada permit dan P.P berpuashati bahawa mereka tidak boleh diperolehi di dalam daerah atau negeri yang berkenaan.

Butir-Butir Pekerja.

Kontraktor hendaklah memberi kepada P.P menyenggara dan mengemaskini satu senarai mengandungi semua pekerja-pekerjanya termasuk kesemua pekerja yang diambil bekerja oleh sub-kontraktor atau kontraktor yang dinamakan yang bekerja di tapakbina dengan memberikan kesemua butiran di dalam borang yang dinyatakan di dalam lampiran yang berkenaan pada spesifikasi ini.

Tempat Simpanan Barang, Pejabat Dan Penginapan Kontraktor.

Kontraktor hendaklah mengadakan di tapakbina dan menyenggarakan bangunan-bangunan sementara yang cukup, selamat dan kalis cuaca seperti berikutnya pada tempat-tempat yang diluluskan oleh P.P untuk kegunaan sepanjang masa pelaksanaan Kontrak ini:
 Bangsal untuk menyimpan simen dengan lantainya ditinggikan 300 mm dari paras tanah.
 Bangsal untuk membengkokkan bar dan kerja-kerja yang serupa.
 Setor untuk lain-lain bahan binaan .
 Pejabat untuk kegunaan Kontraktor.
 Tempat penginapan untuk pekerja-pekerja mengikut yang diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Peti Pertolongan Cemas.

Kontraktor hendaklah mengadakan satu peti pertolongan cemas yang lengkap disimpan dan dijaga dengan sempurna di pejabat Tapakbina P.P.Peti ini hendaklah di bawah jagaan wakil kontraktor di tapakbuna ataupun orang lain yang bertanggungjawab yang sentiasa berada di tapakbina pada waktu kerja supaya kemudahan pertolongan cemas bolehdidapati tanpa kelewatan pada setiap masa apabila kerja sedang berlangsung. Seorang kakitangan Kontraktor yang bertanggungjawab hendaklah dilatih di dalam tugas-tugas pertolongan cemas.

Kebersihan.

Kontraktor hendaklah mengada dan mendirikan tandas sementara untuk pekerja-pekerja, beserta dengan tempat mandi yang cukup, yang dibina di atas lantai konkrit dan mengadakan bekalan airdan saliran yang perlu. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah , dalam segala segi, mematuhi dan disenggara mengikut keperluan Pihak Berkuasa Kesihatan atau lain-lain Pihak Berkuasa Tempatan.

Bangunan Pejabat Untuk Pegawai Penguasa Dan Lain-Lain.

Kontraktor hendaklah mengada dan menyenggara satu tapak pejabat untuk kegunaan kakitangan penyelia JKR yang dibina mengikut jenis rekabentuk JKR sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan termasuk semua lengkapan dan perabut yang dinyatakan dalam pelan-pelan tersebut.

Sebagai alternatif kepada jenis rekabentuk JKR kontraktor dibenarkan mengadakan pejabat tapak jenis mudah alih. Mutu pejabat jenis mudah alih hendaklah sekurang-kurangnay setaraf dengan mutu jenis rekabentuk JKR dan hendaklah dilengkapkan dengan lengkapan dan perabut yang serupa sepertimana yang dinyatakan bagi jenis rekabentuk JKR.

Jika pejabat tapak jenis mudah alih hendak diadakan, kontraktor hendaklah mengemukakan butir-butir pejabat tapak tersebut bersama dengan tendernya.Butir-butir tersebut hendaklah mengandungi nama pembuat,keluasan lantai dan tata atur, senarai lengkapan dan perabot dan risalah-risalah jika ada. Kontraktor hendaklah juga menyatakan samada pejabat tapak cadangan itu adalah yang baru atau yang telah digunakan sebelumnya.

Kecuali jika selainnya ditunjukkan di dalam pelan-pelan, pejabat tapak itu hendaklah ditempatkan, di hala dan dibina sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Kontraktor hendaklah menguruskan dengan sewajarnya dan membeyar semua caj berhubung dengan penjagaan kebersihan. Pejabat tapak tersebut hendaklah mematuhi undang-undang kecil bangunan tempatan. Ia hendaklah didirikan atau dibekalkan oleh kontraktor dan diluluskan oleh P.P dalam masa 4 minggu dari tarikh pemilihan tapak.
Apabila kerja siap, kecuali jika selainnya dinyatakan , pejabat tapak beserta semua lengkapan dan perabot akan menjadi hak milik kontraktor dan seterusnya dibawa keluar dari tapak bina.

Telefon Untuk Pegawai Penguasa.

Kontraktor hendaklah mengadakan telefon khas untuk kegunaan P.P berhubung dengan penyeliaan dan pentadbiran kontrak, dan membayar semua kos pemasangan, sewa dan caj-caj panggilan. Kontraktor hanya boleh menggunakan telefon dengan kebenaran P.P.

Telefon Untuk Pegawai Penguasa.

Kontraktor hendaklah mengadakan telefon khas untuk kegunaan P.P berhubung dengan penyeliaan dan pentadbiran kontrak, dan membayar semua kos pemasangan, sewa dan caj-caj panggilan. Kontraktor hanya boleh menggunakan telefon dengan kebenaran P.P.

Pakaian Keselamatan Untuk P.P Dan Sebagainya.

Kontraktor hendaklah mengadakan khas untuk kegunaan P.P dan kakitangannya semua pakain kelengkapan keselamatan berikut mengikut piawaian yang diluluskan oleh P.P khas untuk kegunaan kakitangan penyeliaan JKR dan pelawat-pelawat rasmi dahaja sepanjang tempoh kontrak seperti:
 Topi Keselamatan
 Kasut keselamatan
 Dan alatan keselamatan yang diperlukan mengikut kesesuaian.

Alat-Alat Kerja Ukur.

Kontraktor hendaklah mengadakan khas untuk kegunaan P.P dan kakitangannya semua alat-alat kelengkapan dan tukang rantai apabila diperlukan untuk menyemak ketepatan pemancangan tanada. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab sepanjang tempoh kontrak ke atas segala alat kelengkapan dan tukang rantai hendaklah menentukan bahawa semua alat dan kelengkapan adalah pada setiap masa dijaga dalam keadaan dan larasan yang baik.
Alat-alat di atas hendaklah menjadi hak milik kontraktor setelah kontrak siap.

Air Dan Kuasa Elektrik.

Kontraktor hendaklah mengadakan dan menyenggara semua bekalan air. Lampu dan tenaga elektrik yang diperlukan untuk keunaan di dalam kerja-kerja dan hendaklah membayar semua kos, sewaan dan caj-caj berhubung dengannya dan hendaklah membenarkan semua sub-kontraktor menggunakannya dengan percuma.

Pengawasan.

Kontraktor hendaklah mengadakan semua pengawasan dan pemasangan lampu-lampu yang perlu pada setiap masa untuk keseluruhan tempoh kerja.

Jagaan Dan Perlindungan.

Kontraktor hendaklah mengadakan dan menyenggarakan segala yang perlu untuk memberi perlindungan sewajarnya ke atas bahan-bahan dan kerja dari sebarang kerosakan oleh cuaca, kelalaian atau selainnya. Sebarang kerosakan yang berlaku hendaklah diperbaiki mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Dinding Adang Dan Bersesuaian Dengannya.

Kontraktor hendaklah membekal, mendiri dan menyenggarakan selama tempoh yang dianggap perlu segala pemagaran, dinding adang, lampu-lampu amaran dan lain-lain langkah keselamatan yang cukup untuk menentukan keselamatan yang cukup untuk menentukan keselamatan orang-orang awam dan mereka yang mungkin berada di tapak bina. Di mana dikehendaki, langkah keselamatan ini hendaklah mengikut undang-undang kecil tempatan yang berkenaan. Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kemalangan yang timbul dari sebarang kecuaian dalam hal ini.

Sub-Kontraktor Sub-Kontraktor Yang Dinamakan.

Kontraktor hendaklah mengambilkira dalam harga tender akan layanan dan kemudahan-kemudahan ke atas Sub-Kontraktor yangf dinamakan. Layanan dan kemudahan tersebut hendaklah meliputi:

• Menentukan dari sub-kontraktor semua butir-butir kerja mereka berhubung dengan saiz dan kedudukan lundar-lundar, lubang-lubang, lubang putting dan perkara-perkara yang serupa yang hendak dibentuk atau ditinggalkan,
• Memperbaiki dinding, siling, lantai, bumbung dan sebagainya serta kemasan-kemasan di situ termasuk memperbaiki semula semua kerja mengecat, yang diperlukan, rosak atau terganggu akibat dari kerja sub-kontraktor yang dinamakan,
• Membekalkan semua pemancangan tanda,
• Memberi semua ukuran yang perlu dan bertanggungjawab atas kejituannya,
• Membenarkan penggunaan sepenuhnya dengan percuma peranca yang masih terdiri di tapakbina,
• Membenarkan penggunaan sepenuhnyadengan percuma tempat simpanan bahan-bahan, peralatan dan loji yang akan dijadikan sebahagian daripada kerja dan yang memerlukan perlindungan daripada cuaca dan kemerosotan mutu, bilik-bilik rehat, kemudahan kebersihan dan kemudahan-kemudahan kebajikan,
• Mengadakan ruang sahaja di tapak bina untuk pejabat sementara, bengkel-bengkel, tempat penginapan dan penyimpanan bahan-bahan, alat-alat, loji dan peralatansub-kontraktor yang dinamakan yang tidak akan dijadikan sebahagian daripada kerja dan tidak memerlukan daripada cuaca atau kemerosotan mutu,
• Mengadakan bekalan air, kuasa elektrik sementara, lampu-lampu dan membayar semua sewaan dan caj-caj termasuk deposit yang dikenakan untuk pemasangan-pemasangan tersebut dan untuk air dan kuasa elektrik yang digunakan oleh sub-kontraktor yang dinamakan bagi ujian perjalanan dan pelancaran kerja-kerja sub-kontrak.
• Mengadakan kakitangan yang cekap sebagai mematuhi Peraturan Jemaah Pemeriksa Elektrik 1984 untuk dipertanggungjawabkan bagi penggunaan pemasanggan kuasa elektrik dari masa bekalan kuasa elektrik kekal diadakan sehingga pengujian, pelancaran dan penyerahan kerja dibuat,
• Melindungi, menutup, mengawasi serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerja sub-kontraktor yang dinamakan dan bahan-bahan serta barangan pasang siap yang dicadangkan untuk kegunaan kerjanya,
• Mengeluarkan sampah sarap dan puing daripada tapak bina dan membersihkan bahagian dalam dan luar kerja.

Adalah dianggap bahawa sub-kontraktor yang dinamakan akan memasukkan di dalam jumlah Harga sub-kontrak, antara lainnya kos-kos berhubung dengan perkar

• Memunggah, membawa masuk, menyimpan serta mengendalikan keseluruhannya dan mengangkat bahan-bahan,loji dan peralatannya ketempat yang dikehendaki,
• Mengadakan, membina, menyelenggara dan kemudiannya membawa keluar semua pejabat sementara,bengkel-bengkel dan tempat penginapan pekerjadi tapakbina termasuk membayar semua cukai taksiran dan lain-lain caj,
• Menyambung kepada bekalan air dan kuasa elektrik sementara yang disediakan oelh kontraktor untuk pelaksanaan kerja, membekal dan memasang paip agihan, hos-hos, kabel, hujung kawat giar elektrik dan sebagainya yang diperlukan tetapi TIDAK TERMASUK pembayaran bagi semua air dan elektrik yang digunakan,
• Mengadakan bahan api, gas, stim, minyak, minyak pelincir, bahan kimia dan perjalanan pemasangan dan pelancaran kerja bgi sub-kotrak,
• Sebarang peranca, aram-aram dan sebagainya yang dikehendaki untuk kerja sub-kontrak yang tidak diliputi seperti yang diterangkan sebelum ini.

Pembekal-Pembekal Yang Dinamakan.

Kontraktor hendaklah mengambilkira layanan terhadap semua pembekal-pembekal yang dinamakan termasuk menerima hantaran, memunggah, menyemak dan mengesahkan penerimaan, mengembalikan bekas-bekas kosong, mengendali, menyimpan dan memunggah. Membungkus dan membawa ke tapakbina adalah termasuk di dalam Wang Kos Prima kecuali jika khusus dinyatakan selainnya.
Perkataan layan dan layanan di dalam spesifikasi ini hendaklah dibaca sebagai termasuk semua perkara-perkara tambahan yang boleh dirujukkan di dalam ‘Kerja-Kerja Pakar’ yang dibutirkan di dalam Ringkasan Tender.

Aktiviti.

Dalam tempoh 28 hari selepas penerimaan surat Setuju Terima Tender, kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P untuk kelulusannya sesuatu aktiviti yang menunjukkan peraturan atau prosedur dan cara bagaimana kontraktor bercadang melaksanakan kerja dan hendaklah pada bila-bila masa yang diperlukan oleh P.P atau wakil P.P melengkapkan untuk maklumannya butir-butir secara bertulis mengenai perkiraan kontraktor bagi melaksanakan kerja dan loji pembinaan dan kerja-kerja sementara, jika ada, yang kontraktor berniat membekal, mengguna atau membina yang mana berkenaan.

Penyerahan aktiviti itu kepada dan kelulusan oleh P.P atau wakil P.P atau penyerahan butir-butir itu hendaklah tidak melepaskan kontraktor daripada mana-mana kewajipan atau tanggungjawab di bawah kontrak ini.
Jika pada bila-bila masa P.P mendapati bahawa kemajuan kerja sebenarnya tidak menepati program yang diluluskan sebagaimana yang disebutkan di atas. Kontraktor hendaklah mengemukakan atas permintaan P.P suatu program yang disemak yang menunjukkan pengubahsuaian yang perlu kepada aktivti yang diluluskan bagi menjamin penyelesaian semua kerja dalam tempoh masa penyelesaian sepertimana yang ditentukan dalam kontrak.

Gambar Foto Kemajuan Kerja.

Kontraktor hendaklah mengambil gambar-gambar kemajuan kerja pada tiap-tiap bulan sepertimana yang diarahkan oleh P.P.Bilangan purata gambar foto yang diambil tiap-tiap bulan hendaklah mencukupi bagi menunjukkan atau menggambarkan kemajuan kerja tetapi hendaklah tidak kurang daripada enam pemandangan sebulan dan kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P semua negative atau salinan cd bersama-sama dengan enam keeping salinan gambar foto berwarna saiz poskad bagi setiap pemandangan yang diluluskan. Kesemua gambar foto tersebut hendaklah dicatitkan dengan tajuk dan tarikh ianya diambil. Kontraktor hendaklah juga membekal album yang sesuai untuk simpanan foto tersebut dengan selamat atau salinan cd yang sempurna.

Papan Tanda.

Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan,mengecat dan menyenggara satu papan tanda did lam Bahasa Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh P.P papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata jelas di tapak bina seperti yang diluluskan oleh P.P

Mengemas, Membersih, Menyelenggara dan Memperbaiki Apabila Siap.

Kontraktor hendaklah menentukan bahawa longkang-longkang tepi jalan yang sedia ada bersempadankan tapakbina dibersihkan dari sampah sarap bangunan, tanah dan sebagianya pada setiap masa.

Kontraktor hendaklah membawa keluar dan mengemaskan tapakbina dari semua bangunan-bangunan sementara, kerja sementara dan pemasangan sementara sebelum penyerahan kerja-kerja kepada P.P setelah siap.

Kontraktor hendaklah mengumpul dan membuang semua sampah sarap yang terkumpul dan meninggalkan tapakbina dalam keadaan bersih dan kemas apabila kerja siap.
Sebelum penyerahan kerja-kerja kepada P.P kontraktor hendaklah mencuci semua lantai, talang, gegeluk, luring, takungan dan longkang. Kontraktor hendaklah membersihkan semua kepingan kaca dan menentukan bahawa setiap bahagian kerja yang telah siap berada di dalam keadaan bersih, baik dan kemas mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Bahan-Bahan Buatan Malaysia sepertimana yang biasa dirujuk adalah seperti berikut:

Simen Portland.

Simen Putih.

Hasilan Konkrit:
 Konkrit siap bancuh.
 Genting konkrit.
 Blok konkrit berongga.
 Batu bata konkrit.
 Paip konkrit.
 Kepingan ubin.
 Bebendul.
 Talang.
 Salur air.
 Luring.
 Penyekat / Pembahagi.
 Paip konkrit tuang putar jenis tegang dulu.
 Tiang konkrit tuang putar jenis tegang dulu.

Batu Bata Tanah Liat.

Batu Bata Simen.

Batu Bata Silika.

Paip Tanah Liat.

Piap Simen Asbestos.

Panel / Kepingan:
 Kepingan serau.
 Kepingan kayu simen.
 Kepingan kayu asbestos.
 Siling akustik.

Bahan Penebat.
 Rokwool.
 Woodwool.

Kaca.
 Kaca kepingan.
 Kaca berkawat.

Kelengkapan Kebersihan.
 Baldi.
 Mangkuk buang air kecil.
 Tandas berpam.
 Sinki.
 Pemegang sabun.
 Pemegang tisu tandas.
 Pepijak.

Jubin / Genting.
 Jubin mozek gilap / tak gilap.
 Jubin dinding.
 Jubin kuari.
 Jubin tembikar.
 Genting tanah liat.
 Jubin tanah liat kekaca tahan lasak.
 Jubin mozek hamogen.
 Jubin mozek kaca.

Asfalt.
 Premix asfalt.

Komponen Pasang Siap Untuk Bangunan.

Hasilan Logam.
 Bar bulat.
 Bar diubah bentuk.
 Sesiku.
 Alur.
 Bar rata.
 Bolt dan nat.
 Paku dawai.
 Jejaring dawai berkimpal.
 Pagar dawai rangkai.
 Kepingan bumbung bergelugur.
 Paip keluli berkimpal.
 Paip dan pepasangan keluli / besi tuangan.
 Penutup lurang besi tuangan.

Lain-Lain.
 Ram tingkap keluli.
 Sinki dapur keluli tidak karat / aluminium.
 Tangki keluli berkimpal / begalvani.
 Lengkapan pintu tingkap.

KERJA CERUCUK

KEPERLUAN-KEPERLUAN AM.

Kehendak Am.

Semua kerja cerucuk hendaklah dalam semua segi mematuhi Kod Amalan C.P 2004 kecuali jika selainnya ditentukan atau diperbaharui. Semua Bahan-bahan dan mutu kerja cerucuk hendaklah mengikut kehendak bahagian-bahagian yang berkenaan dalam Spesifikasi ini.

Laporan Penyelidikan.

Sebarang maklumat dan laporan mengenai penyelidikan tapak untuk kerja yang disediakan untuk petender-petender adalah bertujuan sebagai panduan sahaja. P.P tidak akan bertanggungjawab keatas skop, kelengkapan atau kejituan maklumat atau atas sebarang pendapat serta kesimpulan yang terdapat dalam laporan tersebut.

Had Terima.

Pancangan tanda hendaklah dijalankan dari garis grid utama struktur yang dicadangkan. Sejurus sebelum memacak cerucuk, kedudukan cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan pin, pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh dikesan.

Kedudukan.

Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong di paras tanah atau lebih tinggi daripada paras tanah, penyimpangan maksimum yang dibenarkan antara pusat cerucuk dengan titik pusat sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan hendaklah tidak melebihi 75mm dalam semua arah. Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong di bawah paras tanah, had terima ini boleh dilonggarkan mengikut kepugakan dan kecondongan.

Kepugakan.

Iaitu penyimpanagn maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi cerucuk yang telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75.

Kecondongan.

Jejunjung cerucuk hendaklah dipasang dan disenggarakan untuk mengekalkan kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang telah ditentukan atau kecondongan yang ditunjukkan dalam pelan-pelan hendaklah mengikut nisbah 1:25.

Pembetulan / Dengan Daya Tenaga.

Pembetulan dengan daya tenaga ke atas cerucuk konkrit adalah tidak dibenarkan. Pembetulan secara ini mungkin dibenarkan ke atas lain-lain jenis cerucuk jika diluluskan oleh P.P. Walaubagaimanapun pembetulan secara ini tidak akan dibenarkan ke atas cerucuk yang telah menyimpang melebihi had yang dibenarkan sepertimana yang ditentukana mengikut fasal kedudukan, kepugakan dan kecondongan.

Cerucuk Yang Terkeluar Dari Jajaran Atau Kedudukan.

Kontraktor hendaklah , jika diarah oleh P.P , mencabut keluar dan menanam semula sebarang cerucuk yang telah menyimpang dari kedudukan-kedudukan jajaran melebihi had yang ditentukan, atau sebagai pilihan lain, sub struktur hendaklah diubahsuaikan mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P, kerja tambahan itu adalah perlu disebabkan oleh ketidakcekapan atau kecuian kontraktor.

Aktiviti Kerja Cerucuk.

Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada P.P program yang dicadangkan untuk melaksanakan kerja cerucuk sekurang-kurangnya 7 Hari sebelum kerja tersebut dimulakan. Selain dari itu, kontraktor hendaklah memberitahu P.P setiap hari, program kerja cerucuk untuk hari berikutnya, dan hendaklah memberi secukup notis mengenai cadangannya untuk bekerja di luar waktu pejabat untuk diluluskan oleh P.P.

Rekod Urusan.

Kontraktor hendaklah menyimpan rekod butir-butir seperti yang disenaraikan di jadual 1 selepas daripada ini untuk setiap cerucuk yang dipasang dan hendaklah mengemukakan kepada P.P dua salinan rekod butiran dan urusan yang telah ditandatangani tidak lewat dari tegahari hari berikutnya, selepas cerucuk dibenam. Rekod yang ditandatangani hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod-rekod kerja.
Sebarang keadaan yang tidak dijangka semasa melantak cerucuk hendaklah dicatatkan kedalam rekod kerja dan disimpan atau difailkan.

Gangguan Dan Kerosakan.

Bunyi Bising Dan Gangguan.

Kotraktor hendaklah mengambil semua langkah-langkah yang perlu dalam menjalankan kerja bagi mengurangkan bunyi bising dan gangguan semasa melantak cerucuk.
Kerosakan kepada struktur-struktur Bersebelahan dan sesalur Kemudahan hendaklah diambilkira dan direkod.

Perhatian kontraktor hendaklah Peka terhadap tanggungjawabnya di bawah fasal ‘Kerosakan Kepada harta Benda’ dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor adalah disifatkan telah mengetahui sendiri risiko-risiko yang akan dialami oleh struktur-struktur yang bersebelahan dan sesalur kemudahan akibat dari cara kerja-kerja cerucuk yang dicadangkan.

Sebelum menjalankan sebarang kerja cerucuk, kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan tapak bersama P.P untuk menentukan sebarang keadaan yang boleh menunjukkan terdapatnya sesalur utama dan sesalur bekalan bawah tanah di tapak binaan atau sekelilingnya. Jika semasa menjalankan kerja, kerosakan atau kemungkinan berlaku terhadap sesalur utama, sesalur bekalan atau struktur-struktur bersebelahan, kontraktor hendaklah mengemukakan kepada P.P cadangannya untuk membaiki atau menegelakkan kerosakan tersebut.

Kerosakan Terhadap Cerucuk.

Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja dengan sebegitu cara yang boleh mengurangkan kerosakan kepada cerucuk.
Semua cerucuk yang rosak semasa kendalian, pengangkutan, penegakan, pemacakan, pelantakan atau pada bila-bila masa yang lain hendaklah digantikan oleh kontraktor dengan perbelanjaannya sendiri.

Langkah Keselamatan.

Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan disepanjang pelaksanaan kerja cerucuk mengikut kehendak-kehendak undang-undang dan undang-undang kecil yang berkenaan.

Cerucuk Pendahaluan.

Cerucuk pendahuluan adalah cerucuk yang dibenam sebelum menjalankan kerja cerucuk keseluruhannya, untuk menentukan criteria melantak untuk cerucuk-cerucuk kerja berikutnya dan untuk mengesahkan kecukupan rekabentuk, dimensi-dimensi, dan keupayaan galas. Cerucuk ini hendaklah diambil kira sebagai cerucuk kerja kecuali selainnya diarahkan oleh P.P.

Cerucuk Kerja.

Cerucuk kerja adalah cerucuk yang ditanam sebagai sebahagian dari kerja asas yang tetap.

Beban Ultima.

Di mana ujian cerucuk dijalankan, baban ultima adalah ditakrifkan sebagai beban mantap bilamana cerucuk it uterus mendap pada kadar yang tetap atau beban bilaman mendapan maksimum cerucuk semasa satu pusingan pembebanan adalah satu persepuluh (1/10) diameter bahagian bawah atau dimensi yang terkecil, atau yang mana lebih kecil.
Dimana tiada ujian cerucuk dijalankan, baban ultima adalah ditakrifkan sebagai beban ultima yang dikira, berasaskan kiraan keupayaan galas statik yan berkenaan.

Beban Untuk Rekabentuk.

Beban untuk rekabentuk hendaklah ditakrifkan berhubungan dengan cerucuk yang dibebankan secara berasingan, tanpa cerucuk-cerucuk berhampiran yang sedang dibebankan kecuali cerucuk-cerucuk yang memberi beban ujian tindakbalas.
Dimana beban ultima ditentukan, mengikut cara ujian cerucuk, beban untuk rekabentuk adalah terkurang daripada yang berikut:

o Beban ultima yang dikira untuk sesuatu cerucuk dibahagi dengan faktor keselamatan yang ditentukan.
o Beban ultima yang dikira untuk bahagian bawah cerucuk, dicampur dengan rekatan batang cerucuk sepertimana yang telah diperolehi dari kiraan keupayaan galas statik yang berkenaan, dibahagi dengan faktor keselamatan 3.0.

Faktor Keselamatan.

Kecuali jika selainnya ditentukan, factor keselamatan hendaklah tidak kurang dari 2.0 bagi cerucuk di dalam keadaan mampatan dan tidak kurang dari 3.0 bagi cerucuk di dalam keadaan mampatan dan tidak kurang dari 3.0 bagi cerucuk di dalam keadaan tegangan.

Beban Kerja.

Beban kerja adalah bebanuntuk rekabentuk yang telah diubahsuai untuk mengambil kira kesan kumpulan, jarak cerucuk atau lain-lain factor yang mengubah kecekatan keseluruhan asas berbanding dengan kecekatan sebatang cerucuk yang berasingan dan adalah sekurang-kurangnya sama dengan beban mati campur beban hidup beserta dengan beban turun atau naik yang mana berkenaan.

Cerucuk Konkrit Bertetulang Tuang Dulu.

Kehendak Am.

Bahan-bahan yang hendak digunakan dan mutu kerja untuk cerucuk konkrit bertetulang tuang dulu, hendaklah sepertimana yang ditentukan di bawah Kerja Konkrit. Jenis-jenis campuran yang hendak digunakan hendaklah sepertrimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan.

Tetulang.

Bar tetulang utama di dalam cerucuk yang tidak melebihi 12 meter panjang, sambungan adalah dibenarkan untuk bar utama yang memenajang pada jarak nominal 12 meter anatara sambungan. Sambungan bagi bar tetulang yang bersebelahan, hendaklah diselang-seli pada jarak sekurang-kurangnya 1 meter disepanjang cerucuk. Sambungan hendaklah dikimpal temu sepertimana yang ditentukandi dalam kerja konkrit. Lain-lain cara penyambungan tetulang dengan menggunakan kupling mekanik hendaklah sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Sepatu Cerucuk.

Jenis sepatu cerucuk yang akan digunakan hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan dan mematuhi perkara berikut dimana berkenaan:
o Sepatu besi tuangan yang dikerakan melalui proses penyejukan segera sepertimana yang digunakan untuk membuat tuangan besi kelabu mematuhi piawaian British B.S 1452. Gred 10.
o Keluli sederhana mematuhi B.S 4360. Gred 50B.
o Keluli tuangan mematuhi B.S 3100. Gred A.

Pensekak keluli sederhana yang dibentuk bersama sepatu cerucuk hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. Sepatu cerucuk untuk kegunaan dalam batu, di mana diperlukan hendaklah terdiri daripada sepatu besi tempa dan pencekak keluli sederhana yang dibentuk dalan blok besi tuanagan, yang dikeraskan melalui proses penyejukan segera sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan.

Pengawetan,Penanggalan,Pengendalian Dan Penyimpanan Cerucuk.

Cerucuk yang dibuat dari Simen Portland Biasa hendaklah sentiasa dalam keadaan lembab bagi tempoh tidak kurang 10 hari selepas konkrit dituang. Acuan-acuan konkrit bahagian tepi tidak boleh ditanggalkan bagi tempoh 2 hari selepas konkrit dituang. Selepas tempoh 14 hari, cerucuk boleh diangkat dan dipindahkan ke suatu kawasan yang sesuai untuk disusun, walaubagaimanapun, cerucuk-cerucuk ini tidak boleh dilantak sebelum 28 hari selepas konkrit dituang.

Bagi cerucuk yang dibuat dari semen keras cepat, tempoh yang dinyatakan di atas boleh diubahsuaisepertimana yang diluluskan oleh P.P.
Cara dan turutan mengangkat, mengendali, mengangkut dan menyimpan cerucuk hendaklah dilaksanakan tanpa merosakkan cerucuk. Hanya titik angkut dan sokongan yang direka sesuai sahaja digunakan. Semasa mengangkut dan menyimpan, cerucuk hendaklah diletakkan di atas sokongan yang cukup yang terletak di bawah titik angkut cerucuk.
Semua cerucuk yang telah dilonggok hendaklah di dalam kumpulan yang sama panjangnya. Pengalas yang sama tebal hendaklah diadakan di antara cerucuk-cerucuk dan diletakkan pada titik angkut.

Menanda Cerucuk.

Setiap cerucuk dituang, tarikh tuangan konkrit, nombor rujukan, dan ukuran panjangnya hendaklah ditanda dengan jelas pada permukaan atas dan di atas kepala cerucuk dengan penanda yang tidak boleh padam. Di samping itu, setiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap jarak 300 mm di sepanjangnya sebelum ia dilantak.

Had Terima Dimensi Cerucuk.

Dimensi muka keratin lintang cerucuk hendaklah tidak kurang daripada yang ditunjukkandi pelan dan hendaklah tidak melebihi lebih dari 6 mm.
Sebarang permukaan cerucuk tidak boleh menyimpang lebih dari 6 mm dari sisi lurus sepanjang 3 meter, apabila diletakkan pada permukaannya dan pusat bentuk sebarang muka keratin lintang cerucuk hendaklahtidak menyimpang lebih dari 12 mm dari garisan lurus yang menyambung antara pusat bentuk pada kedua-dua permukaan hujung cerucuk.

Panjang Cerucuk.

Panjangnya satu cerucuk akan dikira sebagai panjang keseluruhan yang diukur dari penghujung sepatu cerucuk ke bahagian atas kepala cerucuk ke bahagian atas kepala cerucuk. Panjang cerucuk yang hendak dituang hendaklah diluluskan oleh P.P. berdasarkan kepada maklumat mengenai rintangan melantak cerucuk dan ujian beban yang dijalankan ke atas cerucuk yang telah dilantak di tapak bina, P.P boleh mengarah untuk mengubahsuai panjang cerucuk dari masa ke semasa.

Prestasi Alat-Alat Melantak Cerucuk.

Alat-alat untuk melantak cerucuk yang hendak digunakan hendaklah dari jenis dan keupayaan seperti yang diluluskan oleh P.P. jika penukul jatuh digunakan, ia hendaklah dari jenis yang menjunam bebas dan berat penukul hendaklah sepertimana yang ditentukan oleh Kod Amlan 2004.

Menegak Cerucuk.

Cerucuk hendaklah ditegakkan dengan tepatnya mengikut kedudukan sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan. Di semua peringkat semasa malantak dan sehingga cerucuk telahset atau telah dilantak ke ukuran panjang yang diperlu, semua cerucuk yang terdedah hendaklah ditupang secukupnya dan dikekang dengan menggunakan cabang utama, tresel, tetupang sementara atau lain-lain susunan penyokong untuk mengekalkan kedudukan dan kelurusan dan untuk mengelak daripada melengkok dan kecacatan kepada cerucuk.

Melantak Cerucuk.

Setiap cerucuk hendaklah dilantak terus menerus sehingga mencapai set dan paras dalam yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun, P.P boleh menangguhkan kerja-kerja melantak sekiranya dia telah berpuas hati bahawa kadar ketelusan yang dicapai sebelum pemberhentian kerja-kerja melantak cerucuk akan diperolehi semula apabila kerja melantak disambung semula atau sekiranya dia berpuas hati bahawa penangguhan kerja-kerja melantak adalah bukan di bawah kawalan kontraktor.

Cerucuk pengikut tidak boleh digunakan untuk melantak cerucuk tanggung hujung. Ia boleh digunakan untuk melantak cerucuk tanggung geseran dengan mendapat kelulusan P.P terlebih dahulu.

Kontraktor hendaklah memberitahu P.P dengan segera jika terdapat sebarang perubahan cirri-ciri melantak yang tidak dijangka.
Ukuran set hendaklah diambil pada jarak yang diluluskan semasa melantak untuk menentukan geraklaku cerucuk. Ukuran set hendaklah diambil semasa kehadiran P.P kecuali selainnya diluluskan. Kontraktor hendaklah mengadakan semua kemudahan untuk membolehkan P.P memeriksa rintangan melantak.

Jika perlu, kerja melantak semula untuk tujuan pemeriksaan hendaklah dijalankan mengikut peraturan yang diluluskan.

Buku Log Melantak Cerucuk.

Rekod-rekod terperinci mengenai rintangan melantak bagi keseluruhan panjang setiap cerucuk hendaklah diambil. Buku log tersebut hendaklah mencatitkan bilangan hentakan untuk setiap 300 mm ketelusan cerucuk.

Ukuran Set Terakhir.

Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk selain dari cerucuk tanggung geseran, hendaklah direkod samada pada kadar ketelusan dalam unit milimiter bagi setiap 10 hentakan atau bilangan hentakan yang diperlukan untuk menghasilkan ketelusan setakat 25mm.

Apabila ukuran set terakhir dijalankan, semua peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
o Bahagian cerucuk yang terdedah hendaklah di dalam keadaan baik, tanpa cacat atau berubah rupa bentuknya.
o Pelapik kepala cerucuk hendaklah di dalam keadaan baik.
o Hentakan penukul hendaklah sejajar dengan paksi cerucuk dan permukaan yang dihentak hendaklah mendatar dan bersudut tepat dengan ceucuk-cerucuk dan paksi pemukul atau palantak.
o Pelantak hendaklah di dalam keadaan baik dan dikendalikan dengan betul.
o Mampatan sementara ke atas cerucuk hendaklah direkodkan jika perlu.

Susunan Bagi Melantak Cerucuk Dan Cerucuk Yang Timbul.

Cerucuk-cerucuk hendaklah dilantak mengikut susunan yang berturutan yang diluluskan, untuk mengurangkan dari bahaya naik dan anjakan sisi kepada tanah. Bila dikehendaki, aras dan ukuran akan diambil untuk menentukan pergerakan pada tanah atau sebarang cerucuk dari proses melantak. Jika terdapat cerucuk yang timbul disebabkan oleh cerucuk berhampiran yang sedang dilantak, kontraktor hendaklah mengemukakan kepad P.P cadangannya untuk membetulkannya dan untuk mengelakkan keadaan yang sama berlaku dalam kerja yang berikutnya.

Gerudi Dahulu.

Jika gerudi-gerudi ditentukan, cerucuk hendaklah ditegakkan ke dalam lubang yang telah digerudi sedalam sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan, jika selainnya diarahkan oleh P.P.

Thursday, January 1, 2009

Pemasangan Cerucuk Secara Pancutan.

Pemasangan cerucuk secara pancutan hendaklah dilaksanakan apabila cadangan teperinci oleh kontraktor telah diluluskan. Tetapi cara ini tidak bolehdijalankan bagi bahagian 3 meter yang terakhir ketelusan yang diperlukan.

Membaiki Dan Menyambung Cerucuk.

Membaiki Kepala Cerucuk Yang Rosak.

Sebarang kepala cerucuk yang rosak hendaklah dipotong tepat di bahagian konkrit yang kukuh, dan semua serpihan hendaklah dibersihkan dengan berus dawai, kemudian dibasuh dengan air. Jika cerucuk hendak dilantak seterusnya, kepalanya hendaklah dituang semula dengan konkrit dari gred yang diluluskan. Kepala cerucuk yang baru itu hendaklah dituang sejajar dengan cerucuk asal, dan hendaklah diawet dengan sempurna dan dibiarkan keras secukupnya untuk mendapat kekuatan bagi lantakan selanjutnya.

Jika cerucuk telah dilantak hingga set atau mengikut dalam yang dikehendaki, tetapi bahagian konkrit yang berkeadaan baik di cerucuk adalah di bawah aras pemotongan, cerucuk tersebut hendaklah diperbaiki sehingga aras pemotongan dengan menggunakan konkrit dari gred yang tidak kurang kekuatannya daripada konkrit cerucuk tersebut.

Pemanjangan Cerucuk Konkrit Bertetulang.

Dimana cerucuk perlu dipanjangkan, selain dari cara mengimpal dengan plat keluli sepertimana yang diperincikan dalam pelan-pelan konkrit disekeliling tetulang hendaklah ditanggalkan sejarak yang sama dengan 30 kali diameter tetulang utama, diukur dari kepala cerucuk untuk sambungan sambat danjarak 300 mm untuk sambungan kimpal-tumpu dan semua tetulang sisi hendaklah dibuang. Bar penyambung hendaklah ditemu-tumpu pada bar yang ditentukan, atau hendaklah disambat dengan bar tetulang yang mempunyai diameter yang sama seperti bar utama cerucuk, sepanjang 60 kali diameternya dan bertindih dengan bar utama sejarak 30 kali diameter di bahagian atas dan bawah sambungan dan hendaklah diikat dengan dawai besi lembut 1.63 mm. tetulang simpai yang baru yang berukuran sama dengan simpai yang asal, dan hendaklah diikat kuat dengan dawai besi lembut 1.63 mm dan cerucuk disambung dengan menuang konkrit ke dalam acuan yang telah dibina dengan sempurna mengikut panjang yang dikehendaki. Langkah-langkah sepertimana yang ditentukan sebelum ini hendaklah diambil apabila membuat sambungan di antara konkrit asal dan konkrit baru. Sambungan tersebut hendaklah sejajar dengan cerucuk asal dan diawet dengan sempurna dan dibiarkan keras secukupnya untuk mendapat kekuatan yang diperlukan bagi lantakan seterusnya.

Lantakan Cerucuk Yang Diperbaiki Atau Yang Dipanjangkan.

Cerucuk yang telah dibaiki, dipanjangkan dengan menambah konkrit tuang disitu seperti yang diterangkan di atas tidak boleh dilantak sehingga konkrit yang ditambah telah mencapai kekuatan yang ditentukan bagi konkrit untuk cerucuk.

Pemotongan Dan Penanggalan Di Kepala Cerucuk.

Apabila cerucuk telah di lantak sehingga ke set atau mengikut dalam yang dikehendaki, kepala cerucuk hendaklah dipotong pada aras yang ditentukan atau sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan. Panjang bar tetulang yang terjulur ke atas melebihi aras pemotongan hendaklah seperti yang di tunjuk atau ditentukan di dalam pelan.
Langkah-langkah hendaklah di ambil bagi mengelakkan sebarang keretakan atau selainnya yang merosakkan cerucuk. Sebarang konkrit yang retak atau cacat hendaklah dipotong dan diperbaiki semula dengan menggunakan konkrit baru yang bercantum dengan sempurna dengan konkrit yang asal

Cerucuk Galas Keluli Bentuk ‘H’

Dimensi cerucuk.

Semua cerucuk galas keluli bentuk ‘H’ hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 4 dari segi ukuran keratin dan keluli tersebut hendaklah mematuhi kehendak-kehendak B.S 4360. Keratan-keratan dang red keluli yang akan digunakan hendaklah sepertimana yang ditentukan atau ditunjukkan dalam pelan-pelan.

Kelurusan Cerucuk.

Bagi keratan-keratan keluli piawai yang digelek, sisihan daripada kelurusan dalam ukuran milimiter hendaklah tidak melebihi 1.04 (L-4.5) di mana L adalah panjang cerucuk dalam ukuran meter.
Bagi keratan-keratan jenama tertentu yang dibentuk dari keratan –keratan keluli yang digelek, sisihan dari kelurusan hendaklah tidak melebihi 1/1000 panjang cerucuk.




Menguatkan Cerucuk.

Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P penguatan penghujung kaki cerucuk sebagai ganti sepatunya atau penguatan bahagian kepala cerucuk hendaklah dibuat dari bahan yang sama grednya dengan bahan cerucuk dan mengikut perincian sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan.

Menanda Cerucuk.

Setiap cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan warna putih yang tidak luntur di bahagian luar bebibir yang menunjukkan nombor rujukan dan panjang keseluruhan cerucuk. Selain itu , tiap-tiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap jarak 300 mm disepanjangnya sebelum dilantak.

Pengendalian Dan Penyimpanan Cerucuk.

Semua operasi pengendalian dan mengangkut cerucuk hendaklah dilaksanakan dengan baik supaya kerosakan kepada cerucuk dan lapis luarnya dapat dikurangkan. Cerucuk yang rosak semasa dikendali dan diangkut hendaklah diganti oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri. Semua cerucuk yang rosak dan yang ditolak hendaklah dibuang dari tapak bina.
Cerucuk-cerucuk dalam satu susunan hendaklah dari kumpulan yang sama panjangnya dan hendaklah diletakkan di atas penyokong yang diluluskan.

Menegak Dan Melantak Cerucuk.

Menegak dan melantak cerucuk hendaklah dilaksanakan seperti di bawah tajuk ‘Cerucuk Konkrit Bertetulang Tuang Dulu’.

Pemanjangan Cerucuk.

Dimana pemanjangan cerucuk diperlukan, cerucuk-cerucuk hendaklah disambung secara kimpal-tumpu yang diperkuatkan dengan pelit-pelit yang dikimpal-kambi pada keempat-empat tepi sepertimana yang diperincikan dalam pelan-pelan. Semua kimpalan hendaklah selanjar dan mematuhi kehendak B.S 2642 dan B.S 449. Jenis dan saiz kimpalan hendaklah sepertimana diperincikan dalam pelan-pelan.

Penyediaan Kepala Cerucuk.

Apabila cerucuk telah dilantak ke set atau dalam yang diperlukan dan sebelum dilitupkan dengan konkrit, cerucuk hendaklah dipotong sehingga ke lingkungan 20 mm dari paras yang ditunjukkan dalam pelan, dan salut perlindungan jika ada, hendaklah ditanggalkan dari permukaan kepala cerucuk sehingga ke paras 150 mm di atas tampang bawah konkrit. Kepala cerucuk hendaklah dibina mengikut perincian sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan.

Cerucuk Kayu Yang Dikawet Secara Tekanan.

Kayu.

Kehendak Am.

Cerucuk kayu yang dikawet secara tekanan yang hendak digunakan untuk kerja hendaklah diluluskan oleh SIRIM.

Jenis Kayu.

Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P hanya kayu jenis Kempas (Keempassia Malaccensis) hendaklah digunakan.

Definisi.

Istilah-istilah perkayuan yang digunakan di dalam spesifikasi hendakl;ah membawa makna yang dimaksudkan dalam Kod Amalan C.P 112 atau ‘Peraturan Mengred Kayu keras Gergaji Malaya (1968).’(Malayan Grading Rules For Sawn hardwood Timber (1968) mengikut mana yang berkenaan.

Mutu Kayu.

Kayu yang digunakan untuk cerucuk hendaklah dari mutu yang tidak kurang daripada ‘Gred Struktur Terpilih yang ditentukan dalam bahagian’ Pengredan tegasan di Bab III dari Peraturan Mengred Kayu Keras Gergaji di Malaya’. (Selected Structural Grades Specified in Section J. (Stress Grading) of Part III of Malayan Grading Rules for Sawn Hardwood Timber) kayu hendaklah bebas dari reput, kulat atau serangan serangga dan lain-lain kecacatan yangtidak dibenarkan bagi grednya.

Had Terima Dimensi.

Dimensi cerucuk kayu gergaji hendaklah dalam Lingkungan 2 mm kurang dan 6 mm lebih daripada dimensi kerat lintang yang ditentukan. Pusat bentuk sebarang kearat lintangcerucuk kayu gergaji hendaklah tidak menyisih lebih dari 25 mm dari garis lurus menghubungi pusat bentuk permukaan-permukaan di hujung cerucuk piawai panjangnya.

Mutu Kerja.

Dimana berkenaan, taraf mutu kerja hendaklah mematuhi Kod Amalan C.P 112.

Rawatan Dengan Bahan Pengawet.

Rawatan hendaklah secara proses sel-penuh sepertimana yang dihuraikan dalam Piawaian Malaysia M.S 3.88. Penyerapan minimum bahan pengawet bila ditentukan dengan cara seperti yang dihuraikan dalam Appendik ‘H’ dari Piawaian Malaysia M.S 3.88 HENDAKLAH SEDALAM 25MM. Upaya simpan bersih garam kering di dalam bahagian kayu yang diawet, bila ditentukan dengan cara yang dihuraikan dalam Appendik ‘K’ dari Piawaian Malaysia M.S 3.88 hendaklah sekurang-kurangnya 16kg/meter padu.

Menanda Cerucuk.

Cerucuk yang dikawet hendaklah ditanda kekal dengan pengenalan yang meneunjukkan ia mematuhi spesifikasi, tanda niaga pembuat, nombor caj dan tarikh pengawetan dan panjang cerucuk.

Pemeriksaan.

P.P mungkin menjalankan pemeriksaan ke atas loji pengawetan untuk meneliti dan mempastikanyang proses pengawetan dan ujian kawalan mutu cerucuk dilaksanakan mengikut kehendak spesifikasi ini. Rekod-rekod jadual rawatan yang sebenar hendaklah disimpan dan kontraktor hendaklah mengadakan rekod-rekod tersebut bagi cerucuk-cerucuk yang dibekalkan apabial diminta oleh P.P.

Jaminan.

Sebelum kerja dimulakan , kontraktor hendaklah memberitahu P.P nama pembekal dan pembuat cerucuk untuk diluluskan.
Sebelum cerucuk kayu yang dikawet diterima untuk kerja-kerja, kontraktor hendaklah mendapat satu jaminan dalam borang yang diluluskan daripada pembuat cerucuk yang dikawet yang memperuntukkan bahawa dalam jangkamasa 10 tahun cerucuk yang dikawet adalah bebas dari jangkitan kulat dan seranagn serangga yang boleh menjejaskan struktur bangunan.

Menghantar Dan Melonggok.

Kontraktor hendaklah memberitahu P.P berhubung dengan penghantaran cerucuk kayu ke tapak bina dan hendaklah mengadakan kemudahan-kemaudahan yang diperlukan untuk membolehkan P.P memeriksa penyerapan dan upaya simpan bersih garam kering.
Cerucuk yang diluluskan hendaklah ditanda dan dilonggokkan memanjang di dataran tanah yang keras. Setiap cerucuk hendaklah dilonggok supaya mempunyai kelegaan dari tanah dan hendaklah mengadakan ruang udara disekelilingnya. Cerucuk-cerucuk hendaklah diregangkan antara satu sama lain dengan menggunakan kepingan atau ketul kayu yang diletak tegak di atas satu sama lain dan mempunyai jarak yang berdekatan sepanjang cerucuk untuk mengelakkan cerucuk daripada melentur. Semua cerucuk yang tidak diluluskan hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dengan segera.

Kepala Cerucuk.

Kepala cerucuk hendaklah dilindungi secukupnya semasa melantak untuk mengelakkan daripada mengembang.
Kepala cerucuk hendaklah dipasang dengan plat logam bergigi sepertimana yang diluluskan oleh P.P untuk mengelakkan daripada mengembang dan berkeai semasa melantak dalam keadaan biasa.
Bagi kerja lantakan untuk menembusi lapisan keras, kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, topi logam hendaklah dipasang pada kepala cerucuk. Bahagian atas cerucuk hendaklah ditarah terlebih dahulu untuk dimuatkan dengan sempurna kepada topi logam. Pelapik daripada kayu keras dan jika perlu kepingan kayu hendaklah digunakan di atas topi.
Jika kepala cerucuk menjadi terlalu mengembang atau sebaliknytarosak semasa lantakan, bahagian yang rosak hendaklah dipotong dan penutup logam dipasang semula.

Menegak Dan Melantak Cerucuk.

Kerja melantak cerucuk hendaklah dilaksanakan mengikut sepertimana yang dihuraikan sebelum ini di bawah tajuk ‘CERUCUK KONKRIT BERTETULANG TUANG DULU’.

Pemanjangan Cerucuk.

Setiap cerucuk yang dibekalkan hendaklah 6.0 meter atau jurang hendaklah terdiri dari satu cerucuk tanpa sambungan.
Jika sambungan diperlukan, penyambungan cerucuk hendaklah dibuat dengan menggunakan kotak kimpal keluli sederhana 450mm panjang yang dibentuk dari plat keluli 5 mm tebal kecuali jika selainnya ditunjukkan dalam pelan-pelan. Dimensi bahagian dalam kotak hendaklah 3 mm kurang dari dimensi keratan lintang cerucuk. Penyambung dan hujung cerucuk yang hendak disambung hendaklah dibuat supaya kekuatan dan kekukuhan yang diperlukan dapat diadakan di bahagian sambungan.

Kecacatan Kepada Cerucuk Semasa Melantak.

Apabiala rekahan terdapat pada cerucuk semasa melantak yang mana mengikut pendapat P.P ianya boleh menjejaskan kekuatannya, cerucuk berkenaan akan ditolak penerimaannya dan hendaklah diganti atas perbelanjaan kontraktor sendiri.

Penyediaan Kepala Cerucuk.

Apabila cerucuk telah dilantak ke set atau had dalam yang diperlukan, kepala cerucuk hendaklah dipotong tepat di paras kayu yang baik dan disapu dengan bahan pengawet dan lapisan kalis air yang diluluskan mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.
Kepala cerucuk hendaklah dilitupkan dengan tetopi konkrit sedalam tidak kurang 150 mm dan tebal konkrit disekelilingnya juga tidak kurang 150 mm.

Cerucuk Bakau.

Kehendak Am.

Semua cerucuk bakau hendaklah bebas daripada reput, jangkitan kulat atau serangan serangga dan lain-lain kecacatan. Semua cerucuk hendaklah pada keseluruhannya lurus dan bulat keratan lintang dengan semua pangkal dahan di tanah sejajar dengan profil cerucuk dengan tanpa menanggalkan kulitnya.

Saiz-Saiz cerucuk.

Dimana mungkin cerucuk bakau hendaklah dibekalkan dalam satu ukuran panjang tidak kurang dari 6.0 meter. Diameter cerucuk hendaklah tidak kurang dari 100 mm di mana-mana bahagian di sepanjang cerucuk.

Memeriksa Dan Melonggok.

Kontraktor hendaklah memberitahu kepada P.P mengenai penghantaran cerucuk ke tapak bina dan hendaklah mengadakan tenaga buruh dan segala kemudahan peralatan bagi membolehkan P.P membuat pemeriksaan dan mengukur setiap cerucuk semasa memunggah. Cerucuk yang telah diterima hendaklah dilonggok di permukaan dan di kawasan yang diluluskan dan disimpan dalam keadaan yang sentiasa LEMBAB. Cerucuk yang tidak diluluskan hendaklah dikeluarkan dari tapak bina dengan serta merta.

Panjang Cerucuk.

Panjangnya satu cerucuk akan dikira sebagai panjang keseluruhan yang diukur dari penghujung sepatu cerucuk ke bahagian atas kepala cerucuk. Panjang cerucuk yang hendak dilantak adalah sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan. Berdasarkan kepada maklumat mengenai rintangan melantak cerucuk dan ujian beban yang dijalankan ke atas cerucuk yang telah dilantak dari tapak bina, P.P boleh mengarah untuk mengubahsuai panjang cerucuk dari masa ke semasa.

Menegak Dan Melantak Cerucuk.

Alat-Alat Melantak Cerucuk.
Kecuali jika selainnya diluluskan, cerucuk bakau hendaklah dilantak dengan menggunakan pemukul yang beratnya tidak kurang dari 250 kg yang digantung dari alat pelantak cerucuk yang diluluskan.

Menegak Cerucuk.

Cerucuk hendaklah ditegak dengan tepat mengikut kedudukannya seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan atau sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Cerucuk tersebut hendaklah dilantak dalam ukuran sepanjang 6 meter tanpa sambungan.

Penyediaan Cerucuk Untuk Dilantak.

Kepala cerucuk hendaklah rata dan bersudut tepat pada paksi cerucuk dan tepinya dipotong serong untuk mengurangkan rekahan semasa melantak dan bahagian hujung cerucuk hendaklah tajam.
Kontraktor hendaklah mengambil langkah untuk mengelak daripada kerosakan kepada kepala cerucuk semasa melantak untuk menembusi lapisan keras dengan megadakan topi logam yang sesuai. Pelapik daripada kayu keras dan jika perlu kepingan kayu hendaklah digunakan di atas topi. Jika kepala cerucuk menjadi terlalu mengembang atau sebaliknya rosak semasa melakukan lantakan, bahagian yang rosak hendaklah dipotong dan penutup logam dipasang semula.

Susunan Bagi Melantak Cerucuk.

Cerucuk-cerucuk hendaklah dilantak mengikut susunan yang berturutan yang diluluskan, untuk mengurangkan dari bahaya naik dan dianjakkan sisi kepada tanah. Bila dikehendaki, aras dan ukuran akan diambil untuk menentukan pergerakan pada tanah atau sebarang cerucuk dari proses melantak. Jika terdapat cerucuk yang timbul disebabkan oleh cerucuk berhampiran yang sedang dilantak, kontraktor hendaklah mengemukakan kepada P.P cadangannya untuk membetulkannya dan untuk mengelakkan keadaan yang sama berlaku dalam kerja berikutnya

Pemanjangan.

Di mana penyambungancerucuk diperlukan, ia hendaklah sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan. Kedua-dua bahagian hujung cerucuk yang hendak disambungkan itu hendaklah mempunyai diameter yang sama dan setiap bahagian hujung dipotong bersudut tepat pada paksi cerucuk supaya bertemu kesemua keratan lintang apabila kedua-dua cerucuk dicantum tepat.
Satu simpai besi paip bulat bergal;vani hendaklah digunakan untuk menyambung kedua-dua hujung cerucuk tersebut hendaklah ditarah untuk mendapat sambungan yang ketat.

Penyediaan Kepala Cerucuk Selepas Melantak.

Apabila cerucuk telah dilantak ke paras yang diperlukan, bahagian atas cerucuk tersebut hendaklah dipotong pada satu paras yang sama. Paras ini hendaklah berada di paras air yang terendah semasa musim kemarau sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan atau sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Pengujian Cerucuk.

Kehendak Am.

Jenis PengujianYang Perlu.

Ujian beban tetap hendaklah dijalankan ke atas cerucuk yang hendak diuji. Kontraktor hendaklah , jika dikehendaki oleh P.P melaksanakan ‘Ujian Kadar Ketelusan Tetap’ setelah menyempurnakan ujian beban tetap.

Langkah-Langkah Keselamatan.

Apabila menyedia, melaksana dan membuka kelengkapan ujian cerucuk, kontraktor hendaklah menjalankan kerja tersebut dengan cara yang selamat dan selanjutnya hendaklah mengadakan lain-lain peruntukan yang perlu bagi mengelakkan daripada sebarang bahaya yang mungkin.

Definisi.

Cerucuk Mampatan.
Cerucuk yang direka bentuk untuk menahan daya paksi yang akan menyebabkan cerucuk tersebut menelusi ke dalam tanah.

Cerucuk Tambatan.
Cerucuk mamapatan yang dibebankan untuk menentukan pertentangan antara beban dengan cirri-ciri pemendapan cerucuk tersebut dan tanah sekelilingnya.

System Tindakbalas.
Cerucuk yang direka bentuk untuk menahan daya paksi yang akan menyebabkan cerucuk tersebut tertarik keluar dari tanah.

Cerucuk Ujian.
System pemberat, cerucuk atau tambatan yang memberi rintangan kepada cerucuk yang diuji.

Pemberat.
Blok konkrit atau keratan cerucuk yang digunakan dalam ujian beban.

Ujian beban tetap.

Satu ujian di mana setiap tambahan atau kuranagn pada beban adalah dibuat tetap samada untuk satu jangkamasa yang ditetapkan atau sehingga kadar pemendapan atau daya lonjakan berada kepada satu nilai yang ditentukan

Ujian Kadar Ketelusan Tetap.

Satu ujian beban di mana cerucuk dikehandaki untuk menelusi tanah daripada kedudukannya pada kelajuan yang tetap sementara daya beban yang diukur terus menerus diletakkan pada bahagian atas cerucuk untuk mengekalkan kadar ketelusan. Pertentanagn hubungan antara daya beban dengan ketelusan yang didapati tidaklah menggambarkan keadaan perseimbangan di antara beban dan mendapan.

Pengawasan.

Semua ujian hendaklah dijalankan hanya di bawah arahan seorang penyelia yang berpengalaman dan cekap dari pihak kontraktor dengan menggunakan alat ujian yang diluluskan dan peraturan-peraturan ujian yang ditentukan selepas daripada itu.
Semua kakitangan kontraktor yang mengendalikan alat-alat ujian hendaklah terlatih dalam penggunaanya. Ujian hanya boleh dijalankan semasa kehadiran P.P.

Sistem Tindakbalas.

Kehendak Am.

Ujian mampatan hendaklah dijalankan dengan menggunakan pemberat, cerucuk tambatan atau tambatan yang dibina khas sebagai sistem tindakbalas. Sistem tindakbalas yang digunakan hendaklah direka bentuk untuk memindahkan beban maksimum yang dikehendaki untuk ujian kepada cerucuk ujian dengan selamatnya. Butir-butir lengkap sistem tindakbalas hendaklah deikemukakan kepada P.P sebelum sebarang kerja yang berkaitan dengan proses ujian dapat dijalankan di tapak bina.

Pemberat.

Di mana pemberat digunakan ia hendaklah mempunyai berat yang cukup untuk menahan beban sehingga 1.2 kali ganda lebih daripada beban ujian maksimum. Pemberat hendaklah disokong di atas kerja krib atau lain-lain struktur penyokong yang dipasang disekeliling cerucuk ujian supaya pusat graviti pemberat terletak di atas paksi cerucuk. Tekanan galas di bawah penyokong hendaklah memastikan kestabilan kepad susunan pemberat dan hendaklah tidak menjejaskan perlicinan pada kendalian ujian. Jarak dari bahagian tepi cerucuk ujian pada behagian terdekat penyokong pada susunan pemberat yang bersentuh dengan permukaan tanah hendaklah tidak kurang dari 1.3 meter.

Cerucuk Tambatan Dan Tambatan Pada Tanah.

Dimana cerucuk tambatan atau tambatan pada tanah hendak digunakan, ia hendaklah mempunyai kekuatan yang secukupnya menahan beban sehingga 1.2 kali ganda lebih daripada beban ujian maksimum di tanah dalam keadaan selamat tanpa pergerakan atau pengaruh yang berlebihan ke atas cerucuk ujian. Cara yang digunakan di dalam pemasangan kedua-dua sistem ini hendaklah dilakukan tanpa merosakkan sebarang cerucuk ujian atau cerucuk kerja.

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa apabila bebean ujian dikenakan, ia hendaklah diagihkan dengan betul kepada semua bolt dan keluli tegangan. Penyambungan besi tegangan dengan cara kimpalan tidak dibenarkan kecuali kekuatan keluli tersebut tidak akan berkurangan akibat kimpalan. Tegasan ikatan keluli dalam tegangan hendaklah tidak melebihi tegasan ikatan biasa yang dibenarkan untuk jenis keluli dang red konkrit yang digunakan.

Di mana cerucuk tambatan digunakan, jarak di antara pusat cerucuk tambatan dari pusat cerucuk ujian hendaklahtidak kurang dari 3 kali ganda diameter cerucuk ujian atau cerucuk tamabatan atau 2 meter mengikut yang mana lebih. Cerucuk teganagn yang besar di pangkal tidak boleh digunakan. Di mana cerucuk kerja telah diluluskan oleh P.P untuk digunakan sebagai cerucuk tambatan, kedudukan parasnya hendaklah dipastikan semasa beban ujian dikenakan untuk menentukan supaya tiada berlakunya baki daya lonjakan yang berlebihan.

Dimana tambatan pada tanah digunakan, jarak diantara cerucuk ujian dengan man-mana bahagian tambatan yang memindahkan beban kepda tanah hendaklah sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih dari diameter cerucuk ujian. Selanjutnya, jarak di antara cerucuk kerja dengan mana-mana bahagian tambatan pada tanah hendaklah sekurang-kurangnya 1 ½ kali ganda lebih dari diameter cerucuk ujian diukur di sepanjang tambatan yang ada ikatan. Diameter untuk pangkal besar pada tambatan tanah hendaklah melebihi 170 mm.

Alat-Alat Ujian.

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa apabila jek hidraulik dan alat pengukur beban dipasang atas kepala cerucuk, keseluruhan sistem hendaklah stabil sehingga beban maksimum dikenakan.
Ujian beban hendaklah dikenakan dengan menggunakan jek hidraulik yang mempunyai keupayaan yang cukup dan dilengkapkan dengan alat pengukur beban.
Jek hidraulik, pam, hos, paip, kupling dan alat-alat lain yang hendak digunakan di bawah tekanan hidraulik hendaklah berupaya menanggung ujian takanan bersamaan dengan 1 ½ kali ganda lebih dari beban ujian maksimum tanpa kebocoran.

Di mana Ujian Kadar Ketelusan Tetap dikehendaki, keupayaan pam untuk jek hendaklah mencukupi untuk mengekalkan kadar ketelusan yang dikehendaki. Had pemanjangan jek hendaklah yang membolehkan cerucuk bergrak berterusan dan tanpa menggunakan penyendal pada jarak sekurang-kurangnya 50 mm.
Alat pengukur hendaklah dari jenis yang diluluskan oleh P.P dan berupaya mencatitkan beban dalam kadar kenaikan tidak melebihi 2 KN.

Jek hidraulik dan alat pengukur hendaklah ditentukan bersama untuk kelulusan P.P sebelum dan selepas setiap siri ujian, apabila penyesuaian dibuat pada alat-alat tersebut atau pada tempoh-tempoh yang tertentu untuk jenis alat yang digunakan. Sijil-sijil tentukuran hendaklah dikemukakan kepada P.P.

Alat-alat beban hendaklah berkeupayaan untuk disesuaikan sepanjang tempoh ujian bagi memperolehi penambahan beban yang sesuai atau untuk mengekalkan tiap-tiap beban mantap pada peringkat yang dikehendaki bagi ujian beban tetap.

Penyediaan Kerja Cerucuk.

Penyediaan Cerucuk Kerja Yang Hendak Diuji

Kehendak Am.

Jika ujian dikehendaki ke atas cerucuk kerja, kontraktor hendaklah membuat persediaan ujian ke atas cerucuk tersebut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Rekod-Rekod Lantakan.

Bagi tiap-tiap cerucuk kerja yang hendak diuji, rekod lantakan yang terperinci hendaklah dibuat dan diadakan serta dikemukakan kepada P.P tiap-tiap hari tidak lewat aripada pukul 12 tengahari hari kerja berikutnya

Aras Pemotongan Cerucuk.

Cerucuk hendaklah berakhir pada aras pemotongan biasa atau pada satu aras yang dikehendaki oleh P.P.
Walaubagaimanapun, di mana perlu, cerucuk hendaklah diakhiri lebih tinggi daripada aras pemotongan cerucuk kerja supaya alat-alat pengukur atau alat-alat lain yang digunakan dalam proses ujian tidak akan dirosakkan oleh air atau sampah. Jika aras pemotongan di bawah paras tanah, cerucuk tersebut tidak akan dipanjangkan dan berkemungkinan tanah lubang korek runtuh, sarung keluli hendaklah dipasang di bahagian atas cerucuk atau lain-lain tindakan yang diluluskan hendaklah diambil. Ruang yang secukupnya hendaklah diadakan di antara bahagian atas cerucuck dengan bahagian bawah sarung keluli untuk membolehkan pergerakan yang tidak terhad pada cerucuk.

Kepada Cerucuk Untuk Ujian Mampatan.

Bagi cerucuk yang hendak diuji dalam keadaaan mampatan, kepala cerucuk atau tetopi hendaklah dibentuk untuk mendapatkan permukaan yang rata yang mana bersudut tepat dengan paksi cerucuk. Plat ghalas dari keluli sederhana yang diluluskan, hendaklah dipasang pada atas kepala cerucuk atau tetopi untuk menerima alat pengukur beban dan pengukur mendapan dan untuk mengelakkan kerosakan akibat dari penumpuan penggunaan beban daripada alat-alat beban.

Notis Untuk Ujian.

Kontraktor hendaklah memberitahu P.P sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ujian dilaksanakan.

Pengukuran Mendapan.

Rangka penunjuk mendapan hendaklah didirikan untuk mengukur pergerakan pugak cerucuk ujian. Tupang kepada rangka tersebut hendaklah ditempatkan pada jarak tidak kurang dari 2 meter daripada cerucuk ujian dan hendaklah dipasang tegak di atas tanah dengan membenamkannya tidak kurang daripada 1 meter ke konkrit sekeliling. Selanjutnya, penaikan tupang hendaklah disemak dengan rujukan kepada batu aras yang tetap.

Semua peralatan pengukuran hendaklah dilindungi daripada hujan, pancaran cahaya matahari dan lain-lain gangguan yang mungkin menjejaskan kesahihannya. Bacaan suhu hendaklah direkodkan apabila dikehendaki oleh P.P pergerakan cerucuk hendaklah diukur dengan menggunakan empat tolok dail yang dipasang tegak di atas rangka penunjuk mendapan yang terletak di atas permukaan logam yang diratakan dengan mesin atau permukaan kaca yang bersudut tepat dengan paksi cerucuk dan dipasang pada tetopi atau kepala cerucuk. Sebagai alternative, tolok-tolok boleh juga dipasang pada cerucuk dan diletakkan di atas permukaan rangka penunjuk mendapan. Tolok-tolok dail hendaklah ditempatkan pada posisi yang bertentangan mengikut diameter dan sama jarak dari paksi cerucuk. Tolok-tolok dail hendaklah berupaya membolehkan bacaan dibuat hingga ke tepatan 0.1 mm dan hendaklah mampu mengukur pergerakan minimum yang tidak kurang daripada 50 mm. kontraktor hendaklah mengemukakan cara-cara lain untuk mengukur pergerakan kepala cerucuk untuk diluluskan

Prosedur Ujian.

Kehendak Am.

Sepanjang tempoh ujian,semua peralatan untuk mengukur beban dan pergerakan hendaklah dilindungi dari sebarang kesan cuaca. Semua jentera-jentera binaan dan orang-orang yang tidak berkenaan dalm proses ujian hendaklah dipastikan berada jauh dari tempat ujian untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada alat-alat ujian.

Ujian Beban Tetap.

Beban hendaklah dikenakan pada kadar pertambahan sebanyak 25% dari beban kerja sehingga mencapai beban kerja dan selepas itu kadar pertambahan ini bolehlah dikurangkan sehingga beban maksimum ujian dicapai iaitu dua kali ganda beban kerja. Setiap pertambahan beban hendaklah dijalankan dengan teratur dan dengan secepat mungkin. Bacaan mendapan dan masa bacaan diambil hendaklah direkodkan sebelum dan selepas setiap pertambahan beban dibuat.
Graf masa mendapan hendaklah diplotkan untuk menunjukkan bila kadar mendapan sebanyak 0.05 mm dicapai dalam masa 15 minit.

Pertambahan beban seterusnya hendaklah dikenakan apabila kadar ini dicapai atau sehingga tempoh minimum selama 2 jam telah berlalu, mengikut yang mana terkemudian. Proses ini hendaklah diulangi sehingga beban ujian maksimum tercapai.
Beban ujian maksimum hendaklah dikekalkan selama 24 jam dan bacaan masa mendapan hendaklah diambil pada setiap tempoh masa yang sama sepertimana bagi peringkat bebanan yang terdahulu.

Beban ujian kemudiannya hendaklah dikurangkan dalam empat peringkat yang sama dan bacaan masa mendapan hendaklah direkodkan sepertimana yang dihuraikan sebelum daripada ini sehinggalah pergerakan berhenti. Tempoh masa anatar setiap pengurangan beban hendaklah sekurang-kurangnya 60 minit.

Ujian Kadar Ketelusan Tetap.

Beban hendaklah dikenakan untuk mendapatkan nilai kadar ketelusan yang tetap antara 0.75 mm seminit hingga 1.50 mm seminit. Kadar yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan alat-alat jek yang digunakan.
Kedua-dua bacaan bagi mendapan dan masa, hendaklah direkodkan pada setiap minit. Penambahan beban hendaklah diberhentikan, apabila bebanan berubah pada kadar yang berlawanan dengan ketelusan bagi cerucuk tenggung hujung yang dilantak dalam pasir atau kelikir atau apabila kadar ketelusan telah mantap tanpa penambahan beban seterusnya bagi cerucuk tanggung geseran yang dilantak dalam tanah liat. Bebanan kemudiannya hendaklah dikurangkan sedikit demi sedikit dan daya lonjakan direkodkan.

Penyampaian Keputusan Ujian.

Mengemukakan Keputusan.

Dua salinan keputusan ujian yang telah ditandatangani hendaklah dikemukan kepada P.P sebaik sahaja ujian selesai. Ringkasan tersebut hendaklah melindungi:
• Bagi Ujian Beban Tetap untuk setiap peringkat bebanan, jangkamasa beban dikenakan, beban dan mendapan maksimum. Ini hendaklah diplotkan sebagai graf masa mendapan.
• Bagi ujian Kadar Ketelusan Tetap (KKT), beban maksimum yang dicapai dan graf beban ketelusan.

Jadual Data-Data Yang Direkod.

Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat tentang cerucuk yang diuji mengikut jadual yang berikut di mana yang bersesuaian:

a) Perkara Am.
i. Lokasi tapakbina.
ii. Rujukan pengenalan kontrak.
iii. Struktur yang dicadangkan.
iv. Kontraktor induk.
v. Sub-kontraktor cerucuk (jika ada)
vi. Pejabat tapak bina.
vii. Nama pemilik.
viii. Ujian Beban Tetap atau Ujian Kadar ketelusan Tetap (KKT).
ix. Tarikh ujian dijalankan.

b) Prosedur Ujian.
i. Berat pemberat.
ii. Keteganagn cerucuk, butiran kelompok tambatan.
iii. Pelan susunan ujian yang menunjukkan kedudukan dan jarak tetupang, pemberat, cerucuk teganagn dan rangka penunjuk kepada cerucuk ujian.
iv. Keupayaan jek.
v. Cara pengukuran beban.
vi. Cara-cara pengukuran ketelusan.
vii. Tarikh dan masa yang berkenaan.

c) Keputusan Ujian.
i. Dalam bentuk jadual.
ii. Dalam bentuk graf. Diplotkan beban bertentang dengan mendapan dengan masa.
iii. Lonjakan tanah (jika ada).
iv. Kesan kepada struktur yang berhampiran (jika ada).

d) Kajian Tapak Bina.
i. Nombor pelan kajian tapak bina.
ii. Lubang korek yang terdekat dengan cerucuk ujian.

Tafsiran Keputusan Ujian.

Tafsiran dan kesimpulan P.P ke atas keputusan ujian adalahmuktamad. Cerucuk yang telah diuji hendaklah dianggap gagal jika:

a) Baki mendapan melebihi 6.50 mm selepas beban ujian diturunkan.
b) Jumalh mendapan melebihi 12.50 mm di bawah beban rekabentuk.
c) Jumlah mendapan melebihi 38.0 mm di bawah 2 kali ganda beban rekabentuk ataupun 10% diameter/lebar cerucuk, mengikut yang mana lebih rendah nilainya.

Penyiapan Ujian.

Alat-alat mengukur.

Setelah sesuatu ujian selesai, semua peralatan dan alat-alat mengukur hendaklah dibuka semula, diperiksa dan disimpan untuk kegunaan seterusnya atau dikeluarkan dari tapakbina.

Pemberat.

Pemberat dan struktur penyokongnya hendaklah di bawa keluar dari tapak bina sebaik sahaja semua ujian selesai.

Tambatan Pada Tanah Dan Cerucuk Sementara.

Apabila ujian cerucuk selesai, cerucuk tegangan atau tambatan pada tanah hendaklah dipotong di bawah aras tanah dan tanah tersebut ditimbus dan dipadatkan semula dengan bahan-bahan yang diluluskan.

Ujian Beban Pada Cerucuk Bakau.

Kehendak Am.

Pada amnya, semua fasal-fasal berkenaan yang dinyatakan sebelum daripada ini hendaklah dipatuhi bagi menjalankan ujian beban bagi cerucuk bakau, kecuali apa yang difahamkan sebagai ujian untuk sekelompok cerucuk bakau.

Susunan Cerucuk Ujian.

Ujian beban ke atas bakau hendaklah dijalankan ke atas sekelompok yang mengandungi 9 cerucuk bakau,yang terdiri dari 3 barisan cerucuk, 3 di setiap barisan.

Tetopi Cerucuk.

Prosedur Ujian.

Cerucuk bakau hendaklah diuji sehingga gagal dengan cara Ujian Beban Tetap seperti dihuraikan sebelum daripada ini. Beban hendaklah dikenakan ke atas kelompok cerucuk 6-9 kali pada kadar pertambahan yang sama sehingga beban kegagalan tercapai. Beban kegagalan iaitu beban ultima ialah beban di mana cerucuk mendap berterusan pada kadar mantap tanpa tambahan beban selanjutnya.
Bagi setiap pertambahan beban, bacaan mendapan akan direkodkan pada setiap tempoh masa yang tertentu sehingga kadar mendapan adalah kurang dari 0.25 mm sejam. Beban pada setiap tambahan hendaklah dikekalkan pada nilai yang sama di sepanjang ujian.

( Nota: Untuk sekelompok 9 cerucuk bakau, pertambahan beban adalah dalam lingkungan 4 tan ).

Proses mengenakan penambahan beban yang berikut dan catitian bacaan mendapan pada tempoh-tempoh masa tertentu hendaklah diulang sehingga beban ultima untuk kelompok cerucuk berkenaan dicapai. Beban ujian hendaklah kemudiannya dikurangkan sedikit demi sedikit. Bacaan mendapan atau bacaan lonjakan selanjutnya tidak perlu dicatatkan semasa beban diturunkan.
Graf masa mendapan, beban masa, beban mendapan, dengan sekil yang sesuai hendaklah di plot dan dikemukakan kepada P.P bersama-sama dengan semua rekod catitan.

Tafsiran Keputusan Ujian.

Beban yang dibenarkan ke atas kelompok cerucuk hendaklah diperolehi dengan menggunakan factor keselamatan yang sesuai pada beban ultima yang ditentukan dari ujian beban. Faktor keselamatan terutamanya digunakan untuk mengambil kira kemungkinan mendapan akibat dari konsolidasi. Faktor keselamatan antara 3-6 hendaklah digunakan bergantung kepada kekuatan tanah. Sebagai panduan, faktor keselamatan 3 hendaklah digunakan kepada tanah yang mempunyai kekuatan yang sederhana.











JADUAL 1

a) Butir-butir kontrak.
b) Jenis cerucuk.**
c) Nombor rujukan cerucuk (lokasi).
d) Dimensi muka keratan nominal atau diameter.
e) Panjang cerucuk bentuk dulu.
f) Tarikh dan masa permulaan dan penyiapan dan melantak semula cerucuk.
g) Aras tanah pada permulaan pemasangan cerucuk.
h) Aras pemotongan cerucuk.
i) Jenis, berat, jarak jatuh dan keadaan mekanik penukul dan maklumat setaraf untuk lain-lain alat.
j) Bilangan dan jenis pengalas yang digunakan dan keadaan pelapik yang digunakan semasa melantak cerucuk.
k) Log melantak cerucuk.*
l) Set cerucuk dalam mm bagi satu lantakan atau bilangan lantakan bagi setiap ketelusan 25 mm.*
m) Jika perlu, set-set diambil pada tempoh-tempoh masa, semasa lantakan.*
n) Jiak perlu, mampatan sementara pada tanah dan cerucuk dari masa pertambahan rintanganyang nyata sehingga cerucuk mencapai aras yang muktamad.*
o) Semua maklumat berkenaan dengan halangan, kelewatan dan lain-lain gangguan pada perjalanan kerja.*

Nota:
**Contoh:
• Konkrit tuang dulu
• Kayu atau bakau.
• Tegak atau condong.
• Mampatan atau tegangan.
• Cerucuk tanggung geseran atau tanggung hujung atau kedua-duanya.

*Tidak dipakai untuk cerucuk bakau.

KERJA PENGGALIAN.

Kehendak Am.

Kerja ini hendaklah meliputi semua kerja penggalian yang dikehendaki di dalam lingkungan had kerja yang telah ditetapkan. Ianya hendaklah termasuk kerja penggalian dan penggunaan yang bersesuaian dan pemunggahan atau pembuangan kesemua bahan yang telah digali dan membina, membentuk dan mengemaskan semua kerja penggalian untuk keseluruhan kerja tersebut dengan mematuhi pelan-pelan dan spesifikasi ini.
Kerja penggalian ini hendaklah diselenggarakan mengikut cara dan peraturan sepertimana yang diluluskan oleh P.P kontraktor hendaklah bertanggungjawab bagi mematuhi semua undang-undang kecil dan peraturan berhubung dengan kerja tanah.
Bagi tujuan tender ini, kontraktor tidak dikehendaki memperuntukkan sebarang kos tambahan untuk kerja menggali batu dan semua kerja penggalian dalam kontrak ini hendaklah dianggap tidak mengandungi batu.

Pembersihan Tapak Bina.

Keseluruhan tapak bina hendaklah dibersihkan sehingga ke had sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-pelan yang berkenaan. Kerja pembersihan ini hendaklah termasuk membersih, meragut, meroboh, memecah dan membuang semua pokok-pokok, semak-semak, tumbuhan-tumbuhan, tunggul-tunggul, segala struktur seperti tembok-tembok, pagar-pagar dan lain-lain penghalang dalam lingkungan tapak bina yang telah ditentukan untuk diroboh atau dibuang. Kesemua tanah buang dan sampah sarap hendaklah dialaih dan dibuang mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P. Bahan-bahan yang sesuai untuk dibakar di tempat-tempat dan pada masa yang sama oleh P.P.

Pemeliharaan Pokok-Pokok Yang Sedia Ada.

Kontraktor hendaklah mengambil langkah untuk melindungi pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang telah ditentukan untuk dipelihara dari sebarang kerosakan. Di mana perlu pagar sementara yang secukupnya hendaklah didirikan bagi tiap-tiap satu pokok atau tiap-tiap satu kumpulan pokok-pokok dan pokok-pokok itu hendaklah dilindungi dengan membalut batangnya dengan bahan-bahan kayu yang sesuai hingga 1.5 meter tinggi.

Meroboh Struktur Yang Sedia Ada.

Sebarang struktur-struktur yang sedia ada dan lain-lain penghalang yang ditentukan untuk dibuang hendaklah diroboh, dipecah, dialaih dan dibuang sepertimana yang diluluskan oleh P.P.
Semua bahan-bahan yang boleh digunakan semula, hasil dari kerja meroboh, kecuali selainnya ditentukan hendaklah menjadi hak kepunyaan kontraktor, dan hendaklah dialih dari tapakbina secepat mungkin.

Mengalih Kemudahan-Kemudahan Dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Sedia Ada.

Perhatian kontraktor adalah khususnya ditarik kepada tanggung jawabnya di bawah fasal yang bertajuk ‘Kecederaan Kepada Harta Benda’ di dalam syarat-syarat kontrak.
Sebelum sebarang kerja penggalian dimulakan, kontraktor atau wakilnya hendaklah mengadakan pemeriksaan tapakbina bersama-sama dengan P.P untuk menentukan sebarang keadaan yang mungkin menunjukkan adanya kabel-kabel bawah tanah, paip-paip air atau lain-lain perkhidmatan pada tempat atau sekitar kawasan penggalian tersebut. Seterusnya, kontraktor hendaklah menjalankan Kerja Penggalian mengikut cara dan susunan sepertimana yang diluluskan oleh P.P.
Semasa penggalian, sekiranya pekerja-pekerja kontraktor menjumpai sebarang kabel, paip-paip air atau lain-lain perkhidmatan, kerja hendaklah diberhentikan dengan serta merta dan tidak boleh diteruskan sehingga perkara tersebut telah dilaporkan kepada P.P yang akan memberi notis kepada pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan seterusnya mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkan berpatutan

Penggalian Untuk Asas Bangunan, Lubang-Lubang Dan Peparit.

Peparit untuk asas bangunan,lubang-lubang asas tiang dan sebagainya hendaklah digali setakat ukuran panjang dan lebar seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan dengan tepinya dirapikan dan bahagian bawahnya dirata dan ditingkatkan seperti mana yang dikehendaki.

Semua penggalian hendaklah dijalankan sehingga ke paras tanah yang kukuh. Asas bangunan tidak boleh sekali-kali terletak di atas tanah lambak. Dalamnya asas bengunan hendaklah diputuskan oleh P.P di tapak bina, akan tetapi untuk tujuan membuat tender, kontraktor hendaklah menganggap penggalian yang seragm pada keseluruhannya sedalam 1.5 meter di bawah paras yang dibentuk atau paras yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan. Sebarang perubahan kepada paras dalam tersebut beserta dengan sebarang perubahan kepda kerja konkrit, batu bata dan lain-lain akibat dari perubahan tersebut hendaklah diukur dan dinilaikan sebagai pindaan kerja sepertimana yang diperuntukkan di dalam kontrak dan hargakontrak hendaklah diselaraskan dengan sewajarnya. Kontraktor hendaklah dengan perbelanjaannya sendiri memperbaiki sebarang penggalian yang terlebih di bawah paras yang dikehendaki dengan menggunakan konkrit atau bahan-bahan yang sesuai mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P.

Bahagian Tepi Penggalian.

Kontraktor hendaklah pada setiap masa mempastikan supaya bahagian tepi penggalian sentiasa berada dalam keadaan selamat dan stabil, dan hendaklah bertanggungjawab bagi mengadakan penahan dan penupang yang diperlukan dengan secukupnya, dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh P.P berhubung dengan perkara ini.

Bahagian Penggalian Dipastikan Kering.

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan semua bahagian penggalian berada dalam keadaan kering samada penggalian terbuka atau penggalian peparit, supaya kerja yang sedang berjalan tidak terhindar. Kontraktor hendaklah mengadakan, memasang dan menyelenggara sepertimana yang diarah oleh P.P sebarang pam, lubang air, longkang, empangan dan lain-lain yang perlu untuk mengalirkan air dengan berkesan yang mungkin telah bertakung atu mengalir ke dalam bahagian penggalian atas sebarang sebab tanpa tambahan kos kepada kerajaan.
Walaubagaimanapun, arahan berkenaan hendaklah tidak dianggap sebagai melepaskan kontraktor dari tanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kepada kerja atau tanah dan harta benda yang bersebelahan atau pengaliran air akibat pelaksanaan kerja tersebut.

Bahagian Bawah Penggalian.

Kecuali jika selainnya ditentukan, kerja penggalian, samada untuk penggalian terbuka atau peparit, hendaklah dijalankan mengikut peringkat-peringkat tertentu pada setiap suatu masa sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan pada peringkat permulaannya tidak boleh digali terus ke paras yang lebih dekat dari 150 mm di atas paras penggalian yang dikehendaki, penggalian untuk 150 mm yang akhir hendaklah dijalankan tanpa mengguna mesin sebaik sahaja sebelum konkrit dituang.
Sebarang tanah lembut atau ketulan batu yang terdapat di bahagian bawah lubang-lubang tiang dan peparit hendaklah dibuang dan rongga-rongga yang terdapat dan sebarang rekahan besar hendaklah dipadatkan dengan konkrit (1:3:6) lapis kedap. Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu sepertimana dan apabila diperlukan untuk mengelak kerosakan kepada bahagian bawah yang disebabkan oleh cuaca. Setelah konkrit (1:3:6) lapis kedap dituang, sebarang perapian kepada permukaan tepi penggalian tidak boleh dijalankan dalam tempoh 24 jam berikutnya.

Pemeriksaan.

Kontraktor hendaklah melaporkan kepada P.P apabila penggalian telah siap sedia untuk dituang konkrit dan konkrit tidak boleh dituang sehingga penggalian telah diperiksa dan diluluskan oleh P.P.

Mengambus Kembali.

Sebahagian daripada tanah yang digali hendaklah dikambus kembali di sekeliling tembok, tiang dan sebagainya secara berlapis-lapis setebal 225 mm dan lapisan hendaklah dipadatkan secukupnya dengan menggunakan pamampat atau mesin pemadat sepertimana yang diluluskan oleh P.P sehingga sempurna. Bagaimanapun hanya bahan kambus yang sesuai dan yang diluluskan sahaja boleh digunakan. Tanah penggalian yang berlebihan hendaklah dilonggok, diselerak dan diratakan di sekitar tapak bina atau pun dilonggokkan di tempat lain sepertimana yang diluluskan.
Sebarang papan penahan yang digunakan untuk penggalian hendaklah dicabut berperingkat-peringkat semasa pemadatan tersebut dijalankan.

Jentolak

Jentera yang mempunyai berat minimum 236 kN (23.6 Tan) dari kadaran kuasa kuda bersih yang bersamaan 225 KW (300 H.P) Unit jentolak hendaklah dalam keadaan baik dan dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman dan mahir dalam pengendalian alat-alat riper.

Penggalian Batu.

Penggalian batu seperti yang ditakrifkan di bawah ini hendaklah diukur dan dibayar sebagai tamabahan kepada harga kontrak mengikut Jadual Kadar Harga Dalam Kontrak.
Batu hendaklah dimaksudkan sebagai lapisan bumi yang terdiri daripada bahan-bahan keras yang memerlukan letupan atau peralatan pneumatik yang diluluskan untuk memecahkannya. Di dalam kerja penggalian am, batu-batu tongkol hendaklah disifatkan sebagai batu sekiranya di dapati di dalam peparit dan lubang asas tiang, ianya hendaklah berukuran melebihi 0.08 meter padu.

Meskipun demikian batu hendaklah diertikan sebagai bahan yang mengikut pertimbangan P.P tidak boleh dipecahkan oleh jentolak yang dilengkapkan dangan Riper dari jenis yang ditentukan di bawah ini:

Riper

Riper yang hendak dipasang kepada jentolak hendaklah dari jenis parallelogram yang paling sesuai yang diperlakukan oleh pembuat jentolak atau riper. Riper hendaklah mempunyai lelengan dalam keadaan sempurna dan mempunyai mata pemotong yang tajam.

Tongkol-tongkol syal dan tanah liat tidaklah dianggap sebagai batu. Keputusan P.P samada bahan-bahan yang digali itu dikelaskan sebagai batu atau sebaliknya adalah muktamad.
Kontraktor berhak menuntut bayaran tambahan bagi penggalian batu hanya jika notis yang munasabah diberi kepada P.P untuk memeriksa bahan tersebut sebelum pemecahan dan mengukur setakat mana dan sedalam mana batu tersebut sebelum penggalian selanjutnya.

Penggunaan Bahan Letupan.

Kontraktor tidak dibenar menggunakan sebrang bahan letupan untuk tujuan penggalian atau lain-lain tujuan dalam apa-apa keadaan sekalipun di dalam kerja ini tanpa kelulusan bertulis daripada P.P. Didalam keadaan dimana P.P tidak dapat memberi kelulusan atas apa-apa sebab jua pun, kontraktor hendaklah menjalankan kerja dengan cara lain.
Dimana kelulusan bertulis diberi oleh P.P membenarkan penggunaan bahan letupan, kontraktor hendaklah mematuhi sepenuhnya segala peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa yang tertentu mengenai penggunaan bahan letupan.
Walau apa jua cara yang akhirnya diluluskan oleh P.P dan digunakan oleh kontraktor, tuntutan tambahan tidak akan dilayan.

Tarah Dan Tambun Ke Paras Yang Dibentuk

Kehendak Am.

Kawasan-kawasan untuk bangunan, tanah lapang, padang, jalan dan lorong hendaklah ditarah dan ditambun ke paras yang dibentuk dan dicerunkan sepertimana yang ditunjuk dalam pelan-pelan. Tebing-tebing hendaklah dirapi dan dibentuk mengikut susuk sepertimana yang ditunjuk di dalam pelan-pelan atau sepertimana yang diarah. Semua parit, kolam dan perigi yang hendak dikambus hendaklah terlebih dahulu digaliuntuk mengeluarkan tanah-tanah lembik dan jika diarahkan oleh P.P, semua bahan-bahan yang digali hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dan semua lekukan termasuk lubang-lubang akibat daripadapembuangan akar-akar pokok hendaklah dikambus dengan bahan-bahan tambun yang diluluskan dan hendaklah dipadatkan dengan sempurna. Sekiranya bahan-bahan tambun yang diperolehi di tapak bina tidak mencukupi, kontraktor hendaklah mendapat bahan tambun dari punca lain dengan perbelanjaannya sendiri.

Bahan-Bahan Tambun.

Untuk kerja tambahan, hanya bahan-bahan yang sesuai seperti tanah lait yang sederhana keras, tanah liat berpasir atau lain-lain tanah yang diluluskan boleh digunakan.
Bahan-bahan yang diperolehi dari tanah paya, tanah gambut, tanah atas dan lain-lain tanah liat atau selut yang banyak mengandungi bahan organic, tanah yang mengandungi batang dan tunggul kayu atau tongkol batu, bahan-bahan yang mudah terbakar dan bahan-bahan yang atas sebab kandungan fizikal atau kimia atau kandungan lembapan tidak boleh dipadatkan dengan sempurna tidak boleh digunakan sebagai bahan tambun.

Menyelerak dan memadat.

Sebelum kerja menambun dijalankan di sebarang kawasan, semua kerja membersih dan meragut tunggul-tunggul dan akar hendaklah disiapkan terlebih dahulu.
Semua kerja menambun tanah hendaklah dijalankan secara berlapis-lapis setebal 225 mm sebelum dipadat. Setiap lapisan tambunan hendaklah dipadatkan secukupnya dengan 6 laluan mesin penggelek beroda licin seberat 6 tan atau lain-lain mesin pemadat yang diluluskan.
Jentera penolak tanah hendaklah digunakan dengan maksimum bagi pemadatan awal setiap lapisan, dan kontraktor dikehendaki mengubah laluan jentera untuk menghasilkan pemadatan yang sama rata bagi seberapa luas kawasan yang boleh.

Penyiapan Paras Yang Dibentuk.

Kecuali jika selainnya ditunjukkan dalam pelan-pelan, semua permukaan yang dibentuk hendaklah disiapkan supaya mencuram lintang dengan nisbah 1:400 dan di mana boleh hendaklah juga dicuram memanjang bagi mempercepatkan pengaliran air permukaan.
Bagi kawasan yang hendak di tanam rumput, paras yang dibentuk hendaklah disiapkan ke paras yang sesuai di bawah paras yang dikehendaki seperti yang ditunjukkan untuk meletakkan tanah atas dan penanaman rumput.

Tompok-Tompok Tanah Lembut.

Di mana terdapat sebarang tanah lembut yang tidak stabil atau bahan-bahan yang tidak sesuai di bawah tanah tambun, ianya hendaklah digali sedalam dan seluas sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan hendaklah dibuang. Tanah yang digali hendaklah dikambus kembali dengan bahan-bahan yang sesuai seperti yang telah ditentukan sebelum daripada ini secara berlapis-lapis setebal tidak melebihi 225 mm sebelum dipadat. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sepertimana yang ditentukan sebelum daripada ini atau dengan menggunakan mesin pemadat yang sesuai untuk kerja penggalian yang kecil.
Kontraktor hendaklah mengambil kira mendapan atau anjakan tanah tambun di kawasan-kawasan tanah lembut dan hendaklah menambun dan memadatkannya sehingga ke paras siap yang dikehendaki. Sekiranya sebarang mendapan tanah tambun berlaku semasa pembinaan atau di dalam tempoh Tanggungan Kecacatan, kontraktor hendaklah membaikinya dengan kos dan perbelanjaannya sendiri.

Tambunan Di Bawah Lantai-Lantai Lapis Lindung Dan Sebagainya.

Dimana perlu, kawasan-kawasan di bawah lantai, lapis lindung dan sebagainya hendaklah ditambun. Tambunan ini hendaklah daripada bahan-bahan yang sesuai sepertimana yang telah ditentukan sebelum daripada ini, dipadatkan secara berlapis-lapis setebal tidak melebihi 150 mm sebelum dipadatkan dan setiap lapisan hendaklah dibasahkan secukupnya di mana perlu, dihentak dan dipadatkan. Tanah liat tidak boleh digunakan untuk kerja tambunan di bawah lantai-lantai, lapis lindung dan sebagainya.

Saliran, Saluran Dan Batas-Batas Sementara.

Semasa kerja tanah sedang dijalankan, saluran-saluran sementara yang diluluskan hendaklah diadakan dan diselenggara untuk saliran tapak bina yang memuaskan sehingga kerja saliran air permukaan yang kekal dibina. Saluran-saluran sementara ini hendaklah disalurkan ke dalam alur yang sedia ada atau system saluran utama.

Pembersihan Parit, Longkang, Sungai Dan Sebagainya Yang Sedia Ada.

Semua kerja tanah dijalankan, kontraktor hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang sekatan dan halangan untuk mempastikan pengaliran yang bebas kepada longkang-longkang, parit-parit, sungai dan sebagainya yang sedia ada.

Perlindungan Dan Penyelenggaraan Kerja Tanah.

Kontraktor hendaklah mengadakan segala perlindungan dan penyelenggaraan yang perlu terhadap kerja tanah, khususnya daripada kesan kerosakan akibat kemasukan air ke dalam kerja daripada hujan, air larian, mata air, sungai dan anak-anak sungai. Kerosakan kepada kerja yang telah siap atau sebahagiannya siap akibat dari kekurangan perlindungan dan penyelenggaraan ini hendaklah diperbaiki oleh kontraktor dengan kos dan perbelanjaannya sendiri.

Di mana penanaman rumput diperlukan untuk perlindungan cerun, ianya hendaklah ditanam sebaik sahaja permukaan cerun tersebut dibentuk. Kerja penanaman rumput hendaklah dilaksanakan sepertimana yang ditentukan kemudian daripada ini di bawah Kerja di sekitar bangunan.

Hadkor.

Di mana ditunjuk dan diperlukan hanya hadkor yang diluluskan yang terdiri dari batu-batu kecil atau pecahan batu-bata dari jenis yang baikhendaklah disedia dan dihamparkan setebal sepertimana yang ditunjukkan di dalam pelan-pelan, dihentakkan, dipadat dan dikedapkan dengan pasir secukupnya. Semua hadkor hendaklah dibasahkan secukupnya sebaik sahaja sebelum konkrit dituang ke atasnya

Kerja Konkrit.

Kehendak Am.

Kecuali jika selainnya ditentukan di bawah ini, kerja konkrit bertetulang hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang terdapat di dalam Kod Amalan Piawaian British C.P 114 ‘Kegunaan Konkrit Bertetulang Sebagai Struktur Bangunan’ (The structural Use Of Reinforced Concrete In Buildings).

Simen.

Simen yang hendak digunakan hendaklah simen Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13 Perakuan Ujian oleh pembuat, secara amnya boleh diterima sebagai bukti keutuhan bahan tersebut, tetapi P.P mungkin memerlukan ujian tambahan dilakukan ke atas mana-mana simen yang disyakki rosak disebabkan oleh usianya, kerosakan pada kampit, penyimpanan yang tidak sempurna atau lain-lain sebab P.P boleh tanpa melakukan sebarang ujian tambahan, mengarahkan mana-mana kampit simen, yang mana sebahagian daripada isinya telah keras atau didapati cacat dalam apa juga bentuknya, dikeluarkan dari tapak binaan dengan serta merta. Kontraktor boleh memilih untuk menggunakan samada simen Portland Jenis Biasa atau ‘Simen Portland Jenis Keras Cepat’, tetapi tiada bayaran tambahan akan dibuat sekiranya simen yang lebih mahal digunakan. Simen hendaklah dihantar ke tapak bina di dalam kenderaan yang bertutup untuk melindungi dari air secukupnya. Simen hendaklah disimpan di dalam setor yang diluluskan supaya selamat dari gangguan cuaca dan hendaklah dikeluarkan untuk digunakan mengikut giliran penghantaran ke dalam setor. Bekalan simen pukal hendaklah disimpan di dalam silo yang diluluskan.

Batu Baur.

Kehendak Am.

Batu baur pada amnya hendaklah mematuhi Piawaian Malaysia M.S 74. Semua batu baur hendaklah dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput dan juga tidak mengandungi bahan-bahan perosak yang cukup untuk memberi kesan burukkepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Batu baur hendaklah disimpan supaya terlindung daripada pencemaran. Batu baur yang berlainan saiz hendaklah disimpan berasingan.

Batu Baur Halus.

Batu baur halus hendaklah dari pasir yang semula jadi terdapat di kawasan air tawar. Batu baur hendaklah tidak mengandungi selut atau bahan-bahan halus yang lain melebihi 3% mengikut isipadu apabila diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5, dan juga tidak mengandungi bahan-bahan organan yang cukup untuk menampakkan warna yang lebih gelap berbanding dengan kecerahan warna No.3 apabila diuji mengikut Piawaian Malaysia yang sama. Penggunaan pasir dari pecahan batu tidak dibenarkan,

Batu Baur Kasar.

Batu baur kasar hendaklah terdirti dari pecahan batu baur keras kecuali bagi kerja bawah tanah, di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh digunakan. Batu baur hendaklah tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat melebihi 1% mengikut berat. Contoh batu baur yang kering hendaklah tidak menunjukkan pertambahan berat melebihi 8% setelah direndam dalam air dan diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5, dan hendaklah mempunyai bentuk yang sesuai dan tidak menyerpih dengan indeks serpihan tidak melebihi 35. Saiz maksimum batu baur hendaklah dalam lingkungan 19 mm.

Penggredan Batu Baur.


Analisa untuk penggredan batu baur hendaklah mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan hendaklah mengikut had-had yang ditentukan.
Penggredan di antara had-had yang ditentukan di atas hendaklah mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan apabila diuji seperti yang diperuntukkan kemudian daripada ini hendaklah hamper menyamai penggredan contoh yang diluluskan. Jika didapati perlu, batu baur halus hendaklah dibasuh dan atau ditapis untuk mematuhi piawaian yang disebut di atas dan kehendak-kehendak P.P.

Contoh Dan Pengujian Batu Baur.

Cara pencontohan dan banyaknya batu baur yang hendak diperuntukkan untuk ujian hendaklah mengikut Bahagian 2 hingga 6 dalam Piawaian Malaysia M.S 7.5. contoh-contoh batu baur halus dan kasar hendaklah disimpan di tapak bina dan digunakan sebagai perbandingan terhadap mutu keseluruhannya batu baur yang dihantarkan ke tapak bina sepanjang masa kerja dijalankan. Ujian-ujian yang hendakl dijalankan ke atas batu baur hendaklah mengikut sepertimana yang ditentukan sebelum ini. P.P mungkin memerlukan ujian-ujian selanjutnya dijalankan ke atas contoh-contoh batu baur yang dihantar ke tapak dari masa ke semasa. Ujian-ujian tersebut hendaklah dijalankan oleh P.P atau wakilnya. Sekiranya sesuatu contoh gagal memenuhi mana-mana ujian, P.P boleh mengikut budi bicaranya samada menolak kelompok batu baur dari mana contoh tersebut diperolehi, mengarahkan supaya ianya dibasuh atau ditapis atau membenarkan ianya digunakan dengan pindaan kepada kadar campuran konkrit yang telah ditentukan. Mana-mana kelompok batu baur yang tidak diluluskan oleh P.P hendaklah dikeluarkan dari tapakbina dengan serta merta.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin